Kami Mengembara

Kami Mengembara

Share

Perkongsian info,tips lokasi menarik sepanjang pengembaraan motosikal dan kereta

05/04/2026

Takat yang yang nampak di mata ..
Stesen minyak kat satun tu..
pakat tak beratoq la masa nk isi minyak.. normal seperti biasa.

Tempat lain saiyyaaa tak berani nak komen la, sebab Sya bukan kepala tau sgt.

"Ramlee kalau dengan pompuan"
Ulat bulu dah naik daunnnn 🤣🤣🤣🤣

26/01/2026

Border operating hour!

Photos from Kami Mengembara's post 12/01/2026

CERITA TAHUN 2013

Pada tahun 2013 iaitu selepas tahun 2012 dan merupakan tahun sebelum tahun 2014.

Segmen moto berkuasa tinggi makin rancak, model2 mcm Versys,Er6n.. KTM adventure, KTM SMT.. mula masuk ke dalam pasaran Malaysia..

Kami masa tu dah mula bersembang dan berangan nak ke tozen koner... Idea tu tercetus masa tahun 2011 masa ride Kapcai ke Phuket...

Tp masa tu dok pikiaq kalau naik moto besaq mesti best kalau p Tozen koner.. maka mula lah menabung dan tak sengaja sign personal loan... Hahaha..

Maka Abam pun beli la Versys 650 , Aju Azuadi beli er6N model baru tu.. cikgu Rizuan Hamid pun Versys, Bg Dan Rizal Hamid KTM adventure dan abg Indra Indrus KTM SMT . Setahun lebih perancangan utk keTozen koner.

Masa tu Google map tak secanggih la ni... Info berkaitan tempat makan halal pun X Banyak yg dapat kami cari..

Apa yg kami buat masa tu hanyalah hafal nombor jalan dan simpang.. lepastu tulis atas kertas dan tampal atas tangki.. itu saja pedoman.

Selain tu..setiap kali masuk ke wilayah² kami akan berhenti beli map atau peta di 7 eleven.. itu ja yg kami buat.

Jalan dari Mae sot ke Mae Sariang pun tak la cantik macam sekarang, pernah tengah dok layan corner, tiba² kena off road hampir 10km tanah merah, sebab jalan tengah di baiki.. alhamdulillah la ni dengaq kata jalan elok...syok main kona..

Lepas Mae Sariang nk ke Mae Hong son Tu jalan makin ok . Tp tu lah...tak secantik la ni... Masa tu lah...

Kebetulan masa kami sampai Mae Hong son.. pejabat tempat ambik sijil tu dah nk berpindah dan dalam proses mengemas .. tempat tu bangunan kayu dan lama kalau tgok strukturnya alhamdulillah la dapat la juga sebelum depa berpindah..

Tepi sungai golden triangle Ada signboards kayu dipacak tepi tu...last p tahun 2022 dah X dak..Banyak diganti dengan binaan baru..

Begitulah sedikit perkongsian pengalaman Abam untuk rakan-rakan touring.

Salam kembara!!

11/01/2026

Sembang rancak dengan Azman Ali II Aku dan Rodaku kt Hosba ni... Cerita bab touring tak habih lagi...hahaha.

Photos from Kami Mengembara's post 09/01/2026

Al kisah hari ke 5
30 Disember 2025

Suasana di resort area Prachin Buri tenang dan tak sibuk. Pukul 6:30 pagi kami dah bangun untuk menunaikan solat subuh.

Aju bangun cek kereta.Lepas tu mulalah kami sediakan sarapan pagi .kami dah beli dari 7-eleven bersama dengan telur dan sosej.

Perjalanan tak jauh hari ini akan melalui Chon Buri.
Ameer Isnain nak p tengok rumah yang berpagar dengan motor RXZ tu... Padu betul kan.. hehehe.

Kami sampai di tempat tu lebih kurang tengah hari. Apa yang aku perasan 7-eleven area utara thailand ni tak menyediakan kerusi meja di dalam untuk melepak.

Lepas dah bergambar dengan motor rxz kami minum dulu dekat 7-eleven sebelah rumah berpagar RXZ.

Aju Azuadi bawa keluar kerusi camping. Memang dah bawa dari malaysia so bercamping dulu dan berehat di tepi 7-eleven tu.

Perjalanan diteruskan utk cari penginapan di Pattaya mengikut maklumat dan petua daripada Edy Aziz . Tapi malangnya penuh disebabkan masing-masing nak sambut new year di pattaya.

Kami hampir give up kebanyakkan hotel resort yang kami tanya semuanya penuh.
Tapi alhamdulillah rezeki dapat satu area kawasan muslim. Di situ ada dua masjid dan penuh dengan peniaga makanan muslim. Tapi dapat hanya 1 malam saja...

Lepas dah check in.. kami ke stadium untuk jumpa dengan hj Jumeen aka Burapa.

Sempoi tengok persiapan untuk Pattaya Bikeweek, Lepas bersembang dan buat video call untuk kawan-kawan di malaysia kami pun minta diri .

Lepas waktu maghrib kami pi makan dekat masjid dan terus cari dobi memandangkan stok baju dah hampir habis.

Satu peristiwa yang boleh dikatakan mencabar kesabaran untuk aku dan Aju . Mesin basuh baju jem...minit tak bergerak...stuck pada 19 minit.Nak bukak tak boleh sebab dia dok pusing saja.Hampir sejam baru owner sampai... Aku rasa baju tu dah nk hancur.hahahaha ..tapi sabaq ja la.. dah la owner pun awwwwww....baruik hahaha.

Sebenarnya dah banyak hari ini badan semakin letih dan tenaga pun semakin kurang .Lepas dah settle 2 jam juga kami basuh baju. Kami pun balik berehat di bilik.

Pukul 10:30 aku dan amer ambil grab motor untuk ke pattaya walking street. Aku tak pasti artis mana sebab aku bukan kenal sangat artis baru ni tapi orang cukup ramai sampai polis pun jaga stage.
Kalau tanya LOSO ,LEBANOON ,TIK SHIRO aku kenai la..

Pukul 12:00 aku balik ke bilik sebab dah terlalu mengantuk dan penat.. Aju masih belum tidoq...
Lepas sembang2 aku pun terlelap...

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Padang Besar
Perlis
02100