Haji Awang Hashim

Haji Awang Hashim

Share

Ahli Parlimen Pendang
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
TYDP PAS Kawasan Pendang

26/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada keluarga, sahabat handai dan masyarakat yang dikasihi.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi teladan bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah pasti mempunyai nilai yang besar di sisi-Nya.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini diterima Allah SWT, serta menjadi asbab untuk kita lebih dekat dengan-Nya dan lebih prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

Marilah kita jadikan Aidiladha ini sebagai ruang untuk memperkukuh silaturahim, menyantuni keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Pendang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang
Pendang
06700