CETREE

CETREE

Share

Official page for Centre for Education, Training & Research in Renewable Energy, Energy Eff

Photos from CETREE's post 09/03/2026

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN KESEDARAN TENAGA LESTARI MELALUI KERJASAMA CETREE, CGSS DAN YAYASAN HIJAU MALAYSIA

PUTRAJAYA, Januari 2026 - Mengambil semangat tahun baharu 2026 sebagai titik permulaan yang segar, CETREE, CGSS membuka lembaran baharu melalui satu kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif baharu Yayasan Hijau Malaysia, iaitu Yang Berusaha Encik Azlan Jamil. Pertemuan ini menjadi langkah awal dalam merangka perancangan strategik CETREE, CGSS bagi tahun 2026 di samping memperkukuh jaringan kerjasama sedia ada, khususnya dalam menjayakan pelbagai program kesedaran, pendidikan dan perkongsian ilmu berkaitan tenaga lestari kepada masyarakat. Delegasi CETREE, CGSS tersebut diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei selaku Penyelaras CETREE, CGSS, bersama Dr. Mohd Sukri Shafie yang merupakan Ketua Pegawai Penyelidik CETREE, CGSS. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik yang telah terjalin sejak tahun 2017, khususnya dalam pelaksanaan pelbagai program berkaitan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga dan pembangunan teknologi hijau. Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform penting untuk bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama baharu dalam usaha memperluaskan impak program pendidikan dan kesedaran berkaitan tenaga lestari di Malaysia.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/memperkasa-pendidikan-dan-kesedaran-tenaga-lestari-melalui-kerjasama-cetree-cgss-dan-yayasan-hijau-malaysia





Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Malaysia Energy Literacy Program - MELP
Yayasan Hijau Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Sustainability USM

Photos from CETREE's post 05/03/2026

CORETAN GAMBAR-GAMBAR MENGIKUT PERTANDINGAN SEPANJANG KARNIVAL TENAGA LESTARI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

Karnival ini direalisasikan melalui kerjasama strategik antara CETREE, CGSS, Yayasan Hijau Malaysia serta enam Jabatan Pendidikan Negeri sebagai negeri rintis, termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Berteraskan objektif untuk mengetengahkan elemen pendidikan, kesedaran dan amalan tenaga lestari, karnival ini menjadi simbol kesungguhan dalam membudayakan literasi tenaga dalam kalangan warga sekolah. Inisiatif ini turut disokong oleh Malaysia Energy Literacy Program (MELP), agensi utama di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), manakala Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) membiayai sepenuhnya pelaksanaan program ini.

Bacaan Selanjutnya :-
https://cetree.usm.my/index.php/media-2/berita/kontinjen-selangor-tawan-pentas-kebangsaan-julang-trofi-ktl-kebangsaan-tahun-2026





Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Kementerian Pendidikan Malaysia
Malaysia Energy Literacy Program - MELP
Yayasan Hijau Malaysia
Sustainable Energy Development Authority - SEDA Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Sustainability USM

Want your school to be the top-listed School/college in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Gelugor
Pinang
11800