Keadilan Rantau Panjang

Keadilan Rantau Panjang

Share

• Keadilan Parlimen Rantau Panjang

Photos from Keadilan Rantau Panjang's post 29/01/2026

KHAMIS | 29 JANUARI 2026 | BERSAMAAN 10 SYAABAN 1447H
Kg Bakat, DUN Gual Periuk Parlimen Rantau Panjang
Ketua Cabang Keadilan Rantau Panjang Nik Ghazali terus komited menyokong pembangunan belia dan aktiviti sihat di peringkat akar umbi apabila menyampaikan sumbangan tiang gol kepada pemain bola sepak di Kampung Bakat Rantau Panjang
Sukan bukan sekadar hiburan, tetapi medium menyatukan anak muda, membentuk disiplin, semangat berpasukan dan menjauhkan mereka daripada gejala tidak sihat. Inilah pendekatan kepimpinan yang dekat dengan rakyat bermula dari keperluan kecil, memberi kesan besar kepada komuniti
Semoga sumbangan ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti sukan di kampung, mencungkil bakat baharu dan melahirkan generasi belia yang sihat tubuh badan serta kuat jati diri
Insya-Allah, kita teruskan usaha membina DUN Gual Periuk yang aktif, berdaya saing dan sejahtera bersama rakyat

Photos from Keadilan Rantau Panjang's post 13/01/2026

RABU | 7 JANUARI 2026

Dengan penuh cakna Cg Nik Li Nik Ghazali Ketua Cabang Keadilan Rantau Panjang telah turun padang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Raudah, Gual Tinggi, Rantau Panjang melibatkan aliran air kotor dan berbau busuk yang melintasi laluan keluar masuk taman ke jalan utama.

Masalah ini berpunca daripada saluran air buangan sebuah sekolah tahfiz di Taman Raudah yang telah tersumbat, sekali gus menjejaskan keselesaan dan kebersihan penduduk setempat.

Sebagai langkah penyelesaian, pemasangan box culvert (box kalbok) telah dilaksanakan bagi melancarkan aliran air serta mengelakkan limpahan air kotor ke atas jalan awam.

Usaha ini diharap dapat memberi kelegaan kepada penduduk dan memastikan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan teratur. Terima kasih kepada semua pihak yang turut bekerjasama. 🤝

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Pasir Mas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


NO. 7454, TINGKAT 2, TAMAN MEGAH LAGENDA, LATI
Pasir Mas
17000