Raudhah Team

Raudhah Team

Share

Mari menceriakan hari anda! Semoga kita semua bersatu di dalam satu ikatan AKIDAH. Mari memperjuangk

15/01/2018

Al-Insan : 5-21

Allah mengurniakan ganjaran Syurga dan nikmat² kepada hambaNya yang beriman,taat dan beramal kebajikan.

🏷akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur"(sebuah matair di Syurga)

🏷Allah memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati)

🏷Dikurniakan syurga dan (persalinan dari) sutera

🏷Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias),

🏷Tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk

🏷Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya p**a dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya

🏷Diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)

🏷(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak

🏷Pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya

🏷Penghuni Syurga diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil"

🏷Iaitu sebuah matair dalam syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"

🏷Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka

🏷Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat)

🏷Dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak

🏷Diberi minum dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci

09/01/2018

🌃 🌃

“Wahai manusia, ingatlah nikmat-nikmat Allah yang Dia telah kurniakan ke atas kamu. Adakah tuhan pencipta selain daripada Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tiada Tuhan yang layak disembah selain daripadaNya maka kenapa kamu rela dipalingkan daripada menyembahNya?”

_QS Fatir Ayat 3_

❗Selamat Beramal. 😉❗

📆 9 Jan 2018 | 21 Rabiul Akhir 1439





‎🍁 آللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 🍁

22/10/2017

Kadang- kadang, kita merancang sesuatu di dalam hidup kita. Perancangan yang mana di mata kita ianya 'PERFECT' 😬 , confirm terbaik!

Tapi, kita kena ingat.. setiap perancangan kita pastinya melalui tapisan Dia. Dia?

Ya, Dia yang menciptakan kita :') Silakan merancang wahai hambaNya. Sehebat mana perancangan kita, pastinya perancangan Allah itu yang terbaik.

Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Dia memberi sesuatu yang kita perlu :)
Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk sesuatu yang Dia cipta.
Kita siapa yang cipta ya? Allah la .. hehe

Baiknya Allah :') Perbaiki hubunganmu dengan TuhanMu. Allah sangat kasih pada hambaNya.

Want your university to be the top-listed University in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Pinang
13700