PPD PEKAN

PPD PEKAN

Share

This page shows events and programmes conducted by PPD Pekan.

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga pendidikan Daerah Pekan.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan semangat pengorbanan buat kita semua.

Ikhlas daripada
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Photos from PPD PEKAN's post 15/05/2026

PERTANDINGAN BOLING VIP HARI GURU PPD PEKAN 2026

Pekan, 12 Mei – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan telah menganjurkan Pertandingan Boling VIP Hari Guru PPD Pekan 2026 di Premium Lanes sempena sambutan Hari Guru 2026.

Program ini telah menghimpunkan hampir 60 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja PPD Pekan serta Pengetua dan Guru Besar (PGB) dari seluruh daerah Pekan.

Pertandingan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemimpin pendidikan daerah.

PPD Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang.

Photos from PPD PEKAN's post 14/05/2026

Syabas dan Tahniah!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya meraih Tempat Pertama hingga Ketiga dalam Program Galakan Membaca Peringkat Daerah Pekan 2026.

Kejayaan ini melayakkan anda untuk mewakili Daerah Pekan ke Program Galakan Membaca Peringkat Negeri Pahang 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyerlahkan bakat, kreativiti dan kecintaan terhadap budaya membaca. Bawalah nama Daerah Pekan dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi.

Selamat maju jaya dan semoga terus mencipta kecemerlangan di peringkat negeri!

Ikhlas daripada:
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan

11/05/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Wan Hashim bin Wan Rahim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan (KPM) berkuat kuasa pada 11 Mei 2026.

Selamat menjalankan amanah dalam memperkukuh agenda pendidikan negara dan semoga terus memacu kecemerlangan.

Seluruh warga KPM turut menzahirkan komitmen dalam meneruskan usaha memperkasa ekosistem pendidikan negara demi manfaat generasi masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"

Want your school to be the top-listed School/college in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


BANDAR BAHARU PERAMU
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00