HDF Official

HDF Official

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HDF Official, Nonprofit Organization, No. 6, Jalan Nusaputra 1/2b, Bandar Nusaputra, Puchong.

02/03/2026

Apa jua alasan US & Regim Zionis, ianya bukannya tiket untuk mengambil tindakan sendiri ke atas kedaulatan sesebuah negara lain. Hak asasi manusia dan kedaulatan sesebuah negara tidak harus dilanggar sewenang-wenangnya..

Photos from HDF Official's post 24/02/2026

📍 CYBERJAYA | 24 FEBRUARI 2026

Berbesar hati menerima kunjungan dua calon Sarjana Polisi Awam dari Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (NUS) yang sedang melaksanakan penyelidikan tahun akhir mereka.

Puan Nurulhuda Abdul Hamid (Kementerian Perladangan dan Komoditi) dan Puan Chong Xin Wei (Kementerian Pendidikan Tinggi) merupakan penjawat awam Malaysia yang mengikuti pengajian sepenuh masa di NUS dengan tajaan biasiswa penuh daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kajian yang dijalankan memberi tumpuan kepada penglibatan belia terpinggir (youth-at-risk) dalam proses pembangunan dasar kerajaan di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta. Penyelidikan ini dilaksanakan di bawah pasukan Nusantara Nexus.

Saya amat menghargai apabila pengalaman perkhidmatan di Universiti Sains Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, serta penglibatan dalam kepimpinan NGO belia di peringkat kebangsaan dan serantau Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Asia (AYC) dapat menyumbang kepada wacana penting ini.

Difahamkan bahawa kajian ini turut mendapat sokongan daripada UNESCO dalam usaha membangunkan kerangka polisi yang lebih inklusif bagi mendepani cabaran golongan belia berisiko, rentan dan dalam kategori NEET (Not in Education, Employment and Training).

Semoga kedua-dua penyelidik ini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan terus menyumbang kepada perkhidmatan awam Malaysia dengan tahap profesionalisme, integriti dan impak yang bermakna.

---------------------

📍 CYBERJAYA | 24 FEBRUARY 2026

It was a distinct pleasure to receive two Master of Public Policy candidates from the Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (NUS), who are currently undertaking their final research project.

Ms. Nurulhuda Abdul Hamid (Ministry of Plantation and Commodities) and Ms. Chong Xin Wei (Ministry of Higher Education) are Malaysian civil servants pursuing their studies full-time at NUS under a full scholarship sponsored by the Department of Malaysia Civil Service.

Their research focuses on the engagement of marginalized and youth-at-risk communities in public policy development processes across Kuala Lumpur, Singapore and Jakarta. The study is conducted under their research team, Nusantara Nexus.

I am honoured that my professional experience at University Science Malaysia and the Ministry of Youth And Sports Malaysia, together with my involvement in youth leadership at the national and regional levels including the Malaysian Youth Council (MYC) and Asian Youth Council (AYC) could contribute to this important discourse.

The research is supported by UNESCO and seeks to advance a more inclusive policy framework to address the needs of at-risk, vulnerable and NEET (Not in Education, Employment and Training) youth.

I wish them every success in completing their studies with distinction and in continuing their service to Malaysia with professionalism, integrity and lasting impact.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No. 6, Jalan Nusaputra 1/2b, Bandar Nusaputra
Puchong
47130