Ustaz Azizul Mokhtar

Ustaz Azizul Mokhtar

Share

Ust Azizul Mokhtar merupakan penceramah motivasi untuk organisasi, anak-anak Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah hubungi 019-4191053. Hubungi 019-4191053

10/02/2026

4 Tahun Lepas… Kita Dah Buat.
Dengan FINAS.

Orang nampak gambar biasa.

Tapi kalau teliti…

Itu bukan sekadar ziarah masjid.
Itu bukan sekadar rakaman.

Itu bukti satu perkara
Allah bagi kita banyak bakat, cuma kita kena berani guna.

Dalam satu program ni sahaja:

• Ustaz sebagai penceramah
• Ustaz sebagai penggerak jaringan masjid
• Ustaz sebagai hos konten
• Ustaz sebagai orang belakang tabir
• Ustaz sebagai pemikir konsep “Al-Quran dan Alam”

Bukan semua orang boleh berdiri depan kamera.
Bukan semua orang boleh urus orang.
Bukan semua orang boleh bina hubungan dengan imam dan AJK masjid.

Tapi kita buat.

Dan kita buat dari dulu lagi.

Kadang kita lupa…
Allah tak bagi kita satu bakat sahaja.

Ada orang petah bercakap.
Ada orang pandai menulis.
Ada orang pandai susun strategi.
Ada orang ada aura di hadapan kamera.

Kalau semua tu ada dalam diri kita
itu bukan kebetulan.
Itu amanah.

Dan hari ini bila kita tengok balik memori lama,
rupanya Allah dah latih kita lama dah.

Cuma sekarang pentasnya lebih besar.

Doakan supaya semua bakat ni terus jadi jalan dakwah.
Bukan untuk nama.
Tapi untuk makna.

09/02/2026

Ada orang tanya UAM,

“Macam mana UAM boleh konsisten pergi sana sini bercakap?”

UAM jawab slow ja,

“UAM tak kejar tempat.
UAM jaga standard.”

Ramai orang boleh bercakap.
Ramai orang petah.
Ramai orang nampak yakin depan orang.

Tapi ramai
orang sanggup duduk sorang-sorang

‘pikiaq’

isi sebelum bercakap.

UAM lebih banyak fikir daripada bercakap sebenarnya.

Sebab bagi UAM,
kalau naik pentas sekadar nak orang tepuk tangan…

itu mudah.

Tapi nak orang balik rumah,
diam sekejap,
renung hidup dia,
dan buat perubahan.

itu kerja.

UAM tak perlu nampak sibuk.
Cukup nampak bersedia.

UAM tak perlu jadi paling lantang.
Cukup jadi paling jelas.

Kadang orang tengok UAM santai ja.

Gelak.
Sembang.
Macam tak serius.

Tapi bila kerja mula,
UAM tak main-main.

Sebab UAM faham satu benda.

Nama bukan dibina waktu orang nampak.
Nama dibina waktu orang tak nampak.

Waktu orang tidur,
UAM baca.

Waktu orang sembang kosong,
UAM susun idea.

Waktu orang tunggu peluang,
UAM siapkan diri.

Sebab tu bila peluang datang,
UAM tak gelabah.

UAM percaya hidup ni simple ja.

Jaga nilai.
Jaga cara.
Jaga niat.

Yang lain, Allah susun.

UAM bukan paling hebat.
Tapi UAM tak pernah buat kerja separuh hati.

Kalau buat,
buat betul.

Kalau janji,
tunaikan.

Kalau turun,
bagi impak.

Itu sahaja.

UAM bertindak.

Sentiasa tenang.
Sentiasa padu.
Sentiasa kontemporasi.

Macam tag line ini.

Padu Versatile Semasa
Nah😎.

06/02/2026

ANAK KITA SEDANG MEMBESAR DENGAN SKRIN

UAM nak tanya ibu ayah…

Dulu kita membesar dengan tanah, padang dan kawan sekampung.
Hari ini anak kita membesar dengan skrin di tangan.

Cahaya biru di wajah mereka itu nampak biasa.
Tetapi kesannya luar biasa.

Hari ini, kanak-kanak menghabiskan antara 2 hingga 7 jam sehari di hadapan skrin.
WHO 2019; American Academy of Pediatrics 2016

WHO sendiri sarankan:
Bawah 2 tahun – tiada skrin.
2 hingga 5 tahun – maksimum 1 jam sehari.

Tetapi realitinya?

Telefon sudah jadi penenang, pengasuh dan hiburan utama.

MATA MEREKA TERKESAN

Kajian dalam jurnal Ophthalmology oleh Holden et al., 2016 menganggarkan 50 peratus pop**asi dunia akan rabun menjelang 2050.

Anak kita mungkin masih kecil,
tetapi mata mereka sedang bekerja keras tanpa kita sedar.

OTAK MEREKA SEDANG BERKEMBANG

Kajian oleh National Institutes of Health pada tahun 2019 mendapati penggunaan skrin melebihi 7 jam sehari dikaitkan dengan penipisan korteks otak, bahagian penting untuk kawalan diri dan pemikiran.

Kajian JAMA Pediatrics 2019 p**a menunjukkan masa skrin tinggi pada usia 2 hingga 3 tahun berkait dengan risiko kelewatan bahasa.

Anak tidak perlukan lebih banyak video.
Mereka perlukan lebih banyak suara ibu ayah.

EMOSI MEREKA JUGA TERKESAN

World Health Organization telah mengiktiraf Gaming Disorder sebagai gangguan mental rasmi.

Kajian JAMA Psychiatry 2019 mendapati penggunaan media sosial yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan simptom kemurungan.

Anak mungkin diam bila pegang telefon.
Tetapi diam itu bukan tanda bahagia.

TIDUR MEREKA TERGANGGU

Harvard Medical School melaporkan cahaya biru menekan hormon melatonin, hormon yang membantu tidur.

Skrin sebelum tidur menyebabkan tidur lewat, kurang lena dan bangun dalam keadaan letih.

Kita sangka mereka rehat.
Rupanya otak mereka masih berjaga.

UAM bukan kata telefon itu haram.
UAM bukan kata teknologi itu jahat.

Tetapi tanpa kawalan,
ia boleh merampas zaman kanak-kanak mereka.

Kita masih ada masa.

Hadkan masa skrin.
Tiada gajet satu jam sebelum tidur.
Wujudkan zon bebas telefon di rumah.
Lebihkan masa berbual dan bermain bersama.

Anak tidak perlukan telefon yang mahal.
Mereka perlukan ibu ayah yang hadir.

Jika rasa tulisan ini penting,
kongsikan.
Biar lebih ramai ibu bapa sedar sebelum terlambat.

UAM
Padu Versatile Semasa

29/01/2026

Parenting hari ni sikit je nak kongsi…

Anak ni kita tak boleh nak bentuk dalam sehari.
Dia terbentuk daripada apa yang dia rasa setiap hari.

Kadang-kadang anak bukan nak benda mahal pun.
Dia cuma nak kita:

• luang masa walaupun sekejap
• dengar cerita dia sampai habis
• puji bila dia cuba, bukan tunggu dia sempurna
• tengok contoh baik daripada mak ayah
• ditegur dengan kasih, bukan marah semata-mata

Simple je sebenarnya.
Tapi yang simple inilah yang paling susah nak konsisten.

Kita pun manusia biasa.
Penat, emosi, ada silap.

Tak apa…
Asal kita terus belajar jadi mak ayah yang lebih baik dari semalam.

Anak hari ni, amanah kita.
Masa depan dia, bermula dari rumah ❤️

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Perlis