Pakar Runding Keluarga Islam
Kami menawarkan khidmat berbentuk nasihat, kaunseling, cadangan penyelesaian dan sebagainya.
Hari ini, seorang lelaki datang ke pejabat kami dengan hati yang remuk. Dia membawa surat yang ada letter head JAKIM, menceritakan bagaimana dia ditipu sebanyak 80k oleh scammer yang tidak berperikemanusiaan.
Kami telah menerima banyak aduan mengenai pelaburan yang kononnya menggunakan nama JAKIM sebagai jaminan kepatuhan syariah. Perlu ditegaskan, ini bukan bidang kuasa JAKIM.
Kepada semua, sebagai peringatan, pastikan setiap pelaburan yang anda buat adalah sah dan di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya. Masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dan berhati-hati dengan penipuan yang semakin berleluasa ini.
TAHUKAH ANDA!!!
- Dalam satu muka surat mushaf al-Quran ada 15 baris ayat.
- Dalam satu baris ada lebih kurang 25 ke 30 huruf.
- Bermakna dalam satu muka surat ada lebih kurang 450 huruf.
- Satu huruf bersamaan dengan 10 ganjaran pahala.
- Bermakna satu muka surat kita boleh mendapat lebih kurang 4,500 ganjaran pahala.
- Satu muka surat boleh dibaca lebih kurang 3 ke 5 minit.
Cuba bayangkan apabila kita mendapat gaji sebanyak RM4,500 untuk kerja yang dilakukan selama 3 ke 5 minit sahaja.
Ironinya, ramai yang mengabaikan ganjaran pahala 4,500 dalam masa 3 ke 5 minit yang Allah hadiahkan kepada hambaNya.
اللهم مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
"Wahai Allah yang mengarahkan hati! Arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu,
Wahai Zat yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hati-hati kami ke atas agama-Mu."
Kredit : Darul Quran JAKIM
30/10/2017
:: Tazkirah ::
Apabila seorang isteri lagi seorang ibu tidak mampu dari mengemblengkan antara sikap ambil berat dengan keperluan keluarga, aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan yang lain maka sesungguhnya wajib atas isteri dan ibu bagi anak - anak begini pada perkara yang memerlukan keutamaan bahawa dia perlu penuhkan waktunya untuk bersegera menyelesaikan perkara keutamaan itu yang ianya ialah berjaga melakukan kerja rumah tangga SEKALIPUN semua itu perlu mengorbankan dengan kerja yang lain, lebih khusus lagi jika perempuan yang bergelar ibu dan isteri ini ianya terdorong untuk kerja tersebut hanya semata - mata tamakkan terhadap mahsyur di sisi masyarakat ramai atau nak berlazat dengan bertambah harta.
--------------------
Kesimpulannya, tidak salah perempuan berkerja asalkan urusan rumah tangga melibatkan suami dan anak - anak terjaga, tapi jika urusan ini terabai, tinggalkanlah kerja bahkan tumpukan pada urusan rumah tangga.
*AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW*
١. Baginda selalu diam.
٢. Berbicara ketika perlu.
٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
٧. Berfikir terus-menerus.
٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila s**a, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu.
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila s**a Baginda akan memejamkan mata.
١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.
٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.
٣٨ . Paling berlapang dada.
٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.
٤٠ . Paling halus keperibadiannya.
٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)
Perbanyakkan Selawat pada Nabi..
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
:: KATA-KATA MUTIARA IMAM SYAFI'I YG DAHSYAT ::
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam Syafi'i)
"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
- (Imam Syafi'i)
"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
- (Imam Syafi'i)
"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafi'i)
"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafi'i)
"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam Syafi'i)
"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
- (Imam Syafi'i)
SEMOGA BERMANFAAT.....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Putrajaya