Inter-Research And Studies (IRAS)

Inter-Research And Studies (IRAS)

Share

Inter-Research And Studies a.k.a. IRAS in its acronym, is a Penang-Kedah based policy outfit. IRAS is a Penang-Kedah based policy outfit.

Percepat reformasi atau hilang sokongan pengundi Cina, DAP diberi amaran 12/03/2026

Sekiranya para pengundi masyarakat Cina tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan sekarang, mereka akan memilih untuk tidak keluar mengundi di hari pilihanraya diadakan daripada mengundi pihak lawan, iaitu Perikatan Nasional (PN).

Namum, para pengundi masyarakat Cina harus tahu akibatnya tidak keluar mengundi pada PRU yang akan datang. Beberapa kemungkinan akan berlaku yang akan menyebabkan politik negara terus bergolak:

a) PH akan mengalami kekurangan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dengan sendirinya, lantas terpaksa berunding dengan BN dan lain-lain parti bagi mengusahasama pembentukan kerajaan baru yang mungkin menjadi Kerajaan Perpaduan 2.0

b) Oleh kerana PH tidak dapat memerintah dengan sendiri, keadaan kerajaan yang hasilnya bekerjasama dengan gabungan lain, agenda reformasi tidak akan dapat dicapai dengan sepenuhnya, kerana agenda reformasi tidak diterima oleh blok-blok konservatif seperti BN, GPS dan GRS.

c) Sekiranya PH yang bekerjasama dengan BN, GPS dan GRS berkeras untuk melaksanakan agenda reformasinya, BN, GPS dan GRS mungkin akan mengambil langkah meninggalkan kerajaan tersebut dan sekaligus menumbangkan kerajaan yang ada. Ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan mengakibatkan negara tidak stabil dan politik akan terus bergelora.

d) Dalam hal pengundi masyarakat Cina tidak keluar mengundi, ia akan memberi kelebihan kepada PN untuk memenangi jumlah kerusi yang lebih banyak, biarpun ia sekadar menang dengan majoriti mudah.

Jadi, para pengundi masyarakat Cina tidak seharusnya bertindak terlalu emosi, sebaliknya harus memandang lebih jauh dengan memberikan kestabilan kepada PH, agar gabungan ini dapat memenangi lebih banyak kerusi bagi membolehkannya memerintah dengan sendiri tanpa perlu bergantung kepada BN, GRS dan GPS.

Ingin kami mengingatkan para pengundi masyarakat Cina bahawa, di dalam kerajaan perpaduan yang merangkumi PH, BN, GPS dan GRS pada hari ini, PH tidak dapat melaksanakan impiannya untuk mereformasikan institusi kerajaan dan meminda perlembagaan bagi merealisasikan perubahan yang kita inginkan selama ini untuk negara kita.

Jadi, mengundilah dengan bijak. Bukannya senang untuk menjadi sebuah kerajaan yang efisien dan berdedikasi. Reformasi tidak akan dapat dipercepatkan sekiranya PH terpaksa bekerjasama dengan pihak-pihak yang ditandinginya.

Cuba bayangkan, bagaimanakah golongan pembaharuan dapat bekerjasama penuh dengan golongan konservatif untuk merealisasikan sesuatu pembaharuan?

Percepat reformasi atau hilang sokongan pengundi Cina, DAP diberi amaran Bagaimanapun, penganalisis berpendapat pengundi Cina kemungkinan tak keluar mengundi daripada menyokong parti lawan.

Timbalan CEO SSM mengaku tak salah terima RM50,000 daripada anak Hamzah 12/03/2026

Kenyataan tersebut adalah benar, jika SPRM ingin memerangi rasuah, perangilah rasuah dengan bersungguh-sungguh dengan menghadapkan para pemberi rasuah ke mahkamah. Jangan dilepaskan si pemberi rasuah dengan hanya si penerima rasuah didakwa dalam mana-mana proses menghapuskan rasuah. Ianya menjadikan keadaan seperti hanya penerima rasuah sahaja yang bersalah, sementara pemberi rasuah itu bolehlah ke mana-mana untuk menawarkan rasuah.

Timbalan CEO SSM mengaku tak salah terima RM50,000 daripada anak Hamzah Khuzairi Yahaya didakwa menerima wang itu daripada Faisal Hamzah pada 2018.

Why Millions of Russians Still Miss The Soviet Union? 12/03/2026

The technical failures experienced by the Soviet Union and its people were the rampant corruption in the entire system itself. It was corruption that killed the entire system by way of ripping the economy and benefits from the people.

It was the factional struggle within the ruling CPSU which caused chaos within the party, which later saw a faction led by Boris Yeltsin take advantage by leaving the party with large numbers of his associates and cronies to create a new capitalistic consortium that ruled Russia till today.

In the end, it is the people of the former Soviet and today's Russian Federation who are suffering from a devastating economy that only benefits the Russian oligarch or monopolistic figures installed by the then Yeltsin and his inner circles.

It wasn't freedom that Russians enjoy. The Russians never really have that kind of freedom that the oligarchs are enjoying today.

China and the Chinese Communist Party (CCP) have learned from the Soviet's collapse, its failures and how that biggest country disintegrated into many new nations.

And that made the CCP put itself above the state, above the state council and the party itself became an unchallenged institution.

China's PLA is under the CCP instead of the state. CCP's presence is almost everywhere, state institutions, state owned enterprises, and even private companies nationwide.

Asides, the CCP's Central Commission for Disciplinary Inspection (CCDI) was made a core institution charged with combating corruption within its very own system.

Apart from the PLA, other security apparatus are also put under the CCP instead of the state.

