MPP USM
Laman Facebook rasmi MPP USM | Official page of MPP USM
08/05/2026
HEBAHAN MAKLUM BALAS ZAWAIN USM SEMESTER 1 OLEH MPP USM
MPP USM mengambil berat isu prosedur dan juga kualiti proses pemberian bantuan zakat oleh ZAWAIN USM pada semester 1 yang lepas.
Kami daripada MPP Eksekutif Kerohanian dan Keselamatan ingin meminta *maklum balas* semua mahasiswa berkenaan *isu yang timbul serta kekurangan dalam proses pemberian zakat* pada semester lalu.
Maklum balas anda adalah penting untuk kami mengangkat suara anda kepada ZAWAIN USM dan juga untuk dibentangkan dalam Parlimen Mahasiswa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
EKSEKUTIF KESELAMATAN DAN KEROHANIAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare • Empowerment • Advancement • Development
08/05/2026
UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI LEFTENAN KOLONEL (KEHORMAT) PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (PSSTUDM).
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) yang berkuatkuasa pada 24 Februari 2026.
Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh tadbir urus universiti, memperkasa kecemerlangan akademik serta memacu Universiti Sains Malaysia ke arah pencapaian yang lebih gemilang di peringkat nasional dan antarabangsa.
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 2025/2026
“MAHASISWA BANGKIT BERSAMA”
WeLEAD | Welfare • Empowerment • Advancement • Development
01/05/2026
HEBAHAN PEMBERHENTIAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAS KOMUTER PELAJAR SEMPENA CUTI HARI PEKERJA DAN CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2025/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia ingin memaklumkan bahawa bersempena Cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2026 (Jumaat), perkhidmatan bas komuter pelajar USM Kampus Induk akan dihentikan sementara pada hari tersebut.
Perkhidmatan bas komuter akan beroperasi semula seperti biasa pada 2 Mei 2026 (Sabtu).
Selain itu, bersempena Cuti Pertengahan Semester II, Sidang Akademik 2025/2026 yang bermula pada 4 Mei 2026 (Isnin), perkhidmatan bas komuter pelajar USM Kampus Induk akan dihentikan sementara bermula 4 Mei 2026 hingga 10 Mei 2026.
Perkhidmatan bas komuter akan beroperasi semula seperti biasa pada 11 Mei 2026 (Isnin).
Sehubungan itu, para pelajar dinasihatkan untuk membuat perancangan perjalanan lebih awal sepanjang tempoh tersebut.
Kerjasama dan perhatian anda amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
EKSEKUTIF INFRASTRUKTUR DAN KELESTARIAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare • Empowerment • Advancement • Development
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
MPP USM, Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar USM, Bangunan H21, Kompleks Cahaya Siswa, BHEPA USM
Penang
11800