Butik Infaq Wangi Puncak Alam
Kami bukan entiti NGO dan juga bukan perniagaan.
Alhamdulillah, untuk esok, infaq bulanan Butik Infaq Wangi 😊 Penat ni biar Allah je balas 😁 Semoga menjadi sumber pahala yg berpanjangan buat para sahabat yg menginfaq & memberi di Butik Infaq Wangi ☺️
Asbab hasil infaq orang ramai di Butik Infaq Wangi, ramai yang gembira & berkongsi cerita s**a duka mereka dengan kami di Butik Infaq Wangi..
Ada sahabat di BIW merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 3orang anak dengan hasil menjual kuih² frozen kecil²an, mengurut dari rumah ke rumah (tak ramai yang menggunakan servis urut nya sekarang semenjak Covid-19)..
Walaupun anaknya tidak lagi perlu bantuan pampers & susu tetapi bantuan barangan asas & kebersihan yang kami sediakan telah membantu mereka sekurang²nya menjimatkan perbelanjaan untuk 2minggu, masyaAllah, sumbangan yang kecil amat bermakna untuk mereka..
Moga sumbangan kecil & seikhlas hati kita membantu kita di sana kelak..
Untuk menginfaq daripada segi barang asas/ barang kebersihan @ wang ringgit untuk BIW boleh click link ws di bawah 👇 kami akan mengagihkan secara seragam untuk semua penerima tetap di BIW ☺️🌹
18/01/2022
Alhamdulillah, asbab Butik Infaq Wangi (BIW) yang telah ditubuhkan di Puncak Alam sudah hampir genap 1tahun untuk tahun 2022 ini, telah ramai sahabat asnaf tetap yang kami bantu, asbab rm1 yang didermakan oleh sahabat² infaq yang baik hati, kami guna sebaiknya untuk yang memerlukan.. Segala barang asas & kebersihan kami belanjakan semua hasil sumbangan sahabat2 infaq di Butik Infaq Wangi 😇
Seperti pada gambar, inilah kos perbelanjaan untuk BIW 1 resit bersamaan untuk 1,2 bulan perbelanjaan buat asnaf tetap kami..
Kami mengharapkan sumbangan dana yang berterusan daripada sahabat² infaq untuk Butik Infaq Wangi kerana sumbangan kami kian berkurangan, kami cuba menjaga perbelanjaan kami untuk membantu asnaf tetap di BIW.. tak kira daripada wang ringgit @ ada yg sudi ingin terus membeli brg asas & kebersihan untuk kami pickup @ boleh menghantar terus di BIW kami..
Segala maklumat lebih lanjut untuk infaq wang ringgit @ barangan asas & kebersihan boleh lah terus click link ws di komen 👇
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Puncak Alam