Sribest Prima
Sekolah Rendah Islam Integrasi Bestari (SRIBEST) Prima merupakan sebuah taman Ilmu bagi melahirkan i
15/06/2026
AKTIVITI KELAB REKA CIPTA
Nama Rekacipta: Kipas Angin Mini Kreatif
🔧 Bahan Digunakan:
Cawan kertas
Penutup bekas plastik
Kertas hiasan yang dipotong menjadi bilah kipas
Gam dan pita pelekat
Konsep Rekaan:
Murid menghasilkan sebuah model kipas angin dengan memasang beberapa bilah kertas pada bahagian tengah yang diperbuat daripada penutup plastik. Cawan kertas berfungsi sebagai tapak atau badan kipas yang menyokong struktur keseluruhan.
Fungsi Rekaan:
Memahami konsep putaran dan keseimbangan bilah kipas.
Mempelajari asas reka bentuk dan pembinaan model.
Menggalakkan kreativiti menggunakan bahan kitar semula.
Memupuk kemahiran motor halus melalui aktiviti memotong, melekat dan memasang.
💡 Nilai Pembelajaran:
Melalui aktiviti ini, murid dapat memahami bahawa sesuatu ciptaan boleh dihasilkan daripada bahan yang mudah diperoleh. Mereka juga belajar bagaimana bentuk dan susunan bilah mempengaruhi pergerakan serta kestabilan sesuatu objek yang berputar.
Rumusan:
Rekaan ini menunjukkan kreativiti murid dalam menghasilkan model kipas angin mini daripada bahan terpakai. Walaupun ringkas, projek ini berjaya memperkenalkan konsep asas kejuruteraan, inovasi dan pemikiran reka cipta kepada murid secara menyeronokkan dan praktikal.
08/06/2026
ESCAPE ROOM CHALLENGE : MAGICAL SCHOOL
Escape Room Challenge merupakan salah satu slot di dalam Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru BAHSB yang telah di adakan pada 4-5 Jun 2026, bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor. Ia bukan sekadar permainan, tetapi satu pengalaman yang menguji kreativiti, komunikasi dan semangat kerja berpasukan!
Guru-guru Bestari Academy Holding Sdn. Bhd. telah menyertai aktiviti Escape Room: Magical School, sebuah cabaran bertemakan dunia magikal yang penuh dengan misteri, teka-teki dan tugasan yang memerlukan kerjasama yang padu untuk diselesaikan.
Setiap kumpulan perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritis, strategi yang bijak serta komunikasi yang berkesan bagi merungkai petunjuk demi petunjuk untuk melengkapkan misi dan keluar dari Magical School sebelum masa tamat.
Selain mencetuskan suasana yang menyeronokkan, aktiviti ini turut memperkukuhkan hubungan sesama warga pendidik, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta membina budaya kerja berpasukan yang lebih mantap.
🌟 Kerjasama
🌟 Kepimpinan
🌟 Komunikasi
🌟 Kreativiti
Dalam dunia magikal ini, setiap cabaran yang berjaya diselesaikan membuktikan bahawa kejayaan bukanlah hasil kehebatan individu semata-mata, tetapi lahir daripada kesepaduan idea, kepercayaan dan kekuatan sebuah pasukan.
Tahniah kepada semua guru yang berjaya menyahut cabaran dan membuktikan bahawa keajaiban sebenar terhasil apabila setiap ahli pasukan bergerak ke arah matlamat yang sama.
"The Real Magic Happens When We Work Together."
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Aidiladha mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Semoga setiap amal dan doa kita diterima serta dikurniakan keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh keluarga.
✨ Salam Aidiladha 1447H
Ikhlas daripada Bestari Academy Holdings Sdn. Bhd.
26/05/2026
DOA HARI ARAFAH
Hari Arafah adalah antara hari terbaik untuk memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan dipermudahkan, setiap harapan dikabulkan dan setiap langkah kita sentiasa dalam rahmat-Nya.
Ikhlas ingatan mesra daripada
Bestari Academy Holding Sdn Bhd
22/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA AIDILADHA 2026
Pada pagi Jumaat yang penuh berkah ini warga pendidik dan murid di SRIBEST Prima menyambut Hari Guru dan Ceramah Erti Pengorbanan Yang Sebenar sempena Adiladha yang bakal menjelang.
Program ini berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan penuh penghayatan! ❤️
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program antaranya :
🎤 Persembahan Murid
🎯 Permainan Guru & Murid
🎁 Slot Pemberian Hadiah
🕌 Ceramah Aidiladha
Terima kasih kepada semua guru, murid yang bersama-sama memeriahkan sambutan istimewa ini. Semoga sambutan ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyemai kasih sayang serta menghargai jasa para pendidik yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa. 🌹
💐 “Guru Pemacu Generasi Mukmin Bestari”
🌙 “Aidiladha Mengajar Erti Pengorbanan & Keikhlasan”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
23-2 Block C, Taman Tasik Prima, Jalan Tasik Prima 5/1, Prima Biz Hub
Puchong
47150
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |