Global Moringa Plantation HQ

Global Moringa Plantation HQ

Share

MORINGA Farm production , wholesaler, and supplier of premium moringa products.Trading of agricultural product and other agriculture related bussiness

01/12/2024

Selesai Pesanan 1 TAN Daun Moringa Kering !

Untuk pelanggan yang berminat dengan kuantiti besar,
kami tawarkan diskaun istimewa untuk pembelian secara pukal! 🎉

Perlukan lebih banyak produk moringa atau ada soalan tentang produk kami? Beritahu kami bila-bila masa—kami sentiasa di sini untuk membantu! 🌿

Jika anda ingin membuat pembelian secara borong, boleh terus hubungi Kami. maklumkan kuantiti yang anda perlukan, dan kami akan sediakan tawaran istimewa khas untuk anda. 🌱 !

Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda! 💚 Beritahu kami jika anda perlukan apa-apa lagi. Jaga kesihatan dan diri anda dengan baik!

Nikmati kebaikan moringa anda! 🌿

31/10/2022

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Moringa sebenarnya mampu menawarkan kebaikan pelbagai vitamin dan mineral.

Daun mempunyai 7 kali lebih banyak vitamin C daripada oren dan 15 kali lebih banyak kalium daripada pisang.

Ia juga mengandungi kalsium, protein, zat besi dan asid amino yang penting untuk perkembangan fizikal dan pertumbuhan otot.

Khasiatnya yang menyeluruh dan lengkap turut menarik perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjadikan tumbuhan ini sebagai alternatif kepada bekalan makanan import bagi merawat kekurangan zat makanan di seluruh dunia.

Faedah Moringa

1. KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Moringa diperkaya dengan sifat antioksidan yang boleh melindungi sel daripada kerosakan sambil menguatkan sistem imun badan.

Sebatian antioksidan juga berperanan melawan aktiviti radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes.

Selain vitamin C dan beta karotena, daun moringa juga didapati mengandungi kebaikan antioksidan lain seperti quercetin yang berfungsi menstabilkan tekanan darah.

2. MENSTABILKAN PARAS GULA DALAM DARAH
Moringa juga mengandungi sebatian yang dipanggil asid klorogenik yang dikatakan dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Kajian mendapati pengambilan serbuk daun moringa setiap hari boleh mengurangkan paras gula dalam darah sehingga 13.5%.

Para saintis juga mencadangkan kesan antidiabetik ini berpunca daripada komponen yang terkandung di dalam moringa seperti isothiocyanates.

Kajian yang lebih terperinci perlulah dilakukan bagi mengesahkan keberkesanan penggunaan moringa dalam menstabilkan kadar gula dalam darah.

3. MENGURANGKAN KERADANGAN
Moringa sering digunakan sebagai ramuan tradisional bagi merawat keradangan. Dalam kajian tabung uji, pengkaji mendapati bahawa isothiocyanates yang ditemui dalam daun, buah dan biji moringa memainkan peranan bagi melawan keradangan.

4. MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung.

Selain gaya hidup yang sihat, sumber makanan yang dapat menurunkan kolesterol juga baik untuk diamalkan seperti oat, kacang almond dan flaxseed.

Kajian mendapati moringa juga mampu memberikan kesan penurunan kolesterol yang sama.

5. BERPOTENSI SEBAGAI ANTIKANSER
Kajian mendapati ekstrak daun moringa mampu memperlahankan perkembangan sel kanser pankreas dan meningkatkan keberkesanan sesi kemoterapi.

Kajian makmal lain juga membuktikan potensi akar dan kulit pokok moringa sebagai agen antikanser yang baik.

Faedah Moringa

6. MERANGSANG PENGHASILAN SEL DARAH MERAH
Biji moringa kaya dengan zat besi iaitu mineral yang penting bagi penghasilan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah p**a boleh mengundang kepada masalah anemia.

Sebuah kajian pada tahun 2016 juga mengesahkan potensi moringa sebagai sumber zat besi yang dapat mengatasi masalah kekurangan zat besi dan anemia.

7. BAIK UNTUK KESIHATAN KULIT
Minyak biji moringa sangat baik untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan bagus untuk kesihatan kulit serta rambut.Moringa juga kaya dengan protein yang membantu melindungi sel daripada kerosakan rambut.

8. MENINGKATKAN KESIHATAN TULANG
Antara manfaat lain yang ditawarkan oleh moringa ialah ia dapat meningkatkan kesihatan tulang dengan khasiat kalsium dan fosforus yang terkandung di dalamnya. Moringa yang bersifat antiradang juga memiliki potensi yang tinggi bagi merawat arthritis di samping mengekalkan kekuatan tulang.

9. MEREDAKAN ASMA
Moringa juga dikatakan dapat meredakan serangan asma serta berupaya mencegah pengecutan alur pernafasan.

Kajian turut mendapati moringa membantu meningkatkan fungsi paru-paru dan pernafasan dengan lebih baik.

Faedah Moringa

BANYAKNYA KHASIAT & KELEBIHAN MERUNGGAI NI KAN?
Pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh moringa menjadikannya sangat sesuai digunakan sebagai sebahagian daripada diet harian anda.

Keberkesanan yang tinggi juga menjadikannya berpotensi untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, asma, dan kolesterol tinggi.

Dengan pelbagai kajian yang dijalankan, kita mungkin memandang tumbuhan ini sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.

Sumber rujukan:

Faedah Kesihatan Biji Moringa : doctorshealthpress.com/general-health-articles/moringa-seeds-benefits
Apa yang membuat moringa baik untuk anda? : www.medicalnewstoday.com/articles/319916
6 Faedah Kesihatan Berasaskan Sains Moringa oleifera : https://www.healthline.com/nutrition/6-benefits-of-moringa-oleifera

Want your business to be the top-listed Business in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No. 1, Kg, Kampung Parit Jelutong
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00