Hospital Pendang

Hospital Pendang

Share

Laman Facebook Rasmi Hospital Pendang

Photos from Hospital Pendang's post 01/06/2026

PROGRAM PENGHAYATAN IBADAH KORBAN 2026/1447H HOSPITAL PEPENDANG πŸ–€

Alhamdulillah, pada 13 Zulhijjah 1447H bersamaan 30 Mei 2026, Hospital Pendang telah berjaya menganjurkan Program Penghayatan Ibadah Korban 1447H/2026M hasil kerjasama antara Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Kelab Ukhwah dan Kebajikan Hospital Pendang, Paradigm Energy serta Bikers Hope.

Program yang penuh keberkatan ini melibatkan ibadah korban sebanyak 4 ekor lembu, yang dilaksanakan dengan semangat gotong-royong dan kerjasama dalam kalangan warga kerja hospital serta rakan-rakan strategik.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Nor Raziah binti Sabtu, Pengarah Hospital Pendang, barisan Pengurusan Tertinggi Hospital, Pengurus Cawangan Fasiliti PESB serta warga Hospital Pendang yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program yang bermakna ini.

Melalui pelaksanaan ibadah korban, program ini bukan sahaja menghayati tuntutan syariat Islam, malah menjadi platform untuk menyemarakkan nilai kebersamaan, memperkukuhkan ukhuwah serta menyuburkan budaya prihatin dan berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Daging korban yang telah diagihkan memberi manfaat kepada pelbagai pihak antaranya pengawal keselamatan, petugas kebersihan, sebahagian kakitangan yang bertugas, serta anak-anak Maahad Darul Mustafa dan Maahad Darul Furqan.

Pihak Hospital Pendang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta korban yang telah menyertai dan merealisasikan pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini.

Penghargaan turut diberikan kepada semua ahli jawatankuasa, kakitangan, sukarelawan, penyumbang serta rakan strategik yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga segala amal kebajikan, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, kesejahteraan dan rahmat buat semua.

✨ "Dalam setiap pengorbanan ada keikhlasan, dalam setiap perkongsian ada kebahagiaan, dan dalam setiap kebajikan ada keberkatan."

20/05/2026

Pendang Emergency Medicine (EM) Day 2026

"Safe Space for Emergency Medicine Teams, Stop Violence Everywhere"

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Pendang Emergency Medicine (EM) Day 2026 anjuran Jabatan Kecemasan dan Trauma bersama Kelab Resusitasi Pendang. Pelbagai aktiviti menarik, pameran kesihatan serta perkongsian ilmu kecemasan disediakan khas untuk komuniti.

πŸ“… Tarikh: 24 Mei 2026 ( Ahad )
⏰ Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Lobi Utama, Hospital Pendang

✨ Antara aktiviti menarik yang menanti anda:

βœ… Pameran Info Kesihatan mengenai perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma:-
- Apakah itu Kecemasan?
- CPR untuk komuniti
- β€œOne Stop Crisis Centre” ( OSCC )
- β€œ Pre Hospital Care β€˜β€˜.
- β€œ Snake Bite First Aid”
- Heat Realated Illness: Do’s and dont’s
βœ… Pameran - Kenali Ubat anda
βœ… Pameran - Pendermaan organ
βœ… Pameran daripada Syarikat, Bank & YaPEIM – Dapatkan info, peluang & servis menarik terus daripada mereka
βœ… Gerai jualan makanan dan pelbagai barangan menarik

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama menimba ilmu kesihatan, meningkatkan kesedaran kecemasan serta memupuk komuniti yang lebih prihatin dan selamat.

πŸ“’ Masuk adalah PERCUMA!
Jumpa anda di sana!

Photos from Hospital Pendang's post 19/05/2026

CLINICAL GOVERNANCE ROUND BIL 5/2026
Tarikh: 19 Mei 2026
Lokasi: Unit Mortuari dan Pusat Rawatan Tuberkulosis (PR 1)

Clinical Governance Rounds Bil 5/2026 telah dilaksanakan di Unit Mortuari dan Pusat Rawatan Tuberkulosis (PR 1) Hospital Pendang pada 19 Mei bermula jam 8.30 pagi. Rondaan ini diketuai oleh Pengarah Hospital Pendang, Dr. Nor Raziah binti Sabtu, dan disertai oleh pasukan rondaan yang melibatkan pegawai dari Unit Pengurusan, UKKP, Unit Kawalan Infeksi, Jabatan Farmasi, Unit Penyeliaan, Unit Kejururawatan, dan Unit Kejuruteraan. Pasukan rondaan telah disambut dan disantuni oleh staf Unit Mortuari, PPP Firdaus Fahmi bin Abdul Halim dan PPP Mohd Zuhairie bin Nordin, serta staf Pusat Rawatan Tuberkulosis, PPP Mohd Aiman Hakimi bin Arikam.

Rondaan telah dilakukan untuk meninjau kualiti perkhidmatan kesihatan di unit terbabit yang melibatkan aspek seperti berikut:
1. Clinical Effectiveness
2. Risk Management
3. Patient-centred Care
4. Staff Management
5. Audit
6. Education & Training
7. Information Management

Secara keseluruhannya, aktiviti tinjauan telah berjalan lancar dan hasil tinjauan yang memerlukan penambahbaikan telah diberi teguran secara langsung dan disusuli dengan memo untuk tindakan pemantauan.

Pasukan Clinical Governance Round Hospital Pendang mengucapkan tahniah dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Unit Mortuari dan Pusat Rawatan Tuberkulosis sepanjang rondaan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Pendang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kampung Banggol Pauh, Mukim Air Putih
Pendang
06700