MJ Aqua Farm

MJ Aqua Farm

Share

Pengusaha & Penternak Ikan Air Tawar dalam Sangkar di Sungai Perak (+60175870082)

• Patin Buah
• Patin Hitam / Patin Sangkar
• Tilapia Merah

21/03/2026

🌙 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇|𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙

MJ Aqua Farm mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pelanggan dan rakan niaga.

Terima kasih atas sokongan anda terhadap produk ikan segar tempatan kami. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada semua.

28/11/2025

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭

Musim hujan ini menguji ramai pengusaha ikan sangkar. Semoga kita semua dilindungi dan dipermudahkan dalam setiap usaha. 🤲

24/11/2025

Angin sepoi, ikan menari 🐟

07/11/2025

Saya pasti ramai yang telah tengok poster ni yang berlegar di facebook hari ni, saya nak bagitahu yang gambar-gambar ikan yang diletakan ini kurang tepat dan sangatlah buruk, tak menggambarkan lansung spesimen sebenar.

Kepada pihak Sinar Harian, anda adalah antara media utama di Malaysia, apa yang anda hidangkan akan menjadi tatapan dan didikan kepada masyarakat, kalau salah maka salahlah maklumat yang diterima oleh masyarakat. Buat yang kenal spesies ikan, akan sedar ianya salah, tapi bukan semua orang mengenali spesies ikan di Malaysia. Ini anda secara semberono saja meletakan spesies ikan yang salah, lepas tu padam background, dan siap ada yang kena compress sampai buruk jadinya.

Gambar Patin Muncung itu adalah gambar Patin Siam (pendatang), tang mana muncungnya? Gambar Patin Buah tu sudah tiada rupa Patin Buah, morfologinya sukar dihadam oleh pembaca. Gambar Patin Juara tu adalah gambar Patin Lawang, tapi kena compress sampai jadi penyek rupa dia, entah apa-apa. Yang Patin Lawang tu p**a adalah gambar Patin Chao Phraya (pendatang), sejak bila Patin Lawang rupa macam tu? Dan yang terakhir, Patin Sangkar tu merujuk kepada Patin Siam.

Tunggang terbalik dan banyak kesalahan di poster ni, kami tuntut untuk perbetulkan sebelum lebih ramai orang menerima ilmu yang salah, kerana ilmu yang salah juga akan diwarisi dan sukar untuk mengubahnya. Di sini saya ingin tekankan juga bahawa penting untuk tahu dan gunakan nama saintifik untuk dapatkan carian yang tepat, kerana nama saintifik seragam di seluruh dunia, tapi nama tempatan ada pelbagai dan c**a marba, kalau cari maklumat guna nama tempatan keputusannya ada pelbagai dan belum tentu betul.

Saya dan juga ramai lagi orang lain yang mahir tentang ikan air tawar masih hidup lagi, boleh saja minta panduan dan bantuan kami untuk sediakan poster yang lebih tepat berpandukan maklumat dan kajian yang ada, janganlah memandai-mandai sebab yang lihat dan bacanya bukan sikit tapi ramai.

Link post asal https://www.facebook.com/share/1AZqPyHsZY/

06/11/2025

Patin buah segar Sungai Perak, 50kg berlepas ke KL ✈️

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Parit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Kampung Padang Kangar
Parit
32800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00