Parcel Express Puncak Alam

Parcel Express Puncak Alam

Share

Post Office

22/03/2023

N O T I S P E M B E R I T A H U A N

Kepada para pelanggan yang dihormati sekelian. Ingin kami maklumkan beberapa perkara sempena kedatangan Bulan Ramadan yang mulia ini.

Pertama, kedai kami akan ditutup pada hari Khamis 23 Mac, 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444H untuk sama-sama meraikan awal Ramadan.

Kedua. Sepanjang bulan Ramadan ini, waktu perniagaan kami akan dipendekkan daripada biasa iaitu dari pukul 10.30am hingga 5.00pm kecuali hari Sabtu sehingga pukul 2.30pm.

Terima kasih kerana masih setia memilih untuk berurusan di Parcel Express Puncak Alam.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga amal maa'ruf kita diterima dan beroleh keberkatan daripadanya. Aminn YRA.

Sekian.

Photos from Parcel Express Puncak Alam's post 05/03/2023

A H L A N W A S A H L AN Y A R A M A D A N

Bismillahir Rahmanirr Rahim.

Sempena dgn kedatangan bulan mulia, Bulan Ramadan Al Mubarak tidak lama lagi, kami di Parcel Express Puncak Alam dengan berbesar hati ingin menawarkan 'Hamper Rahmah' dengan harga mampu milik.

Terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu set Laila dan juga set QADR dgn harga RM45 dan RM65 bg setiap satu.

Kedua-duanya sesuai untuk dijadikan hadiah dan sedekah kepada seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Tidak terkecuali juga sebagai cenderamata korporat mahu pun buah tangan kpd badan-badan kebajikan masyarakat.

Untuk mendapatkannya boleh terus menghubungi kami di talian +60 17-236 6229.

Sekian.

Salam Ramadan, salam keberkatan.

Photos from Parcel Express Puncak Alam's post 15/10/2022

E M P A T D A L I L

Terdapat 4 dalil kenapa anda harus menggunakan khidmat kami di Parcel Express Puncak Alam.

Pertama: Ruang parkir yg luas dan mudah didapati pada hampir setiap masa. (Bayangkan pada musim hujan anda terpaksa menghantar brg... bayangkan... bayangkan)

Kedua: Urusan yang sangat mudah. Datang, scan, isi borang digital di telefon bimbit, timbang dan bayar. (Purata masa kurang drpd 10 min utk setiap satu urusan). Tidak perlu tggu Airway Bill sbb kami akan hantarkannya melalui aplikasi Whatsapp. Mudahkan?

Ketiga: Kaedah pembayaran yg komprehensif. Tunai, kad debit/kredit, E- Wallet dan perbankan dalam talian. Semua pun boleh. Yang tak boleh cuma berhutang sahaja sbb kami tidak ada bouncer utk mengutipnya.

Keempat: Orang kata... kami mesra pelanggan. Itu kami no komen sbb mana boleh masuk bakul angkat sendiri... kan? So untuk mengesahkannya, bolehlah mengunjungi kami di sini dan alaminya sendiri.

Sekian.

Parcel Express Puncak Alam.
More Than You Can Imagine.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


NO 15, Jalan PPAJ 2/8 BANDAR PUNCAK ALAM
Puncak Alam
42300