Sri Anggun Mobile Spa
Kami pakar membantu ibu-ibu berpantang dgn lebih penjagaan kembali cantik & sihat slpas berpantang❤️
Rehatlah, biar tubuhmu kembali pulih, kerana anakmu memerlukan dirimu yang sihat dan bahagia,
Jangan lupa, dalam tempoh ini ibu juga perlu dimanjakan dan diberi perhatian, bukan hanya si kecil
07/05/2026
Rehatlah, biar tubuhmu kembali pulih, kerana anakmu memerlukan dirimu yang sihat dan bahagia,
Jangan lupa, dalam tempoh ini ibu juga perlu dimanjakan dan diberi perhatian, bukan hanya si kecil.
08/04/2026
Rehatlah, biar tubuhmu kembali pulih, kerana anakmu memerlukan dirimu yang sihat dan bahagia,
Jangan lupa, dalam tempoh ini ibu juga perlu dimanjakan dan diberi perhatian, bukan hanya si kecil🌸
28/03/2026
Lepas baca tentang bentan, ramai ibu mula rasa risau.
Ada yang tertanya-tanya, kalau badan dah mula rasa tak sedap macam mana?
Ada juga yang fikir, boleh ke elak sebelum jadi lebih teruk?
Hakikatnya, badan ibu selepas bersalin memang perlukan masa dan sokongan untuk pulih.
Selepas melalui proses kelahiran, badan kehilangan tenaga, darah dan keseimbangan. Jika dibiarkan pulih sendiri tanpa penjagaan yang betul, pemulihan jadi lebih perlahan dan kadang-kadang meninggalkan kesan berpanjangan.
Sebab itu dalam penjagaan tradisional, fokusnya adalah membantu badan kembali kuat secara semula jadi. Bila badan sentiasa dalam keadaan hangat, aliran darah jadi lebih lancar.
Bila otot yang tegang dilegakan, ibu akan rasa lebih ringan dan selesa. Bila angin dalam badan berkurang, badan tak lemau dan terasa lebih bertenaga.
Urutan pemulihan boleh membantu merangsang peredaran darah dan melegakan otot yang tegang selepas bersalin.
Bertungku p**a dapat memberi haba yang membantu mengurangkan rasa sejuk dalam badan serta menyokong proses pengecutan rahim.
Bila pakai param dan pilis p**a, boleh membantu mengekalkan kehangatan badan secara berterusan dan memberi keselesaan sepanjang tempoh berpantang.
Bukan semuanya ibu perlu lakukan. Namun jika sebahagian rawatan ibu dapat lakukan, sedikit sokongan kepada badan boleh memberi perbezaan besar dalam proses pemulihan.
Tempoh berpantang bukan sekadar untuk berehat, tetapi masa yang penting untuk membina semula kekuatan badan yang telah bekerja keras melahirkan zuriat.
Jaga dari awal, supaya badan pulih dengan lebih baik.
Bila badan kuat, ibu juga lebih bertenaga untuk melalui hari-hari bersama si kecil tanpa rasa terbeban.
Rehatlah, biar tubuhmu kembali pulih, kerana anakmu memerlukan dirimu yang sihat dan bahagia,
Jangan lupa, dalam tempoh ini ibu juga perlu dimanjakan dan diberi perhatian, bukan hanya si kecil
14/03/2026
“Ibu lepas bersalin tiba-tiba gatal satu badan? Mungkin itu tanda meroyan kulit.”
Ada ibu yang datang mengadu,
Badan tiba-tiba gatal seluruh badan selepas bersalin.
Mula-mula ingatkan alahan biasa.
Tapi lama-lama naik ruam merah, biji-biji kecil, dan rasa panas serta pedih pada kulit. Ibu dalam keadaan nak menggaru seperti kera.
Ada yang sampai tak boleh tidur malam sebab terlalu gatal.
Emosi ibu akan terganggu yang mana jika ibu tak dapat nak kawal boleh menyebabkan meroyan atau postpartum depression.
Dalam perubatan tradisional, keadaan ini sering dipanggil sebagai meroyan kulit.
Biasanya ia dikaitkan dengan beberapa keadaan seperti:
• Darah nifas tidak keluar habis
• Angin dalam badan terlalu banyak
• Pantang makan tidak dijaga
• Badan terlalu sejuk selepas bersalin
Sebab itu orang dulu sangat menitikberatkan penjagaan berpantang seperti:
✔ Mandi herba
✔ Bertungku
✔ Berurut
✔ Sapuan param atau lulur herba
Tujuannya untuk membantu badan ibu buang angin, melancarkan peredaran darah dan memanaskan badan semula selepas bersalin.
Bila badan dijaga dengan baik, InsyaAllah proses pemulihan ibu juga akan lebih lancar.
Cuma setiap badan ibu berbeza.
Kalau gatal terlalu teruk atau berpanjangan, sebaiknya dapatkan juga nasihat daripada pengamal kesihatan.
Ada tak ibu-ibu di sini yang pernah alami gatal seluruh badan selepas bersalin?
Boleh kongsi pengalaman di ruangan komen.
---
Nota: Perkongsian ini berdasarkan amalan tradisional dan pengalaman orang dahulu. Ia tidak menggantikan nasihat atau rawatan perubatan moden.
Cc:berkongsi🫶🏻
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Website
Address
No 32 Lorong 10 Bandar Bharu Putra Height
Perlis
02600