Mannol Automaster

Mannol Automaster

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mannol Automaster, Automotive repair centre, 18, Jalan TIAJ 3/2/3, Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam.

16/04/2026

Lawatan rasmi daripada pihak MARA Melaka ke workshop WEP Mannol Auto Master yang pertama di Melaka.

Kunjungan ini bertujuan untuk melihat sendiri operasi bengkel, sistem pengurusan, serta standard perkhidmatan yang diterapkan dalam memastikan kualiti kerja berada pada tahap terbaik. Selain itu, lawatan ini juga membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman serta potensi kerjasama dalam memperkasa industri automotif tempatan.

Pihak MSZ Mannol Auto Master amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap hubungan baik bersama MARA Melaka dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan lebih ramai usahawan dan tenaga mahir dalam bidang automotif.

โ€œBersama membina masa depan industri automotif yang lebih maju dan berkualiti.โ€ ๐Ÿš—โœจ

Photos from Mannol Automaster's post 02/04/2026

PAKA, TERENGGANU | 31 Mac 2026
(part 2)

Satu lagi bengkel berjaya ditransformasikan ke standard industri moden ๐Ÿ”งโœจ

Melalui inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Program WEP, Sinar Maju Workshop kini beroperasi dengan fasiliti dan sistem yang lebih profesional serta tersusun.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA, satu simbol kejayaan dalam memperkasa bengkel automotif luar bandar.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem ini, Mannol Auto Master memainkan peranan dalam membantu pembangunan bengkel melalui konsep operasi moden, standard industri dan sistem pengurusan yang lebih efisien.

Ini bukan sekadar naik taraf bengkel, ini adalah transformasi masa depan industri automotif

Photos from Mannol Automaster's post 02/04/2026

PAKA, TERENGGANU | 31 Mac 2026

Satu lagi bengkel berjaya ditransformasikan ke standard industri moden ๐Ÿ”งโœจ

Melalui inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Program WEP, Sinar Maju Workshop kini beroperasi dengan fasiliti dan sistem yang lebih profesional serta tersusun.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA, satu simbol kejayaan dalam memperkasa bengkel automotif luar bandar.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem ini, Mannol Auto Master memainkan peranan dalam membantu pembangunan bengkel melalui konsep operasi moden, standard industri dan sistem pengurusan yang lebih efisien.

Ini bukan sekadar naik taraf bengkel, ini adalah transformasi masa depan industri automotif

Photos from MAJLIS AMANAH RAKYAT's post 01/04/2026

Majlis perasmian bengkel berkonsep moden di bawah Program Workshop Enhancement Programme (WEP) oleh Majlis Amanah Rakyat membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan usahawan automotif Bumiputera.

Sebagai rakan industri, Mannol Malaysia berbangga menjadi sebahagian daripada transformasi ini melalui konsep Mannol Auto Master, yang menekankan standard operasi, penggunaan peralatan berkualiti serta sistem pengurusan bengkel yang lebih efisien.

Tahniah kepada Sinar Maju Workshop Mannol workshop paka atas pencapaian ini. Semoga terus maju sebagai bengkel contoh di Terengganu.

01/03/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun MARA Ke-60 ๐ŸŽ‰ majlisamanahrakyat

1966โ€“2026
Enam dekad menjunjung amanah, memperkasa usahawan dan membina masa depan generasi Malaysia.

Semoga terus maju, berintegriti dan menjadi tunjang pembangunan ekonomi Bumiputera.

Ikhlas daripada kami,
Mannol Automaster Malaysia

Photos from Mannol Sabah's post 20/02/2026
Profile pictures 09/01/2026

Cawangan Automaster : MSZ x Mannol Auto Master - Rembia Alor Gajah, Melaka


Bengkel AutoMaster kami lengkap dengan teknologi terkini, mengutamakan kualiti, profesionalisme, dan kepuasan pelanggan.

โœ… Servis berkualiti & mekanik profesional.
โœ… Pemeriksaan 24 poin teliti.
โœ… Produk terbaik untuk prestasi enjin maksimum.
โœ… Ruang menunggu selesa & moden.
โœ… Sentuhan akhir memastikan kereta anda tip-top.
โœ… Bayaran mudah & telus.

Kenapa Pilih Kami?
Ini adalah bengkel yang lengkap dengan semua perkhidmatan yang anda perlukan, memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Hasilnya? Memandu lebih selesa, selamat, & penuh keyakinan!

๐Ÿ“ž ๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ข:
011-3945 8042 - Admin
011-6429 5823 - Najmi

๐‘๐Œ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐„๐Œ๐๐ˆ๐€ ๐‡๐”๐ ๐Ÿ‘,
๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐Š๐’ ๐‘๐„๐Œ๐๐ˆ๐€ ๐‡๐”๐,
๐Ÿ•๐Ÿ–๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐†๐€๐‰๐€๐‡,๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

Photos from Mannol Automaster's post 18/12/2025

Hari kedua (17/12/2025) WEP KL menumpukan pada:

๐Ÿ”ง Pengurusan bengkel lebih sistematik
โš™๏ธ Peningkatan kualiti servis
๐Ÿ“ˆ Strategi pemasaran untuk tarik pelanggan

Peserta terus belajar secara praktikal dan interaktif bagi tingkatkan profesionalisme dan daya saing bengkel.

Photos from Mannol Automaster's post 17/12/2025

IQS TRAINING selama 4 hari (8hb hingga 11hb Disember) ๐Ÿค

Momen bersama, fokus peserta dan semangat untuk berkembang bersama inilah yang menjadi kekuatan program AutoMaster, IQS & Marketing Upskill Training.

Kursus Pembangunan AutoMaster, Independent Quick Service (IQS) & Marketing Upskill Training ini dianjurkan oleh MANNOL Malaysia khas untuk bengkel-bengkel rakan rasmi MANNOL Malaysia.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pengurusan bengkel yang lebih sistematik, peningkatan kualiti servis serta strategi pemasaran untuk membantu bengkel berkembang dan lebih berdaya saing.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Mannol Malaysia dalam menyokong rakan bengkel melalui bukan sahaja produk, malah ilmu dan pengurusan bisnes.

Photos from Mannol Automaster's post 17/12/2025

WEP terakhir tahun 2025! โ€“ KL Edition (Day 1 16/12/2025)

MANNOL Malaysia dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempersembahkan Auto Master Workshop Empowerment Program (WEP KL), program eksklusif yang bertujuan memperkasa bengkel tempatan melalui latihan pengurusan, peningkatan kualiti servis, dan strategi pemasaran berkesan.

๐Ÿ“ Lokasi: IDEAS Hotel, Kuala Lumpur

Program ini direka untuk pemilik dan pengurus bengkel yang ingin meningkatkan profesionalisme serta daya saing bengkel masing-masing di pasaran.

17/12/2025

Moment & Feedback dari peserta | IQS TRAINING 8โ€“11 Disember โœจ

Daripada pengurusan bengkel yang lebih tersusun, peningkatan kualiti servis, hinggalah strategi pemasaran yang relevan, setiap sesi memberi nilai dan perspektif baharu kepada peserta.

Momen kebersamaan, fokus peserta dan semangat untuk berkembang bersama inilah yang menjadi kekuatan program AutoMaster, IQS & Marketing Upskill Training.

Komitmen MANNOL Malaysia bukan sekadar pada produk, tetapi dalam membina bengkel yang lebih profesional dan berdaya saing. ๐Ÿค

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


18, Jalan TIAJ 3/2/3, Taman Industri Alam Jaya
Puncak Alam
42300