Public Gold by Ridzwan Zin
Saya mempelajari, membaca dan menulis ilmu emas agar mudah saya fahami dan saya ingati.
𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 - 𝗨𝗕𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗙𝗦𝗨 𝗕𝗢𝗥𝗢𝗦
Kelebihan dan fungsi Emas bukanlah hanya sekadar pada "buy low & sell high" untuk perolehi profit semata-mata.
Kalau kita betul-betul kaji fungsi emas, kita akan faham dan nampak yang emas mampu memberi kita 1001 kelebihan kepada kita sama ada secara sedar atau tak.
Salah satu fungsi & kelebihan menyimpan emas fizikal adalah ia mampu untuk 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗡𝗔𝗙𝗦𝗨 𝗕𝗢𝗥𝗢𝗦 kita.
Emas adalah duit sebenar dan bila kita alihkan duit kita kepada emas fizikal, ia akan membuatkan kita 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗨𝗜𝗧. Macam mana kita nak shopping itu ini, jika diri kita rasa tidak berduit walhal emas berkilo-kilo tersemat dalam simpanan.
Kita akan temenung sekejap memikirkan sama ada nak cairkan atau alih semula emas fizikal tersebut kepada duit ringgit atau tidak.
Tempoh temenung ini akan membuatkan kita 𝗕𝗘𝗥𝗙𝗜𝗞𝗜𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 dan kita akan mengambil keputusan yang lebih bijak sama ada benda tersebut satu keperluan atau kehendak semata-mata.
Kadang-kadang timbul p**a 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗞 𝗝𝗨𝗔𝗟 atau pajak emas fizikal yang kita kumpul sebab bukan senang kita nak kumpul emas fizikal kan.
Perasaan sayang lebih membuak-buak apabila kita memikirkan usaha dan penat lelah kita mengumpul bergram-gram emas fizikal setelah sekian lama. Bukanlah kita senang-senang nak jual emas fizikal tersebut untuk beli itu ini yang bukan satu keperluan dan tanpa apa-apa faedah yang kukuh.
InsyaAllah, daripada pengalaman saya, 95% keberangkalian kita 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗔𝗧 untuk shopping itu dan ini, jika benda tersebut bukan satu keperluan yang mendesak untuk kita miliki.
Kalau tak percaya cuba la alihkan sebahagian duit simpanan kita kepada emas fizikal. Nak tahu cara terbaik untuk simpan & kumpul Emas Fizikal, boleh whatsapp saya.
Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
http://www.wasap.my/+60124241374
05/04/2022
FORMULA MENYIMPAN
Ini formula menyimpan yang ingin saya kongsikan dan terbukti amat berkesan.
Gaji - belanja = simpanan ❌
Gaji - simpanan = belanja ✅
Formula ini hanya boleh dipraktikkan semasa minggu gaji. Kalau tunggu lama2, takkan jadi.
Cara yang betul untuk 'self-reward' pada hari gaji adalah dengan 'bayar' kepada diri sendiri dahulu. Macam mana? Iaitu dengan menyimpan!
Kalau setiap bulan, kita tidak berjaya paksa diri menyimpan, atau kita dah simpan tapi tengah bulan atau hujung bulan, simpanan dah bocor sebab kita korek balik, cuba simpan emas p**a.
Ya, try simpan emas. Sebab ramai yang berjaya simpan tanpa korek balik.
Semoga bermanfaat.
Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
http://www.wasap.my/+60124241374
01/04/2022
MUDAH
Sekarang, beli emas Public Gold dah tak perlu keluar rumah. Beli secara online, emas tu terus dihantar sampai ke rumah dengan servis yang dinamakan Gold In Transit (GIT).
Dengan adanya kaedah belian Akaun Emas GAP dan GIT, sekarang semua orang boleh beli emas. Semuanya dihujung jari.
Tidak mustahil, satu hari nanti hampir majoriti rakyat Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia memiliki Akaun Emas GAP sama seperti mereka memiliki akaun bank.
Emas bukan lagi salah satu daripada produk pelaburan, tapi setiap orang memilikinya sama seperti setiap orang memiliki duit. InsyaAllah.
Semoga bermanfaat.
Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
http://www.wasap.my/+60124241374
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Address
Perai
13700