A.Safi_HANS

A.Safi_HANS

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A.Safi_HANS, Consulting Agency, Puchong.

30/10/2020

Wasiat...memberi peluang kita mengagihkan 1/3 harta kepada bukan-waris-berhak..nak sedekah atau berwaqaf, nak beri pada anak angkat..misalnya

Untuk info lanjut
👇👇👇
=================================
SAFI URIP
https://HANSRancangUrus.wasap.my
Rakan Faraid - Wasiat - Hibah Anda.

HANS LEGASI RESOURCES
[Hasrat-Amanah-Nasihat-Syariah]
=================================

11/10/2020

BERCERAI : ADAKAH ANDA MASIH ADA HAK FARAID❓
(Bhgn 2 & Akhir)....Ini adalah sambungan kepada Artikel Bhgn 1 di bawah Tajuk yg sama.
HAK FARAID DLM PERCERAIAN

Pasangan suami-isteri yg bercerai-hidup & kemudiannya menghadapi kematian pasangannya ketika dlm tempoh ‘iddah mempunyai hak Faraid.

Hak Faraid mereka adalah sama spt pasangan suami-isteri yg bercerai-mati (bercerai kerana kematian) spt yg ditetapkan dlm AlQuran iaitu:-

❇️ Bagi *Suami* adalah 1/2 jika tiada anak & 1/4 sekiranya mempunyai anak. @

❇️ Bagi *Isteri* adalah 1/4 jika tiada anak & 1/8 sekiranya mempunyai anak.

Utk. memahami hak faraid ini dgn lebih baik, ikutilah senario-senario di bawah:-

🟢 *Senario 1️⃣*:
Setelah disetubuhi, Si-Isteri diceraikan dgn talak satu & suami p**a meninggal dunia selepas sebulan bercerai. Berdasarkan Syarak, tempoh ‘iddah perceraian ini adalah tiga (3) Suci @ tiga (3) bulan. Oleh yg demikian, Si-Isteri berhak mempusakai Harta Pusaka suaminya.

🔴 *Senario 2️⃣* :
Selepas majlis akad nikah, Si-suami amat tersinggung dgn mertuanya & lantas menceraikan isterinya. Ketika dlm perjalanan p**ang sebaik sahaja selesai majlis pernikahan tersebut, Si-suami terlibat dlm kemalangan & meninggal dunia.

Memandangkan Si-Isteri belum disentuhi/disetubuhi oleh Si-Suami, Talak utk Si-Isteri adalah Talak Ba’in Sughra di sisi Syarak. Oleh itu, Si-Isteri tidak berhak mempusakai Harta Pusaka suaminya.

🔴 *Senario 3️⃣*:
Perceraian Fasakh di Mahkamah Syariah atas sebab salah seorang pasangan mengidap penyakit berjangkit yg tiada ubat @ menzalimi pasangannya. Dari segi Syarak, ini adalah Talak Ba’in Sughra. Oleh itu, sekiranya salah seorang pasangan itu meninggal dunia, pasangan yg hidup tidak berhak mempusakai Harta Pusaka si-Mati.

🟢 *Senario 4️⃣*:
Suami menceraikan isterinya yg sedang mengandung. Selepas lafaz talak satu tersebut, Si-Isteri meninggal dunia kerana terjatuh.

Dari segi Syarak, ini adalah Talak Raj’ie & tempoh ‘iddah hanya tamat setelah Si-Isteri melahirkan anak. Oleh itu, Si-Suami berhak mendapat bahagian Faraid Harta Pusaka Si-Isteri.

🔴 *Senario 5️⃣*:
Isteri memohon penceraian di Mahkamah Syariah melalui proses Tebus Talak @ Khulu’. Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Tebus-Talak ini. Selepas sebulan Tebus-Talak itu diluluskan, Si-Suami meninggal dunia. Oleh kerana Talak Khulu’ adalah Talak Ba’in, maka Si-Isteri tidak berhak mendapat Pusaka Harta Si-Suami.

KESIMPULAN

Faraid adalah ilmu berkaitan Pewarisan Pusaka Dlm Islam yg berpandukan kpd AlQuran, Hadis & Ijtihad. Ianya merangkumi ilmu yg sgt luas & amat terperinci sehinggakan hak Faraid dlm perceraian juga diperincikan. Inilah salah satu keindahan & kesyumulan Islam.

Melaksanakan Faraid adalah satu Tuntutan Fardhu Ain @ Wajib bagi setiap orang Islam. Anda sebagai salah seorang waris berhak mestilah menunaikan tanggungjawab melaksanakan Faraid terhadap Harta Pusaka suami @ Isteri & juga ahli keluarga anda.

Utk memahami lebih lanjut Mengenai hak anda dlm Faraid, hubungi mereka yg arif tentang Faraid, Rancang Harta & Urus Pusaka Islam.

Allahu ‘alam.

Untuk info lanjut 👇👇👇
=================================
SAFI URIP
https://HANSRancangUrus.wasap.my
Rakan Faraid - Wasiat - Hibah Anda.

HANS LEGASI RESOURCES
[Hasrat-Amanah-Nasihat-Syariah]
=================================

hansrancangurus.wasap.my

10/10/2020

BERCERAI : ADAKAH ANDA MASIH ADA HAK FARAID❓

(Bhgn 1)

Pengenalan:
Ilmu Faraid ini adalah satu ilmu yg sgt. luas spt yg disabdakan oleh Baginda Nabi s.a.w dlm Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah r.h. Perkara-perkara spt hak pewarisan bagi janin, khunsa, dalam penceraian, dan lain-lain dibincangkan secara terperinci dlm Ilmu Faraid.

Artikel ini adalah lanjutan daripada perkongsian saya sebelum ini dlm coretan berkaitan hak Faraid bagi bayi dlm kandungan.

JENIS² PERCERAIAN ATAU TALAK

Apabila kita bincangkan tentang perceraian dlm hak pewarisan Islam @ Faraid, ianya adalah berkaitan dgn perceraian semasa hidup. Dlm masyarakat Melayu-Islam kita, ianya dikenali sebagai Cerai-hidup.

Bagi memahami hak pewarisan pusaka Islam atau Faraid, kita perlulah tahu jenis-jenis perceraian dalam Islam. Perceraian @ Talak dlm Islam yg berkaitan dgn Faraid dibahagikan kpd dua (2) Kategori iaitu:-

(a) Talak Raj’ie
- iaitu perceraian yg boleh dirujuk kembali tanpa pernikahan semula (Akad Nikah Ijab & Kabul). Selalunya, dlm masyarakat kita, ianya dikenali sebagai perceraian Talak Satu atau Talak Dua selepas berlaku persetubuhan.

Dlm erti-kata mudah, Talak Raj’ie adalah Talak yg membolehkan pasangan suami-isteri merujuk semula ketika dalam jangkamasa ‘iddah tanpa perlunya akad ijab-kabul pernikahan.

(b) Talak Ba’in
- iaitu perceraian yang tidak membolehkan suami & isteri merujuk semula kecuali dengan akad nikah dan mahar/maskahwin yg baru. Talak Ba’in ini p**a dibahagikan kpd dua (2) jenis iaitu :-

(i) Talak Ba’in Sughra/Kecil - iaitu apabila suami menceraikan isteri sebelum berlaku persetubuhan atau perceraian dgn sebab 'Ila (sumpah tidak menyetubuhi Isteri) atau Perceraian Fasakh (Perceraian diputuskan oleh Hakim Mahkamah Syariah), & Khulu’ (tebus talak), atau pertukaran agama suami-isteri.

(ii) Talaq Ba’in Kubra/Besar - iaitu perceraian talak tiga sekaligus atau Perceraian Talak Raj’ie atau Talak Ba’in sughra yang telah berlaku sehingga Talak Tiga. Apabila berlakunya Talak tiga, maka suami tidak boleh mengahwini kembali isterinya melainkan setelah bekas isteri itu telah bernikah dgn lelaki lain dahulu, disetubuhinya & diceraikannya.

Dalam Bab Pewarisan Pusaka Islam, pasangan suami-isteri yg bercerai dgn Talak Raj’ie sahaja yg berhak utk mewarisi Pusaka pasangannya yg meninggal dunia. Syaratnya ialah kematian salah seorang pasangan tersebut berlaku dlm jangkamasa ‘Iddah.

TEMPOH IDDAH DLM PERCERAIAN ISLAM

Tempoh ‘iddah bagi pasangan yg “Cerai-hidup” selalunya adalah tiga (3) kali suci atau tiga (3) bulan. Namun, terdapat beberapa perbezaan jangkamasa ‘iddah spt yg berikut:-

1️⃣ Tempoh ‘iddah perceraian ketika isteri sedang mengandung ialah sehingga Si-Isteri melahirkan kandungannya.

2️⃣ Tiada Tempoh ‘iddah perceraian dgn Isteri yg tidak disetubuhi & penceraian ini dikategorikan sebagai Talak Ba’in Sughra.

3️⃣ Tempoh ‘iddah penceraian dgn Isteri yg masih subur (masih ada haid) adalah tiga (3) kali Suci.

4️⃣ Tempoh ‘iddah perceraian dgn Isteri yg sudah tiada haid (tidak subur) adalah 3 bulan.

Bagi Talak Raj’ie, sepanjang tempoh ‘iddah tersebut, sekiranya salah seorang pasangan itu meninggal dunia, maka pasangan yg hidup mempunyai hak pewarisan @ Faraid.
[Nota : Sila Rujuk Bab Munakahat Utk Memahami Tempoh ‘Iddah Dgn Lebih Mendalam.]

⭐🌟HAK FARAID DLM PERCERAIAN🌟⭐

Pasangan suami-isteri yg bercerai-hidup & kemudiannya menghadapi kematian pasangannya ketika dlm tempoh ‘iddah mempunyai hak Faraid. Hak Faraid mereka adalah sama spt pasangan suami-isteri yg bercerai-mati (bercerai kerana kematian) spt yg ditetapkan dlm AlQuran iaitu:-
❇️ Bagi *Suami* adalah 1/2 jika tiada anak & 1/4 sekiranya mempunyai anak. @
❇️ Bagi *Isteri* adalah 1/4 jika tiada anak & 1/8 sekiranya mempunyai anak.

🛑Bersambung di Bhgn 2.🛑

Want your business to be the top-listed Business in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Puchong