Pro-Mahasiswa UTHM
::WE UNITE FOR STUDENTS:: promahasiswauthm.blogspot.com
22/05/2016
SURAT TERBUKA KEKECEWAAN MAHASISWA TERHADAP BLOK PEMBANGKANG DI MALAYSIA.
21 Mei 2016 Masihi bersamaan 14 Syaaban 1437 Hijrah.
Kehadapan Yang Berbahagia :
1) Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
A-1-09, Merchant Square,
Jalan Tropicana Selatan 1,
47410 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
2) Pemangku Pengerusi Kebangsaan,
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Ibu Pejabat Kebangsaan,
Jalan Yew (off Jalan Pudu),
55100 Kuala Lumpur.
3) Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)
Wisma Amanah Negara,
Unit No. 73-1, Tingkat 1,
Jalan Seri Utara 1, Sri Utara,
Off Jalan Ipoh,
68100 Kuala Lumpur.
4) Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)
Pejabat Agung PAS Pusat,
No. 318-A,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua presiden-presiden kompenen parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan PAS yang menjadi tunggak harapan rakyat bagi menggantikan kerajaan sedia ada Barisan Nasional (BN) yang kian bobrok dibawah Najib Razak itu. Saya dengan ini menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda begitu lelah melihat cakaran diantara kompenen pembangkang yang tiada langsung keuntungan buat rakyat Malaysia khususnya.
Yang Berbahagia Presiden-Presiden Parti Pembangkang,
Sudah agak lama kiranya kompenen blok pembangkang ini mengalami krisis yang tidak ada kesudahan jelas untuk menumpukan kepada masalah rakyat yang kian tertindas ini. Blok pembangkang lebih dilihat mempunyai ego yang tinggi dan hanya mementingkan kepentingan parti sendiri berbanding isu rakyat. Saya boleh nyatakan beberapa kekecewaan anak muda terhadap blok pembangkang ini :
1- Pembangkang gagal untuk mengurus krisis yang melanda sesama mereka bahkan mereka lebih s**a mengambil sikap pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat terutamanya PKR dan DAP, PAS dan AMANAH di Sarawak. Contoh mudah, mahasiswa dan anak muda melihat cara mengurus Pakatan Harapan didalam penentuan kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, mengapa masih terdapat pertindihan kerusi sesama blok pembangkang sedangkan kesepakatan telah dijanjikan bersama untuk berhadapan dengan BN tetapi akhirnya cita-cita itu dibakulsampahkan sebegitu rupa demi kepentingan pengaruh dan politik kesemua parti pembangkang. Anda semua telah mengecewakan kami.
2- Pembangkang gagal untuk mengangkat suara anak muda didalam setiap manifesto yang mereka janjikan. Jika mereka mengatakan anak muda sebagai harapan dan tunggak kepada perubahan, mengapa kepentingan kami diketepikan tanpa sebarang penelitian? Anak muda mahukan kepentingan kami didengari dan sebahagian daripada penentuan polisi tetapi malangnya kami ibarat tidak begitu wujud dimata kalian wahai parti-parti pembangkang. Anda semua sekali lagi telah mengecewakan kami.
3- Pembangkang gagal untuk bersepakat bersama dalam cita-cita bagi menurunkan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia yang korup. Bahkan bergaduh dan teragak-agak sesama sendiri samada untuk bersama dalam Deklarasi Rakyat dibawah Mahathir ataupun tidak. Mujur Anwar Ibrahim mengeluarkan suratnya, barulah pembangkang ‘meroyan’ seolah-olah kononnya sinar kebenaran baru sahaja terbit. Soalnya, mengapa kalian seolah-olah menunggu surat dari Anwar? tidakkah kalian boleh bersepakat bersama bagi mengumpul kekuatan menurunkan Najib Razak. Kalian dilihat lemah, sekali lagi telah mengecewakan rakyat.
4- Pembangkang lebih syok untuk memanjangkan pergaduhan bahkan seronok untuk disensasikan buat tatapan rakyat. Mengapa kalian s**a bersengketa sesama sendiri dan seperti sengaja menimbulkan kenyataan membawa kepada permusuhan? Aktiviti cabar-mencabar, kutuk-mengutuk, dan caci-maki sesama parti pembangkang hanyalah memberikan gambaran kalian tidak serius untuk memimpin Malaysia bagi menggantikan BN yang sudah tidak dianggap releven lagi kini.
