Urbancubes
Specialized in Industrial Park Total Integrated Facilities Management
05/06/2026
CLASH OF SPIKERS 2026 MERIAHKAN SEMANGAT KESUKANAN DAN SILATURAHIM
SHAH ALAM, 5 Jun 2026 β Kelab Riadah Urbancubes telah berjaya menganjurkan perlawanan bola tampar persahabatan "Clash of Spikers 2026" yang berlangsung di Sportizza, Batu 3, Shah Alam.
Majlis telah dirasmikan dengan gimik pembukaan oleh Pengerusi Urbancubes YBhg. Datoβ Mohd Yazid Bin Sairi dan disertai En. Mohd Zapi Bin Abdullah merangkap ahli lembaga pengarah Urbancubes, En. Shahrulnizam Ahmad, Pengurus Besar Urbancubes, YBhg. Dato' Haji Ramli Bin Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn. Bhd., serta Pemangku Ketua Pegawai Operasi Central Spectrum (M) Sdn. Bhd., En. Edi Zuhri Bin Abd Rahim.
Perlawanan persahabatan ini telah menghimpunkan empat pasukan yang mewakili organisasi masing-masing iaitu Urbancubes Sdn. Bhd. (UCSB), KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM), Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) dan MBI Selangor.
Selain memupuk gaya hidup sihat, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, meningkatkan semangat kerja berpasukan serta mengukuhkan kerjasama strategik antara organisasi yang terlibat.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Keputusan akhir kejohanan adalah seperti berikut:
π Juara: KDEBWM
π₯ Naib Juara: MBI Selangor
π₯ Tempat Ketiga: UCSB
π
Tempat Keempat: CSSB
Kelab Riadah Urbancubes merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan, para tetamu kehormat, peserta, penyokong serta seluruh jawatankuasa penganjur yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga penganjuran Clash of Spikers akan terus menjadi platform yang menyatukan warga kerja melalui semangat kesukanan, persahabatan dan kerjasama yang erat.
26/05/2026
Assalamualaikum & Salam Aidiladha 1447H πβ¨
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja dan rakan-rakan yang dihargai. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dibawa oleh Aidiladha menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah maju bersama, bukan sahaja dalam pekerjaan tetapi juga dalam kehidupan seharian.
Terima kasih atas segala komitmen, kerjasama dan usaha yang telah diberikan selama ini. Semoga setiap pengorbanan dan penat lelah kita dipermudahkan serta dikurniakan ganjaran yang baik oleh-Nya.
Semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah buat anda dan keluarga tercinta π
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin daripada kami semua π€
#2026
26/05/2026
Salam Hari Arafah 1447Hπ
9 Zulhijjah merupakan Hari Arafah di mana pintu keampunan dibuka seluas-luasnya dan setiap doa yang dipanjatkan mengandungi seribu keberkatan
Sempena hari keemasan Islam ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga, malah untuk kesejahteraan serta kejayaan seluruh pasukan kita di pejabat.Semoga usaha dan kerja keras kita sentiasa diberkati.
Selamat menyambut Hari Arafah daripada pihak pengurusan.
#2026
19/05/2026
20/04/2026
Majlis Tautan Muhibbah Kumpulan MBI Selangor
Pada 20 April 2026, satu Majlis Tautan Muhibbah Kumpulan MBI Selangor telah berlangsung dengan jayanya di Setia City Convention Centre. Majlis ini telah dianjurkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara anak-anak syarikat dan rakan strategik.
Majlis berlangsung dengan penuh meriah serta tersusun rapi, mencerminkan komitmen tinggi pihak penganjur dalam memastikan kelancaran acara. Suasana majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Datoβ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, yang telah meluangkan masa bersama para tetamu dan warga korporat yang hadir.
Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi tanah air, Datoβ Jamal Abdillah dan Nadeera, yang memukau para hadirin. Para tetamu turut dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak, menambahkan lagi kemeriahan suasana sepanjang majlis berlangsung.
Urbancubes Sdn Bhd turut berbesar hati menerima jemputan sebagai tetamu bagi memeriahkan majlis ini. Penyertaan Urbancubes dalam acara ini bukan sahaja memperkukuhkan jaringan kerjasama, malah membuka peluang untuk kolaborasi strategik pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat muhibbah dan mempereratkan hubungan antara semua pihak yang terlibat.
#2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 1, Jalan Perigi Nanas 8/6, Indah Point
Port Klang
42920
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |