Pejabat TNCAA UTHM
Saluran rasmi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
11/06/2026
π’UTHM di UM iFEST 2026
__
Pada 11 Jun 2026, YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM bersama pasukan di bawah kluster Akademik & Antarabangsa telah menerima undangan ke Majlis Penutup UM iFEST 2026 bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Delegasi TNCAA UTHM telah disambut mesra oleh YBhg. Prof. Dr. Hasniza Zaman Huri, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UM serta pasukannya. Majlis penutup dimulakan dengan ucaptama oleh YBhg. Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor UM dan disempurnakan oleh YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada delegasi UTHM untuk meninjau secara dekat pelaksanaan program iFEST yang menggabungkan empat teras utama:
πΉUGFYP β pembentangan projek penyelidikan pelajar kepada juri industri
πΉINTRAC β platform antarabangsa bagi pelajar pascasiswazah dan penyelidik
πΉUMRIIS β pameran produk startup pelajar yang telah diaplikasi industri
πΉUMStepUP β penghubung pelajar dengan lebih 300 syarikat melalui sesi temuduga dan pembangunan kerjaya
Pengalaman ini menjadi rujukan penting untuk memperkukuh amalan terbaik di UTHM, khususnya dalam usaha menyelaras aktiviti akademik, penyelidikan dan pembangunan kerjaya pelajar secara lebih holistik.
11/06/2026
π’ TVET Digital Capacity Workshop Perkasa Pendigitalan Pendidikan TVET
__
Pada 11 Jun 2026, YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM telah diundang sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan TVET Digital Capacity Workshop di Ibis Hotel KLCC, Kuala Lumpur.
Bengkel anjuran Centre for Virtual Learning, UTHM (CVL), dengan kerjasama Shenzhen Polytechnic University (SZPU), China ini memberi fokus kepada pembangunan program New Energy Vehicle (NEV) serta kursus berkaitan teknologi 5G, selaras dengan agenda pendigitalan TVET dan transformasi digital global.
Seramai 34 peserta daripada universiti awam, politeknik, kolej komuniti, kolej vokasional serta agensi berkaitan TVET di Malaysia turut menyertai bengkel ini bersama delegasi antarabangsa dari Hanoi High-Tech Vocational College, Vietnam.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UTHM dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan memperkasakan agenda pendigitalan TVET negara, sekali gus melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan era ekonomi digital.
10/06/2026
10/06/2026
UTHM Laksana Sesi Taklimat & Libat Urus Rasionalisasi Fakulti dan Pengukuhan Ekosistem Edu-Train
_
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan kerjasama Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko telah menganjurkan siri Taklimat dan Libat Urus Rasionalisasi Fakulti serta Pengukuhan Ekosistem Edu-Train. Sesi ini melibatkan kepimpinan fakulti, staf akademik dan kepimpinan mahasiswa di Kampus Induk Parit Raja serta Kampus Cawangan Pagoh. Taklimat disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan diselaraskan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Lizam bin Mohd Diah, Pengarah Pejabat Perancangan Strategik Dan Pengurusan Risiko UTHM.
Siri taklimat ini berlangsung pada 9 Jun 2026 di Dewan Jemaah Aras 5, PTTA bagi kepimpinan fakulti dan pusat pengajian, serta pada malam yang sama di Dewan Seminar Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim bersama kepimpinan mahasiswa MPP dan Kelab Akademik Fakulti Kampus Parit Raja. Sesi turut diteruskan pada 10 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat 1, Kampus Cawangan Pagoh bersama kepimpinan mahasiswa kampus tersebut.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk memperjelas hala tuju rasionalisasi fakulti dan pengukuhan ekosistem pendidikan-latihan UTHM agar lebih sejajar dengan DNA IPTA-Model 2 serta keperluan industri dan komuniti. Sambutan yang diterima amat positif dengan banyak soalan berkualiti diajukan oleh kepimpinan fakulti, staf akademik dan mahasiswa, mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem pendidikan-latihan UTHM.
Cadangan dan pandangan yang dikemukakan sepanjang sesi akan diperhalusi bagi menambah baik serta melicinkan proses rasionalisasi fakulti dan ekosistem Edu-Train UTHM.
09/06/2026
πΈ Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Bakal Pesara UTHM
__
Isnin, 8 Jun 2026 | Pejabat Canselori, UTHM
YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah menghadiri Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan kepada bakal pesara UTHM yang akan bersara pada bulan Mei dan Jun 2026.
YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad bersama-sama YBrs. Tn. Hj. Naim bin Maslan, Menjalankan Tugas Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, telah menyampaikan sijil kepada para pesara sebagai tanda terima kasih atas jasa dan dedikasi mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh hormat dan mesra, menzahirkan penghargaan universiti terhadap sumbangan besar warga UTHM yang telah menabur bakti dalam pelbagai bidang akademik dan pentadbiran.
Semoga setiap pesara terus diberkati dan dikenang atas khidmat cemerlang mereka dalam membina kecemerlangan universiti.
09/06/2026
π Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-10 MBA @ UTHM
__
Ahad, 7 Jun 2026 | Maple Hall, Orchid Event Space, Batu Pahat, Johor
YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), telah menghadiri Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-10 MBA @ UTHM sebagai wakil rasmi Naib Canselor.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Johor; YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Amri bin Lajis, Ahli Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, FASc, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi); serta YBrs. Prof. Madya Dr. Shafie bin Mohamed Zabri, Dekan Johor Business School (JBS).
Majlis ini meraikan sedekad kecemerlangan program MBA UTHM, yang telah melahirkan ramai pemimpin industri dan profesional berwibawa. Acara diserikan dengan persembahan kebudayaan pelajar, penyampaian anugerah, sesi fotografi dan montaj perjalanan JBS sepanjang 10 tahun penubuhannya.
Tahniah kepada Johor Business School atas kejayaan menganjurkan majlis penuh berprestij ini yang mencerminkan semangat UTHM dalam memperkukuh hubungan akademik, industri dan alumni.
09/06/2026
UTHM di Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2026
__
Sabtu, 6 Jun 2026 | Dataran Putrajaya
YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM, telah menghadiri Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2026 yang disempurnakan oleh YAB Datoβ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bersama YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET).
Turut hadir YBhg. Datoβ Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, bagi menyokong agenda nasional memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).
Selesai majlis, delegasi UTHM berkunjung ke reruai pameran UTHM, beramah mesra dengan staf dan pengunjung sambil berkongsi maklumat mengenai program TVET universiti yang menyokong aspirasi negara ke arah tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Majlis ini turut menampilkan pelancaran GITC TVET Placement Centre (GTPC) β platform nasional yang menghubungkan bakat TVET dengan peluang pekerjaan, latihan industri dan pembelajaran berasaskan kerja, di bawah tema Empowering Skills, Connecting Opportunities.
26/05/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
πβ¨Ψ§ΩΩΩΩ°ΩΩ Ψ£ΩΩΩΨ¨ΩΨ±ΩΨ Ψ§ΩΩΩΩ°ΩΩ Ψ£ΩΩΩΨ¨ΩΨ±ΩΨ Ψ§ΩΩΩΩ°ΩΩ Ψ£ΩΩΩΨ¨ΩΨ±ΩΨ ΩΩΩΩΩΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΨΩΩ
ΩΨ―Ω πβ¨
Seluruh warga kerja Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UTHM menyusun jari yang sepuluh memohon ampun dan maaf, serta mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat khususnya buat warga UTHM, alumni dan rakan strategik Universiti.
Aidiladha membawa makna pengorbanan yang cukup besar kerana ia bukan sekadar ibadah menyembelih haiwan ternakan, tetapi merupakan manifestasi ketundukan, keikhlasan dan ketakwaan kita sebagai hamba-Nya.
Hal ini bertepatan dengan firman Allah ο·» dalam Surah Al-Hajj ayat ke-37 yang bermaksud:
"π·πππππ πππ ππππβ πππππ‘πππ ππππππ ππ‘ππ’ βππππβ ππ‘π’ π‘ππππ π πππππ-ππππ ππππ π πππππ ππππππ π΄πππβ, π‘ππ‘πππ π¦πππ π πππππ ππππππππ¦π ππππβ ππππ π¦πππ ππβπππ π¦πππ ππππππ πππππ π‘πππ€π ππππ ππππ’...".
Semoga semangat pengorbanan suci Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (ΨΉΩΩΩΩ
Ψ§ Ψ§ΩΨ³ΩΨ§Ω
) menjadi inspirasi buat kita semua dalam membudayakan kecemerlangan akademik, keikhlasan mendidik dan kesungguhan menuntut ilmu demi agama, nusa dan bangsa.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas;
π·ππππππ π»πππππππ π΅πππ πͺπππππππ (π¨πππ
ππππ & π¨πππππππππππ)
πΌπππππππππ π»ππ π―ππππππ πΆππ π΄πππππππ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Address
Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |