Ameerah Perlis

Ameerah Perlis

Share

Ini merupakan halaman rasmi Ameerah Negeri Perlis. Ameerah merupakan organisasi Muslimat Muda yang bernaung di bawah Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM).

Photos from Ameerah Perlis's post 08/06/2026

Ameerah Perlis berkesempatan mengadakan riadah santai bersama adik-adik remaja dari Maahad Tahfiz Imam Nawawi di Denai Pengkalan Asam.

Program dimulakan dengan aktiviti permainan ukhwah yang bertujuan mengeratkan silaturahim, diikuti dengan sesi brisk walk dalam suasana yang ceria dan menyegarkan.

Sebagai penutup, turut diadakan pengisian ringkas yang memberi manfaat dan inspirasi kepada para peserta.

Semoga program seperti ini dapat terus menyuburkan semangat ukhwah, memupuk gaya hidup sihat serta melahirkan generasi remaja yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

20/03/2026
Photos from Ameerah Perlis's post 19/03/2026

Alhamdulillah, hari ini Ameerah Perlis bersama Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah turun menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di perkampungan Kuala Perlis.

Sebanyak 8 buah rumah melibatkan beberapa keluarga telah terkesan dalam kejadian tersebut.
Seterusnya, ziarah turut diteruskan kepada mangsa kebakaran di Kangar (belakang hospital) yang terlibat dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Semoga semua mangsa yang sedang menghadapi ujian ini dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan oleh Allah SWT.

Dalam keadaan cuaca panas ketika ini, marilah kita sama-sama sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Photos from Ameerah Perlis's post 16/03/2026

🌸 Program Sinar Aidilfitri Ameerah Perlis 🌸

Alhamdulillah, semalam Ameerah Perlis telah berjaya menganjurkan Program Sinar Aidilfitri, iaitu program sumbangan persiapan Hari Raya buat Muslimat muda di seluruh Perlis.

Program ini bukan sahaja membawa sinar kegembiraan melalui sumbangan yang disampaikan, bahkan turut diisi dengan taujihad penuh bermakna daripada Puan Suhanawati Bt Jaafar, yang memberikan peringatan dan suntikan semangat kepada para hadirin dalam menghayati peranan Muslimat muda menjelang Aidilfitri dan dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga setiap sumbangan yang disampaikan menjadi asbab kegembiraan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai semangat saling membantu dalam masyarakat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini diberkati dan diterima sebagai amal soleh. 🤲✨

“Memberi itu tanda peduli, berkongsi itu tanda kasih.”

Want your organization to be the top-listed Government Service in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Perlis