Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson
Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson terletak berhampiran Majlis Perbandaran Port Dickson, jabatan veterinar Port Dickson Dan Mahkamah Majistret PD
14/02/2023
SIRI CELIK UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH (BAHAGIAN 1)
Setiap Pernikahan Perlu Mendapat Kebenaran Dari Pihak Berkuatkuasa Agama.
Pernikahan merupakan amalan yang amat digalakkan dalam Islam. Walau bagaimanapun, seseorang lelaki atau perempuan yang ingin bernikah perlu membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa agama yang berbidang kuasa terlebih dahulu.
Keperluan ini selaras dengan peruntukan melalui seksyen 16, 17 dan 19 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Sekiranya pernikahan berlangsung sebelum kebenaran dari mana-mana pihak berkuasa diperolehi, pihak lelaki dan perempuan tersebut boleh didakwa di bawah seksyen 40(2) Enakmen yang sama berhubung kesalahan pernikahan tanpa izin.
Selain itu, pihak lelaki juga boleh didakwa bersama seksyen 124 Enakmen yang sama sekiranya pernikahan tersebut merupakan poligami tanpa kebenaran.
Lazimnya mereka yang melakukan kesalahan ini melangsungkan pernikahan di luar negara. Pihak-pihak ini seharusnya membuat pengesahan pernikahan tersebut dengan kadar segara di mahkamah yang berbidang kuasa selepas pernikahan itu berlangsung selaras dengan seksyen 19 Enakmen yang sama.
Peruntukan-peruntukan ini bertujuan untuk menjaga maslahah dan kepentingan pihak-pihak supaya tidak timbul masalah dikemudian hari. Selain itu bagi memastikan pernikahan tersebut memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan hukum syarak dan undang-undang yang mana akan memberikan implikasi negatif kepada pernikahan sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi.
Justeru, kita marilah kita bersama-sama mematuhi undang-undang sedia ada demi menjamin keharmonian alam perkahwinan dan agar tidak dikenakan tindakan di masa hadapan.
14/02/2023
SIRI CELIK UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH (BAHAGIAN 2)
Poligami Tanpa Kebenaran Adalah Satu Kesalahan Matrimoni.
Seseorang lelaki yang ingin berpoligami perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah yang berbidangkuasa. Keperluan ini selaras dengan peruntukan melalui seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Sekiranya pernikahan berlangsung sebelum kebenaran dari mana-mana mahkamah diperolehi, pihak lelaki tersebut boleh didakwa di bawah seksyen 124 Enakmen yang sama berhubung kesalahan poligami tanpa kebenaran.
Manakala pihak perempuan p**a boleh didakwa dengan kesalahan pernikahan tanpa izin atau kebenaran dari pihak berkuasa sebagaimana termaktub di bawah seksyen 40(2) Enakmen yang sama.
Peruntukan-peruntukan ini penting bagi menjaga maslahah dan hak isteri-isteri sedia ada dan isteri yang baru dinikahi supaya tidak timbul masalah dikemudian hari.
Oleh itu, janganlah kita memandang ringan undang-undang yang berkuatkuasa dan perlulah mematuhinya agar tidak dikenakan tindakan undang-undang di masa hadapan.
09/03/2022
Isu yang menarik pagi ini. Saya telah mengulasnya sebelum ini melalui Maktabah Al-Bakri. Klik https://maktabahalbakri.com/suami-tidak-bekerja-dan-menjadi-suri-rumah/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Daerah PD
Port Dickson
71000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:30 |
| Tuesday | 08:00 - 16:30 |
| Wednesday | 08:00 - 16:30 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Friday | 08:00 - 16:30 |