Centre for Language Studies UTHM
CLS Official Page
25/06/2026
SELAMAT BERSARA, PROF. MADYA DR. MIMI NAHARIAH AZWANI BINTI MOHAMED!
Sempena hari terakhir beliau di Pusat Pengajian Bahasa UTHM, Kelab KAWAN telah mengadakan satu sesi penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan dan terima kasih atas dedikasi beliau selama hampir 22 tahun (16 Ogos 2004 hingga 11 Ogos 2026).
Satu majlis rasmi persaraan akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Semoga Dr. Mimi sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, dan keberkatan dalam fasa persaraan ini. Terima kasih, Dr. Mimi!
Ikhlas daripada,
KELAB AMAL WACANA (KAWAN)
08/05/2026
Our dean delivered a plenary presentation at the International Conference on Action Research in Language Learning (ICARLL 26).
———————————————————
I shared my experience in practicing translanguaging, PBL and AI in the English for Professional Communication class. I suggested new roles for teachers as prompt engineer/architect. I also mooted the idea of conducting prompt literacy training for teachers.
It’s an honour to have Australian linguist, Prof Ann Burns of UNSW and Deputy Vice Chancellor of UPSI (Academic & International), Prof Dr Raja Shafinas in the audience. Also, fellow MALDEC friends, Dr Dilah (UNIMAS) and Dr Mazura (UPSI).
Thank you USM for the invitation. Semoga bermanfaat.
Assoc Prof. Dr Azmi Abdul Latiff
05/05/2026
TAHNIAH DR. AFFAH DAN PUAN NURUL 'AIN ATAS KENAIKAN PANGKAT!
Pusat Pengajian Bahasa merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Affah binti Mohd Apandi dan Puan Nurul Ain binti Othman atas kenaikan pangkat ke DG10 (Guru Bahasa).
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang akademik serta terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Pusat Pengajian Bahasa.
04/05/2026
Sesi penyampaian sumbangan haji kepada Dr. Salawati binti Ahmad yang bakal berangkat untuk menunaikan ibadah haji pada 16 Mei 2026.
Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Prof. Madya Dr. Azmi bin Abdul Latiff, bersama Timbalan Pengerusi KAWAN, Dr. Siti Zaimaliza binti Masturi.
Kami daripada Kelab Amal Wacana (KAWAN), Pusat Pengajian Bahasa mendoakan agar Dr. Salawati diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan.
Semoga selamat perjalanan sebagai Dhuyufurrahman dan kembali dengan haji yang mabrur, insya-Allah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
Parit Raja
86400