RedGreen Studio Photography

RedGreen Studio Photography

Share

02/05/2026

Saya telah mewakili YB Dato Seri Sundarajoo menghadiri Temasya Sukan Tahunan 2026 SJKT Ladang Alma yang berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Betek.

Sebagai Ahli Majlis, saya sentiasa menggalakkan penganjuran program seumpama ini kerana ia memberi manfaat besar kepada pembangunan sahsiah, kesihatan serta semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid. Lebih membanggakan, ini merupakan kali pertama temasya sukan diadakan di stadium, satu pencapaian yang amat baik dan wajar dipuji.

Setinggi-tinggi penghargaan dan pujian kepada YB Dato Seri Sundarajoo, yang juga Pengerusi Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang, atas komitmen dan sokongan berterusan beliau dalam memartabatkan pendidikan serta pembangunan pelajar-pelajar sekolah Tamil di negeri ini.

Syabas dan tahniah kepada Guru Besar, En. Rajarajan, serta seluruh pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan begitu cemerlang. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang turut membantu merealisasikan program ini.

Ucapan terima kasih khas kepada En. Seenivasan, Pengarah Arun Spices, atas sumbangan yang diberikan demi menjayakan temasya ini.

Semoga usaha seperti ini diteruskan demi melahirkan generasi yang aktif, berdisiplin dan cemerlang.

02/05/2026

Hari ini Jabatan Kejuruteraan yang diketuai oleh En. Muleh telah melaksanakan pemasangan 5 unit lampu solar 120 watt di Taman Tasik Perai demi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Pemasangan lampu ini telah dilaksanakan oleh kontraktor MBSP dengan kos sekitar RM58,000. Dengan adanya kemudahan ini, penduduk setempat kini boleh berjalan dan berjogging dengan lebih selamat pada waktu malam.

Saya sebagai Ahli Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MBSP atas komitmen berterusan dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat. Sekalung penghargaan juga kepada YB Dato’ Seri Sundarajoo yang sentiasa memberi sokongan dan keprihatinan terhadap keperluan komuniti setempat.

Want your business to be the top-listed Business in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Pinang