Puteri Padang Besar

Puteri Padang Besar

Share

Puteri Umno Bangkit Semula Berjuang

Photos from Puteri Padang Besar's post 07/03/2026

7 Mac 2026

📍DUN Chuping & Mata Ayer

Program Konvoi Singgah Sahur Pemuda UMNO Padang Besar 2026 🛵🛵

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Singgah Sahur (Edaran Pek Makanan) anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar yang melibatkan kawasan DUN Chuping dan Mata Ayer.

Program ini dilaksanakan melalui konvoi bagi mengedarkan pek makanan sahur kepada petugas keselamatan di pos pengawal sekolah-sekolah sekitar kawasan sebagai tanda penghargaan atas khidmat mereka yang bertugas.

Selain itu, turut diadakan ziarah ke rumah Ketua Cawangan Sungai Buluh bagi menziarahi ibu mertuanya yang kurang sihat sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar atas penganjuran program yang penuh bermakna ini, serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kebajikan sempena bulan Ramadhan yang mulia.🤝💙

Semoga usaha ini dapat mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan lagi keberkatan Ramadhan melalui amalan kebajikan kepada masyarakat. 🤲

"𝘗𝘌𝘙𝘒𝘈𝘚𝘈 𝘗𝘜𝘛𝘌𝘙𝘐, 𝘗𝘌𝘔𝘈𝘕𝘎𝘒𝘐𝘕 𝘗𝘌𝘙𝘜𝘉𝘈𝘏𝘈𝘕"

26/02/2026

Tarikh-tarikh bagi Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan, Bahagian-Bahagian UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2026 adalah seperti berikut:

(i) Persidangan UMNO Cawangan: 1 April hingga 17 Mei 2026
(ii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 1 Jun hingga 12 Julai 2026
(iii) Perhimpunan Agung UMNO: 12 Ogos hingga 16 Ogos 2026

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Perlis