PUSAT LATIHAN ARMOR

PUSAT LATIHAN ARMOR

Share

𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗿 𝗔𝗿𝗺𝗼𝗿 𝗗𝗶𝗿𝗮𝗷𝗮 (𝗣𝗨𝗟𝗔𝗠𝗢𝗥)

Photos from PUSAT LATIHAN ARMOR's post 10/04/2026

𝗣𝗥𝗔 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 (𝗟𝗞𝗣) 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗥 𝗔𝗥𝗠𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

Port Dickson, 10 April 2026 – Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR) telah melaksanakan Pra Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) Peringkat Pasukan Siri 1/2026 yang melibatkan seramai 12 orang calon Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dan 7 orang calon Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR), bertempat di Padang Kawad PULAMOR.

Pelaksanaan Pra LKP ini bertujuan menilai calon secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal dan sahsiah diri, termasuk personaliti, penampilan, keyakinan, kredibiliti, kompetensi serta keupayaan berkomunikasi sebagai seorang PTTK yang berwibawa.

Program ini telah berlangsung selama empat hari bermula 7 hingga 10 April 2026. Hari pertama dimulakan dengan pendaftaran calon pada waktu pagi, manakala pada sebelah petang dilaksanakan Ujian Kelayakan Individu (UKA). Hari kedua diteruskan dengan ujian kawad kaki. Seterusnya, hari ketiga melibatkan ujian percambahan minda serta ujian bertulis. Program diakhiri pada hari keempat dengan sesi temuduga akhir yang diadakan di Bilik Mesyuarat PULAMOR. Sesi temuduga tersebut dipengerusikan oleh Komandan PULAMOR, Lt Kol Che Hassan bin Che Mohamad bersama barisan ahli panel.

Inisiatif ini bukan sekadar rutin, malah merupakan manifestasi komitmen pasukan dalam memperkukuh keutuhan organisasi serta memastikan kesiagaan dan kelangsungan misi sentiasa berada pada tahap tertinggi. Semua calon turut diingatkan agar sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme, menjauhi gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan ketum serta mengelakkan aktiviti perjudian, di samping mengekalkan disiplin, komitmen dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan.

Photos from Mytradoc's post 02/04/2026
Photos from PUSAT LATIHAN ARMOR's post 01/04/2026

𝗨𝗣𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗔𝗥𝗠𝗢𝗥 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲

PORT DICKSON: Upacara Pembukaan Kursus Ketua Seksyen Armor Siri 21/2026 telah diadakan di pekarangan PULAMOR dan disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Che Hassan bin Che Mohamad, Komandan Pusat Latihan Kor Armor Diraja pada 1 April 2026, pagi ini.

Kursus ini dihadiri oleh 31 orang penuntut lain-lain pangkat yang sedang dilaksanakan selama 20 minggu bermula 30 Mac hingga 14 Ogos 2026 anjuran Cawangan Taktik. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan Ketua Seksyen Armor yang kompeten bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab di dalam membantu pentadbiran sesebuah Trup Armor serta meningkatkan pengetahuan sebagai seorang pemimpin sesebuah seksyen dalam mengaplikasikan Operasi Armor.

Majlis dimulakan dengan penuntut melaksanakan acara merempuh halangan di dalam sekitar kem sebelum diteruskan lagi dengan ucapan Komandan PULAMOR, gimik penyerahan bendera kursus dan diakhiri dengan acara bergambar.

Komandan dan semua warga PULAMOR mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada penuntut dalam menjalani sepanjang kursus ini berlangsung.

Turut hadir, Timbalan Komandan PULAMOR, Leftenan Kolonel Mohd Rosle bin Mat Lela dan Ketua Jurulatih PULAMOR, Mejar Mohd Rizal bin Hashim.

20/03/2026

𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗥 𝗔𝗥𝗠𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 (𝗣𝗨𝗟𝗔𝗠𝗢𝗥)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ✨

Photos from PUSAT LATIHAN ARMOR's post 16/03/2026

𝗠𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗣𝗔𝗥𝗔𝗗𝗘 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗥 𝗔𝗥𝗠𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

PORT DICKSON, 16 Mac 26: Seramai 16 Pegawai, 120 Anggota LLP termasuk 15 Staf Awam telah terlibat di dalam Muster Parade PULAMOR pada pagi ini, bertempat di Padang Kawad Kem Sebatang Karah.

Muster Parade yang diadakan setiap hari Isnin ini diketuai oleh Timbalan Komandan, Lt Kol Mohd Rosle bin Mat Lela. Manakala Ajutan Perbarisan adalah Kapt Rohaizee bin Rusli dan SMR adalah PW I Khairuddin bin Ishak.

Muster Parade telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan penyampaian Tazkirah oleh Guru Agama Pasukan dan upacara pemakaian pangkat kepada 8 Anggota lain-lain pangkat (LLP). Acara diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Kesatria dan ucapan daripada Komandan PULAMOR, Lt Kol Che Hassan bin Che Mohamad.

Di dalam ucapan Komandan, beliau mengucapkan syabas kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat dan menekankan bahawa pangkat datang bersama tanggungjawab.

Acara perbarisan ini bersesuaian dengan objektif perintah ulung Panglima Latihan Tentera Darat yang mana menekankan kepada Kemampanan Organisasi bagi mengukuhkan sumber manusia di dalam sesebuah Pusat Latihan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Port Dickson?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Port Dickson