Pejabat OSHE UTHM
“ 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙞𝙨 𝙀𝙫𝙚𝙧𝙮𝙤𝙣𝙚'𝙨 𝙍𝙚𝙨𝙥𝙤𝙣𝙨𝙞𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 "
26/05/2026
📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 (𝗢𝗦𝗛𝗘) 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan ditutup sempena cuti Hari Raya Aidiladha pada:
📅 27 Mei 2026 (Rabu)
📅 28 Mei 2026 (Khamis)
Pejabat akan mula beroperasi semula seperti biasa pada:
📅 29 Mei 2026 (Jumaat)
Sehubungan itu, warga universiti adalah dimohon untuk mengambil maklum berhubung perkara ini. Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama serta perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UTHM dan seluruh umat islam.
"Safety is Everyone's Responsibility"
22/05/2026
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 (𝗞𝗞𝗣) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗩𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧(𝗞𝗩𝗕𝗣)
Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan kerja ke KVBP bagi memperkukuh kerjasama strategik serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).
Lawatan ini menjadi platform untuk kedua-dua institusi bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan KKP, pengukuhan budaya kerja selamat, pematuhan keperluan perundangan, pengurusan risiko serta pelaksanaan program-program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Pejabat OSHE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KVBP atas kesudian menerima kunjungan. Diharapkan hubungan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang demi kecemerlangan pengurusan KKP yang mampan dan berkesan.
“ 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙞𝙨 𝙀𝙫𝙚𝙧𝙮𝙤𝙣𝙚'𝙨 𝙍𝙚𝙨𝙥𝙤𝙣𝙨𝙞𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 "
07/05/2026
07 Mei 2026
𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢 𝗣𝗦𝗜𝗞𝗢𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔
Untuk maklumat lanjut sila layari
Website Rasmi Pejabat OSHE
https://tinyurl.com/RisikoPsikososialDiTempatKerja
“ 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙞𝙨 𝙀𝙫𝙚𝙧𝙮𝙤𝙣𝙚'𝙨 𝙍𝙚𝙨𝙥𝙤𝙣𝙨𝙞𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 "
05/05/2026
𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 - 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛
PARIT RAJA: Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (JKKPU) dan warga kerja Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Profesor Madya Ts. Dr. Muhammad Hazli bin Mazlan di atas kenaikan pangkat ke Profesor Madya Gred DS14 yang berkuatkuasa pada 13 April 2026. Semoga terus memacu semangat untuk membangunkan Universiti ke arah kecemerlangan.
“ 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙞𝙨 𝙀𝙫𝙚𝙧𝙮𝙤𝙣𝙚'𝙨 𝙍𝙚𝙨𝙥𝙤𝙣𝙨𝙞𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 "
&Tahniah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Occupational Safety, Health And Environment Office, Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 16:30 |
| Tuesday | 08:30 - 16:30 |
| Wednesday | 08:00 - 16:30 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Friday | 08:30 - 16:30 |