Azufa Management & Services

Azufa Management & Services

Share

Menyediakan perkhidmatan bagi penyediaan penyata kewangan syarikat sama ada enterprise atau sdn bhd, tax dan business consultation. Perlukan bantuan....?

19/05/2026

Alhamdulillah.. 🌷

Berkat doa dan didikan daripada kedua ibu bapa, serta usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan, ketika dalam tempoh latihan praktikal, kami dengan penuh rasa gembira melamar beliau untuk terus bersama keluarga besar Azufa Management & Services

Selamat datang kepada Wafa sebagai ahli keluarga baru kami 🀍

Semoga kehadiran Wafa dapat terus membawa semangat positif, menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman, serta berkembang bersama kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua client-client Azufa.

Semoga kami juga terus istiqamah, amanah dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Welcome to Azufa & all the best, Wafa πŸ’ͺ🏻✨

19/05/2026

Kepada usahawan wanita, anda harus rebut peluang ini bagi memperkasa perniagaan anda sedia ada.

Dapatkan maklumat lanjut di https://aim.gov.my ataupun walkin ke Amanah Ikhtiar dikawasan berhampiran tempat dimana perniagaan anda beroperasi.

Selamat Maju Jaya Wanita Hebat !!!

Photos from Azufa Management & Services's post 18/05/2026

Alhamdulillah… 🌿

Selesai sudah urusan kami menyediakan penyata kewangan syarikat client sis ini dan kini management account telah bersedia untuk diserahkan kepada pihak auditor bagi tindakan selanjutnya.

Tahniah juga kepada client sis atas usaha dan perancangan projek tanaman buah tin yang dibangunkan bersama share partner beliau. Satu usaha yang sangat baik dalam memperkenalkan tanaman sunnah yang mempunyai potensi besar dalam industri pertanian dan pasaran makanan sihat.

Semoga segala usaha, perancangan dan pengembangan perniagaan ini dipermudahkan Allah SWT serta mendapat perhatian dan sokongan daripada pihak berkaitan agar buah tin tempatan dapat diperluaskan ke pasaran serantau Asia suatu hari nanti.

Di sini juga ada jual buah tin segar yang dipetik terus dari pokok dan boleh dimakan begitu sahaja. Memang satu pengalaman yang menarik kerana tidak semua orang berpeluang merasa buah tin segar yang baru dipetik 🌱

Pokok buah tin juga ada dijual di sini ya 😊

Buah tin atau buah ara merupakan antara buah yang istimewa kerana disebut di dalam Al-Quran menerusi Surah At-Tin. Buah ini sering dikaitkan dengan pelbagai khasiat kesihatan dan menjadi simbol keberkatan serta nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia. Semoga perniagaan yang dibangunkan ini terus berkembang maju dan memberi manfaat kepada ramai orang, insya-Allah 🀍

sis
bukan

Photos from Azufa Management & Services's post 04/05/2026

Alhamdulillah…

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tibaa..

Memang agak nervous lah jugak kan bila nak berjumpa dengan pegawai pegawai LHDN nie.. client sis lagi lah, cuti panjang sempena hari pekerja yang lalu, memang x senang bercuti dia πŸ˜… bila memikirkan depa nak mai opis.

First time jugak lah nak attend issue PCB nie, biasanya kes yang sis attend, semakkan penyata kewangan, pendapatan terkurang lapor dan semakkan document pelepasan cukai. Tapi kali ini, PCB… pekara yang x related dengan account.. tapi tak apalah, kita bantu client … and sis ambil peluang ini untuk timba pengalaman jugak.

PCB adalah cukai pendapatan yang dipotong setiap bulan daripada gaji pekerja oleh majikan.

Maknanya:

βœ”οΈ Majikan akan tolak sedikit cukai dari gaji pekerja setiap bulan
βœ”οΈ Kemudian majikan akan bayarkan terus kepada LHDN bagi pihak pekerja

Tujuan PCB ialah untuk:

βœ” Elakkan bayar cukai sekaligus (lump sum) hujung tahun
βœ” Mudahkan pekerja urus kewangan
βœ” Pastikan cukai dibayar secara konsisten

Siapa yang terlibat dengan PCB ?

βœ”οΈ Majikan β†’ wajib potong & hantar PCB ke LHDN
βœ”οΈ Pekerja β†’ bayar cukai melalui potongan gaji

Nota penting

βœ”οΈ PCB bukan cukai tambahan, tapi bayaran ansuran cukai
βœ”οΈ Bila buat e-Filing (Borang BE):
πŸ”˜ terlebih bayar β†’ dapat refund
πŸ”˜ terkurang bayar β†’ kena tambah bayaran cukai

Faham ker faham …?? πŸ˜†πŸ˜†

Semua document as per listing, kita dah serahkan kepada pegawai LHDN, so now tunggu finding jer dari mereka. Kalau setuju dengan penalty yang dikenakan, kita bayar jer lah… πŸ˜… kalau tak setuju, then kita appeal … and immediate effect, client sis kene buat lah PCB pada staff mereka yang layak di PCB kan ☺️

bukan
sis

03/05/2026

Untuk submission BE - individu yang tidak mempunyai perniagaan / individu yang hanya makan gaji

Tarikh akhir submission BE ialah 30/4
Namun LHDN, membuat penambahan masa sehingga 15/5

Anda masih mempunyai masa untuk menghantar Borang BE dan elakkan diri dari dikenakan penalty lewat menghantar borang cukai dan membayar cukai

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau bantuan mengenai submission Borang BE anda, boleh hubungi kami di link whatapp di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://wa.link/5wzq2w

https://wa.link/5wzq2w

bukan
sis

Want your business to be the top-listed Accountant in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No. 50 Jalan Karyawan Bestari
Puncak Alam