SIB Eden

SIB Eden

Share

SIB Eden is an evangelical church located in Penampang district. This page serves to share our weekly activities.

05/10/2025

Sambungan kepada renungan beberapa hari lalu.... Saya mahu cadangkan bahawa ada 3 penyesatan yang akan berlaku ke atas manusia menjelang kedatangan Antikristus, di mana Tuhan sendiri izinkan penyesatan dan dusta untuk menguasai orang yang tidak benar-benar percaya kepada Injil.

Yang pertama ialah penyesatan rohani & teologi. Ajaran sesat akan menjadi-jadi. Kebenaran teologi akan dikelirukan, benda senang difahami dijadikan rumit. Golongan penyesat akan timbul macam cendawan selepas hujan! Doktrin-doktrin Kristian yang sudah lama dipercayai dan dipegang akan mula dipersoalkan dan dicabar oleh mereka dalam gereja! Anak-anak muda akan terpesong dan ramai akan "murtad" dan meninggalkan iman mereka. Ramai yang dahulunya aktif dalam gereja dan arif akan terpesona dengan ajaran "baru" yang tidak ada kepala atau ekor, dan terjerat oleh fahaman yang tidak Alkitabiah. Teologi dibuang dan pengalaman diagungkan - terlalu banyak contoh untuk diberi!

Kedua ialah penyesatan moral. Lebih ramai akan buat maksiat, terjerumus dalam ketagihan benda larangan, standard moral akan diturunkan. Lebih ramai akan amalkan kegiatan yang tidak bermoral dalam hal kewangan, dalam hal hubungan, dalam hal seksual. Hal hitam boleh jadi putih – dan kejahatan akan makin tersebar – termasuklah dalam gereja. Senarai yang disebut dalam 2 Timotius 3:1–4 akan menjadi realiti bagi dunia ini. Sampai ada yang bertanya, "Kalau kami sudah bertunang, boleh kami tidur sebilik?" Huh??

Ketiga ialah penyesatan sosial. Tengok di seberang laut, ada lelaki yang mengakui dirinya perempuan, ada perempuan yang mengakui dirinya kucing, rusuhan dan pencurian bila sahaja keinginan peribadi tidak ditunaikan. Di Eropah dan Amerika sudah nampak hal ini. Climate Change, LGBTQIA+, Antifa, Wokeism, Intifada – conteng, rosakkan, merusuh, sekat jalan – itu saja kerja mereka! Gejala kahwin-cerai, bersekedudukan, single parenting, adalah perosak masyarakat. Tetapi ramai orang akan disesatkan dengan kegiatan demikian.

Maka menjelang hari-hari terakhir, sangat penting kita tidak izinkan diri dipengaruhi kesesatan. Makin mendalami Firman Tuhan. Jangan ikut trending... Don't follow the crowd.... Berdiri seorangan, demi kebenaran.

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Penampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


D23-1, 1st Floor, Block D, Lorong Cyber Perdana 1, Cyber Perdana Commercial Center
Penampang
88200

Opening Hours

Saturday 20:00 - 22:30
Sunday 09:30 - 12:30