Syanis Collection
Customer satisfaction is our priority.
10/06/2022
Jom baca kelebihan shawl keluaran baru kami😘
Kalau sambil baca tiba-tiba berminat bolehla terus pm untuk join cod😙
06/06/2022
Assalamualaikum dan selamat petang guyss! Macam yang kita janjikan harini kita akan launch tudung baru iaitu ✨SHAWL COTTON EYELASH✨ dengan harga RM15/PCS.
🌻Ukuran: 1.8mx0.75m
Untuk pengetahuan semua pelanggan, kami akan membuka order untuk satu code hanya satu pcs jadi kalau lambat order warna yang korang nak memang melepas lerr. Jadi apa tunggu lagi? Jom cepat grab tudung terbaru kami ni and boleh join cod macam biasa! 🥰❤️
http://www.wasap.my/60174593062/shawlcottoneyelash
31/05/2022
SETIAP wanita mesti pernah menghadapi masalah dalam penjagaan tudung. Ada yang rosak bila dicuci, tak kurang juga warna menjadi pudar.
Perkara ini benar-benar membuatkan kaum wanita rasa tertekan hingga membuat perkiraan untuk membeli tudung baharu.
1) Jangan ramas tudung ketika mencuci
Ketika mencuci tudung, jangan diramas. Cara ini boleh merosakkan tudung anda. Tindakan yang tepat adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
2) Rendam tudung kurang 15 minit
Selepas mencelup dan mengangkat beberapa kali, rendamkan tudung di dalam campuran air bersama pelembut selama 10 ke 15 minit. Kemudian, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Ingat, jemur tudung anda di kawasan yang redup bukannya di bawah sinaran matahari yang terik. Ia boleh merosakkan dan memudarkan warna tudung.
3) Elakkan membasuh tudung menggunakan mesin basuh
Membasuh tudung dengan mesin basuh boleh merosakkan tudung anda. Tekanan kuat pada mesin basuh tidak sesuai dengan material tudung anda. Sebaiknya cuci dengan tangan.
4) Jangan basuh tudung bersama pakaian lain
Sebaiknya, cuci tudung anda bersama tudung sahaja. Jangan sesekali mencampurkan tudung anda dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
22 Lorong Sutera Prima 5, Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Perai
13700