Presiden-Presiden Parti Pembangkang yang dihormati,
Atas nama mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia, saya sebahagian suara kecil yang tidak begitu penting ini merayu dan memohon kepada kesemua kalian agar kembali bersepakat bersama melakukan langkah yang konstruktif bagi menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal berlaku tidak lama dari sekarang. PRK ini adalah simbol kematangan kalian dalam mengurus dan memberikan harapan kepada keseluruhan rakyat Malaysia sebelum menghadapi PRU 14.
Mahasiswa dan anak muda memberi amaran supaya jangan sekali lagi memberikan peluang kemenangan kepada BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan pertindihan kerusi sesama pembangkang baik PKR, DAP, AMANAH dan PAS. Kami sudah jelek dengan sikap kalian yang seperti acuh tidak acuh sahaja dalam menghadapi BN untuk membina sebuah kekuatan dan menghadapi sebuah kemenangan.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan aset penting untuk pembangkang miliki kedua kerusi ini bagi memberikan mesej jelas bahawa Najib Razak dan partinya UMNO BN sudah tidak tidak releven lagi dan perlu turun dari terus menjadi Perdana Menteri Malaysia akibat terlalu banyak kebobrokan yang dicipta oleh beliau.
Presiden-Presiden Parti Pembangkang yang dikasihi,
Tidakkah kalian mengetahui, bahawa mahasiswa dan anak muda kini menghadapi ‘Fatigue Syndrom’ yakni sudah letih dan malas untuk mengambil tahu dan bersama-sama dalam segala macam hal yang berlaku di Malaysia ini terutama bab politik? Sedarlah bahawa ini merupakan petanda bahaya yang memungkinkan penurunan peratusan turun mengundi oleh mahasiswa dan anak muda pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta PRU 14 akan datang. Justeru, kalian perlu mewarna sebuah warna-warni harapan buat anak muda Malaysia agar kembali percaya kepada kalian.
Justeru itu, saya mewakili sebahagian daripada mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia turut berkongsi aspirasi yang sama menggesa tindakan yang JUJUR dan SERIUS daripada kalian. Prasyarat kepada sebuah kemenangan dan kebangkitan adalah dengan membina sebuah kesatuan demi cita-cita yang ingin digapai. Ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menggantikan BN kepada kompenan parti yang kosisten bersama rakyat dan anak muda. Jika harapan ini kalian bakulsampahkan, mahasiswa dan anak muda tidak teragak-agak untuk bertindak sesuatu !
Muhammad Wafiuddin Rosli
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/05/21/surat-terbuka-kekecewaan-mahasiswa-terhadap-pembangkang/
Surat terbuka kekecewaan mahasiswa terhadap pembangkang Mengapa kalian s**a bersengketa sesama sendiri dan seperti sengaja menimbulkan kenyataan membawa kepada permusuhan?
21/05/2016
Anak muda merupakan aset terpenting negara. Diunjurkan pada Pilihanraya Umum (PRU 14), anak muda akan menjadi penentu kepada tampuk pemerintahan negara.
Berikut adalah borang kaji selidik akan kehendak mahasiswa kepada pembuat polisi negara. Minta jasa baik semua untuk mengisi borang kaji selidik tersebut
http://tinyurl.com/hmx2ryu
Justeru, borang ini bertujuan untuk menjadi penanda aras kepada pemerintah negara akan 'demand' anak muda dan mengambil cakna dalam membuat polisi negara
Borang Tinjauan Kehendak Mahasiswa Borang ini bertujuan bagi mengetahui kehendak mahasiswa kepada kerajaan pemerintah/ahli politik. Borang ini bertujuan memberi satu gambaran kepada mereka supaya memberi lebih perhatian kepada mahasiswa dan anak muda amnya dalam membentuk polisi negara
20/04/2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk makluman semua, FPTP akan menganjurkan 'Minggu PA Perdana FPTP 2016' yang melibatkan kesemua barisan Penasihat Akademik dari semua jabatan serta semua pelajar FPTP. Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh : 24-27/4/2016
Masa : 8.00-12.30 Tgh
Tempat : Foyer FPTP
Kehadiran para pelajar dari setiap jabatan adalah mengikut ketetapan tarikh dan masa seperti di dalam poster yang disediakan.
Makanan disediakan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi : Saudari Raihanah (011-36615652)
03/04/2016
Click here to claim your Sponsored Listing.
Address
Parit Raja
86400