PRInT UMP

PRInT UMP

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PRInT UMP, Education Website, Pusat TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan.

Photos from PRInT UMP's post 13/05/2024

SIRI PROGRAM PEMERKASAAN INDUSTRI (EMPOWERING INDUSTRY) DARI PUSAT TVET TERMAJU (PTVET)

13 MEI 2024

Pusat TVET Termaju (PTVET) sudah memulakan siri pertama program yang berlangsung di Makmal CAE 2, di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA) pada 11 dan 12 Mei 2024. Siri pertama yang bertajuk : 'Design Driven Analysis : Finite Element Analysis (Linear Static) ' yang dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari PTVET iaitu;

1) Ts. Mohd Fazli Bin Ismail dan
2) Ts. Mohd Adib Bin Mohd Amin

Seramai 24 pelajar dari pelbagai bidang (Mekanikal, Pembuatan dan Kimia) mendalami dalam bidang 'Finite Element Analysis' bagi kerja-kerja analisa bagi rekabentuk berkomputer (CAD).

Siswa-siswi didedahkan dengan teori asas 'Finite Element' cara penggunaan yang betul ke atas rekabentuk yang dibangunkan di dalam komputer. Bukan setakat itu sahaja, siswa-siswi yang menyertai program ini diberi kajian kes untuk dibuat analisa simulasi bagi mendekatkan mereka dengan keadaan industri sebenar di dalam simulasi berkomputer ini.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini merupakan pendekatan PTVET di dalam menyediakan siswa-siswi UMPSA kepada alam perkerjaan sebenar dengan kemahiran teknikal yang boleh diaplikasi bila di lapangan kerja kelak.

Sepanjang sesi berlangsung, penggunaan perisian 'Finite Element Analysis' diajar dan pada sesi akhir program, siswa-siswi dikehendaki membuat kajian kes yang asas di samping menjawab soalan-soalan kuiz untuk diuji kefahaman berkenaan program yang dijalankan.

Diharap sesi yang diadakan memberi manfaat kepada siswa-siswa UMPSA disamping memberi nilai tambah kepada kompetensi kemahiran teknikal pada masa akan datang. Nantikan Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) dari PTVET pada masa akan datang.

Sertai program kami untuk pembangunan kemahiran anda. Terbuka kepada semua siswa-siswi UMPSA.

Sila layaran laman sesawang Pusat TVET Termaju untuk maklumat lanjut untuk siri-siri program akan datang.

https://ptvet.umpsa.edu.my/index.php/en/

Photos from PRInT UMP's post 03/05/2024

JAMUAN RAYA PUSAT TVET TERMAJU

2 MAY 2024

Photos from PRInT UMP's post 24/04/2024

LAWATAN KASETSART UNIVERSITY, THAILAND KE PUSAT TVET TERMAJU

22 APRIL 2024

Want your school to be the top-listed School/college in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Pusat TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00