SK Padang Rumbia

SK Padang Rumbia

Share

#SKPadangRumbia

Photos from SK Padang Rumbia's post 12/05/2026

πŒπ„ππ€ππ† π‘πŽππŽπ“ πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹πŸ†πŸŒŽ

Budak Kampung Padang Rumbia dari SK Padang Rumbia gegarkan gelanggang robot di pentas antarabangsa πŸ”₯

Detik kalahkan team Thailand dan team Miri sungguh epik dan penuh dengan semangat setiakawan✨️

Budak kampung pun boleh handle robot di peringkat tertinggi. Bukan setakat budak kampung, sekolah kecil luar bandar seperti Padang Rumbia pun ada potensi jika diberikan peluang ✨️

Kemahiran berfikir yang kritis terserlah pada Mursyidah dan Fira. Permata baru robotik Padang Rumbia yang dibimbing oleh Ustaz Mazlan dan Miss Atie.

Terima kasih semua terutama warga SK Padang Rumbia , PPD PEKAN , penyumbang utama iaitu MyKasih Foundation. Tanpa sokongan dan doa semua misi ini tidak ke mana. Syukur Alhamdulillah. Semuanya dengan izinNya.

Tahniah dan SyabasπŸ’

π˜½π™Šπ™π™‰π™€π™Š π™„π™‰π™π™€π™π™‰π˜Όπ™π™„π™Šπ™‰π˜Όπ™‡ π™π™Šπ˜½π™Šπ™ π™π™Šπ™π™π™‰π˜Όπ™ˆπ™€π™‰π™ (π˜½π™„π™π™)

6-9 Mei 2026
Miri, Sarawak

Photos from SK Padang Rumbia's post 14/03/2026

✨PERTANDINGAN HAFAZAN SEMPENA IHYA’ RAMADAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026✨

Alhamdulillah selesai Pertandingan Hafazan peringkat sekolah SK Padang Rumbia. Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya menyertai pertandingan ini dan telah memberikan usaha yang terbaik. Semoga Al-Quran terus menjadi teman dalam kehidupan dan memberi keberkatan kepada kita semua. πŸŒ™

Photos from SK Padang Rumbia's post 12/03/2026

IFTAR JAMAIE PADANG RUMBIA 2026πŸŒ™
11 MAC 2026
(PART 1)

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar Jamaie Padang Rumbia yang berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh kebersamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada penduduk kampung yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk menyediakan juadah, serta kepada guru-guru dan murid-murid yang bersama-sama membantu membuat persiapan tempat.

Terima kasih kepada En Shahrul Azwan Bin Mohd Saferi, Penghulu Mukim Pulau Manis, atas kesudian untuk menghadiri iftar jamaie tahun ini.

Ucapan terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh PIBG dan JPKK Padang Rumbia dalam menjayakan Majlis Iftar Padang Rumbia pada tahun ini. Segala sokongan, komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Syukur kerana segala perancangan berjalan dengan lancar. Lebih bermakna apabila kita berpeluang berbuka puasa bersama dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Inilah antara keistimewaan sebuah sekolah kecil yang terletak di kawasan kampung β€” hubungan yang erat, semangat kerjasama yang tinggi serta silaturrahim yang kuat antara semua pihak. Semoga Ramadan pada tahun ini menjadi lebih baik daripada Ramadan yang sebelumnya, dan semoga Allah SWT sentiasa memberkati serta mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.

InsyaAllah, jika diberi rezeki dan kesempatan, kita akan bertemu lagi dalam Majlis Iftar Jamaie pada tahun hadapan. πŸŒ™

Want your business to be the top-listed Media Company in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


SK PADANG RUMBIA
Pekan
26640