Clique MPPD

Clique MPPD

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Clique MPPD, Public & Government Service, Majlis Perbandaran Port Dickson KM1, Jalan Pantai, Port Dickson.

15/04/2026

Clique MPPD telah beroperasi seperti biasa.

Terima kasih di atas kerjasama anda. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Semak dan bayar bil cukai taksiran atau sewaan anda di aplikasi Clique MPPD dan tebus mata ganjaran anda sekarang.

15/04/2026

Notis Gangguan Sistem

Dimaklumkan bahawa sistem Clique MPPD sedang tergendala buat sementara waktu sehingga diberitahu. Pihak kami sedang mengambil tindakan segera bagi memulihkan perkhidmatan seperti biasa.Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.

21/03/2026

✨🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Semoga Syawal yang menjelma membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan jiwa buat anda sekeluarga 💚 Setelah sebulan kita berpuasa dan menahan diri, kini tiba saat untuk meraikan kemenangan dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi 🤲✨ Ampun dan maaf dipohon andai ada salah dan silap, terkasar bahasa atau tersinggung perasaan 💫 Semoga ikatan silaturahim terus erat, kasih sayang bertambah kuat, dan setiap langkah kita sentiasa dilimpahi rahmat 🌸 Raikan hari yang penuh bermakna ini bersama insan tersayang dengan senyuman dan kegembiraan 😊 Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati 💖

🌟 Salam Aidilfitri, dari hati ke hati 🌟

01/03/2026

Makluman Pelaksanaan SST 6% Ke Atas Sewaan

Dimaklumkan bahawa bermula 1 Mac 2026, pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% akan dikenakan ke atas sewaan gerai selaras dengan ketetapan semasa. Pelaksanaan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson.

Sehubungan itu, semua penyewa gerai adalah dinasihatkan untuk mengambil maklum mengenai pelaksanaan ini serta membuat perancangan kewangan yang sewajarnya bagi memastikan kelancaran urusan sewaan masing-masing.

Kerjasama dan pemahaman daripada semua pihak amatlah dihargai. Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus berjalan lancar demi kesejahteraan bersama. 🤝✨

Want your organization to be the top-listed Government Service in Port Dickson?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Majlis Perbandaran Port Dickson KM1, Jalan Pantai
Port Dickson
71000