In general, China's state council, the government machineries, financial, economy or any other institutions are merely hollow structures, as it is actually the party who is running the state from behind the scene.

That is why when you observe how China is governed, you will notice many notable CCP and state commissions, agencies and bodies run parallel with most of these offices bearing two signages in front of the entrance.

This is how CCP (not China) survives and sustains itself, unlike their CPSU counterpart who failed and gradually collapsed.

Why Millions of Russians Still Miss The Soviet Union? Decades after the USSR's collapse, polls consistently show that a majority of Russians—particularly older generations—view the Soviet era with nostalgia and ...

Tak realistik BN tanding 115 kerusi Parlimen, kata penganalisis 10/03/2026

Sama ada ianya realistik atau sebaliknya, kita harus tengok keputusan BN sama ada ianya akan bertanding solo ataupun bergerak bersama Pakatan Harapan (PH) dalam PRU16 yang akan datang.

Bertanding solo bermaksud BN akan bertanding menentang Perikatan Nasional (PN) dan PH, bermakna BN bakal hadapi pertandingan tiga hingga empat penjuru ataupun lebih dari itu, di mana ianya akan menyaksikan undi-undi akan berpecah kepada beberapa pihak yang bakal bertanding nanti.

BN perlu melihat dari konteks risiko yang gabungan itu bakal hadapi kelak, sama ada gabungan tersebut akan disambut baik ataupun sebaliknya, apakah BN telah menyumbang untuk negara dan rakyat jelata sepanjang penyertaannya dalam kerajaan perpaduan selama ini dan adakah BN akan menyokong apajua pembaharuan dan reformasi untuk memperbaiki kedudukan ekonomi dan kebajikan rakyat serta reformasi institusi yang lain.

BN kini harus menerima hakikat bahawa dominasi politik gabungan tersebut tidak akan berulang dalam masa terdekat kerana era tersebut telah membawa banyak kesan negatif kepada negara dan rakyat sebelum ini dan rakyat (pengundi) tidak akan memberi peluang kepada mana-mana gabungan politik untuk mendominasi arena politik negara dalam jangka panjang.

Kita tidak mempunyai pendapat atau cadangan yang membolehkan mana-mana pihak mencapai impian untuk memperoleh sokongan menyeluruh dalam PRU16 nanti. Masing-masing BN, PH, dan PN perlu mengketengahkan dasar dan manifesto masing-masing bagi menyakinkan rakyat (pengundi) bahawa mereka inilah yang paling sesuai untuk mengemudi negara ini ke satu era baru.

Tak realistik BN tanding 115 kerusi Parlimen, kata penganalisis Penganalisis berkata Umno masih terlalu lemah cabar PAS di negeri majoriti Melayu walaupun PN kini berdepan masalah dalaman.

Kiandee perlu timbang parti tempatan jika disingkir Bersatu, kata penganalisis 10/03/2026

Apajua kegiatan yang sedang dilaksana atau dijalankan oleh naib-presiden Bersatu, Ronald Kiandee sedang mengundang pemecatan beliau daripada Bersatu.

Persoalannya adalah, adakah Kiandee akan menyertai Parti Keluarga Malaysia (PKM) sepertimana yang diramalkan oleh ramai pemerhati politik semasa? Bagi kami, Kiandee tidak seharusnya berbuat demikian. PKM sememangnya tidak sesuai untuk berada di Sabah, memandangkan PRN Sabah pada tahun lalu telah menunjukkan para pengundi Sabah rata-rata menolak Bersatu.

Memang betul kata-kata penganalisa politik ini, Kiandee seharusnya menimbang cadangan agar beliau menyertai dan memimpin sebuah parti politik Sabah setelah beliau dipecat daripada Bersatu nanti.

Ini adalah kerana sentimen pengundi di negeri Sabah kini adalah berpaling kepada parti-parti negeri tersebut dan parti-parti peringkat nasional kini kurang mendapat sambutan di Sabah.

Daripada menyertai PKM pimpinan Hamzah Zainuddin, adalah lebih sesuai bagi Kiandee menyertai dan mengambil alih sebuah parti politik ala-Sabah. Difahamkan Setiausaha Bersatu Sabah juga telah dipecat dan kini adalah merupakan masa yang sesuai buat Kiandee untuk menyediakan diri beliau untuk mengambil-alih dan memimpin sebuah parti politik Sabah.

Sama ada PKM atau parti Sabah yang bakal Kiandee ambil-alih itu dapat menyertai Perikatan Nasional (PN) di masa yang terdekat adalah bergantung kepada konsensus antara PAS, Bersatu, Gerakan dan MIPP dalam PN. Sekiranya Bersatu tidak menyetujui penyertaan PKM dan parti Sabah yang Kiandee bakal memimpin itu, maka kedua-dua serpihan Bersatu itu tidak akan dapat menyertai PN, melainkan Bersatu keluar daripada PN, tetapi ianya tidak akan berlaku, kecuali parti-parti komponen PN lain sebulat suara memecat Bersatu daripada PN.

Kiandee perlu timbang parti tempatan jika disingkir Bersatu, kata penganalisis Penganalisis berkata Ahli Parlimen Beluran berdepan risiko penolakan pengundi jika terus dikaitkan dengan politik nasional ketika sentimen 'Sabah for Sabahan' makin dominasi politik tempatan.

18/02/2026

Salam Ramadan buat semua penyokong, pendukung, para penyumbang, ahli-ahli yang telah lama bersama kami.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


2934-A, Lorong Kikik 7, Taman Inderawasih
Pinang
13600