Perlis Permai
Berita | Info Semasa | Pelancongan
Jom Subscribe Page Perlis Permai Supaya Tidak Terlepas Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
11/06/2026
SALAM PERLIS
11 Jun 2026 | 25 Zulhijjah 1447H
Selamat Pagi | View Point Wang Kelian, Perlis
Kredit 📸 : Mohd Rusfaizal
Perlis💛💙 Malaysia🇲🇾
10/06/2026
Raja Perlis Berkenan Rasmi Bangunan Baharu JPN Perlis
KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan merasmikan bangunan baharu Jabatan Pendidikan negeri (JPN) yang bakal berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam memperkukuh usaha melahirkan generasi berpengetahuan, berkemahiran dan berfikiran kelas pertama.
Turut berangkat pada majlis perasmian itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Keberangkatan baginda disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, baginda percaya bangunan yang dilengkapi kemudahan serba lengkap dan moden itu akan menjadi platform penting dalam memperkukuh pengurusan pendidikan, memperkasa profesionalisme guru serta melonjakkan kecemerlangan murid.
“Penguasaan ilmu, penghayatan pedagogi yang berkesan serta budaya perkongsian ilmu dan kemahiran digital perlu terus diperkasa agar sistem pendidikan kita kekal dinamik, relevan dan berdaya saing dalam menghadapi arus perubahan masa,” titah baginda pada majlis perasmian bangunan itu di Jalan Padang Behor-Guar Syed Alwi, di sini hari ini.
Sebagai rekod, bangunan JPN Perlis yang berkeluasan keseluruhan 6,4574 hektar itu telah mula dibina pada Ogos 2023 dan siap pada Oktober tahun lalu.
Baginda juga berharap perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada usaha meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh merangkumi aspek ilmu, kemahiran dan pembentukan nilai karamah insaniah.
“Isu literasi dan numerasi juga hendaklah terus ditangani secara berfokus agar setiap murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sejak di bangku sekolah rendah.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
10/06/2026
UMNO Mahu Kerajaan PN Perlis Buktikan Keabsahan
KANGAR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri perlu membuktikan keabsahan kerajaan tersebut selepas kerjasama politik antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berakhir.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, situasi dalam kerajaan negeri ketika ini menunjukkan Bersatu dalam keadaan minoriti dengan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berbanding Pas (enam).
Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar, apabila kumpulan minoriti mentadbir dikhuatiri ia bakal menimbulkan ketidakstabilan dalam kerajaan negeri.
“Apa yang menjadi persoalan mengenai keabsahan kerajaan negeri selepas Pas dan Bersatu putus. Jika kerajaan negeri boleh membuktikan keabsahan tersebut, sila teruskan pentadbiran seperti biasa.
“Ia turut akan memberi kesan kepada perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak jika berlaku sebarang undi tidak percaya dan sebagainya yang sekali gus mengundang ketidakstabilan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Mesyuarat Pas pusat kelmarin bersetuju menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu selepas meneliti kedudukan dan hala tuju hubungan tersebut berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai status kerajaan negeri-negeri dikuasai PN terutama di Perlis.
Komposisi dalam DUN Perlis ketika ini menyaksikan Pas mempunyai enam wakil rakyat, Bersatu (lima) dan Pakatan Harapan (satu). Manakala tiga ADUN Pas iaitu Guar Sanji, Bintong dan Chuping dikenakan tindakan pengguguran keahlian dengan kes kekosongan kerusi masih di peringkat mahkamah.
Sementara itu, Fathul Bari berkata, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebelum ini telah mengingatkan agar kestabilan kerajaan negeri perlu dipelihara sehingga habis penggal.
“Jadi, kerajaan negeri perlu membuktikan keabsahan tersebut bagi memastikan kestabilan kerajaan,” katanya.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
10/06/2026
Mohd Zawawi Perkukuh Harapan Emas Muay Thai Perlis
KUALA LUMPUR - Persatuan Muaythai Negeri Perlis melantik tokoh Muay Thai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Zawawi Awang Teh, sebagai penaung dan penasihat pasukan Muaythai negeri itu bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 yang dijadual berlangsung di Selangor pada Ogos depan.
Watikah pelantikan tersebut diserahkan dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Penaung dan Penasihat Persatuan Muaythai Sukma Negeri Perlis yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mohd Zawawi yang merupakan Presiden Kelab Muaythai/Tinju Sang Saka Biru turut dikenali sebagai pengurus dan jurulatih berpengalaman yang telah melahirkan ramai atlet tempur berbakat untuk pasukan PDRM serta mewakili negara di pelbagai kejohanan.
Beliau berkata, pelantikan itu merupakan satu amanah besar yang akan digalas sebaik mungkin demi membantu pembangunan Muay Thai Perlis menjelang Sukma 2026.
"Saya amat berbesar hati dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Persatuan Muaythai Negeri Perlis. Pelantikan ini bukan sekadar satu penghormatan, tetapi tanggungjawab besar untuk membantu memperkukuhkan persiapan pasukan negeri menghadapi Sukma 2026.
"Fokus utama kita adalah memastikan atlet mendapat latihan berkualiti, pendedahan yang mencukupi serta sokongan berterusan agar mereka mampu bersaing secara kompetitif di peringkat tertinggi.
"Saya yakin dengan komitmen semua pihak termasuk persatuan, jurulatih dan atlet, Perlis mampu mencipta kejayaan yang membanggakan dalam temasya Sukma nanti," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Sementara itu, Persatuan Muaythai Negeri Perlis menyifatkan pelantikan Mohd Zawawi sebagai langkah strategik dalam usaha memperkasakan program pembangunan atlet dan memperkukuhkan pasukan negeri menjelang temasya berprestij itu.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Sinar Harian
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Perlis