Surau Nur Iman IPD Ranau
SURAU NUR IMAN IPD RANAU
02/11/2024
𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗡𝗨𝗥 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟮𝟵 𝗥𝗮𝗯𝗶𝘂𝗹𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 / 𝟬𝟭 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) - Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk "𝘒𝘞𝘚𝘗 𝘗𝘢𝘵𝘶𝘩 𝘚𝘺𝘢𝘳𝘪𝘢𝘩: 𝘗𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘚𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘉𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵" telah disampaikan oleh Ustaz Shahimi bin Hassan, BAKA IPD Ranau kepada warga kerja IPD Ranau serta masyarakat Islam sekitar Ranau. Teks khutbah Jumaat disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Khutbah mengupas tentang pentingnya umat Islam memilih simpanan patuh syariah agar berkat dan bebas dari unsur haram. Islam menggalakkan keseimbangan dalam menguruskan harta. Selain berinfak, umat Islam disarankan menyimpan sebagai langkah perancangan ekonomi selagi mematuhi syarak.
Antara rumusan intipati khutbah yang disampaikan adalah seperti berikut :-
𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁 Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, umat Islam perlu bijak memilih instrumen kewangan yang halal. Rasulullah SAW telah memberi amaran akan datangnya zaman di mana manusia tidak peduli sumber pendapatannya, sama ada halal atau haram. Hal ini dipetik dari sabda Baginda: "𝘈𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘻𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘥𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘱𝘦𝘥𝘶𝘭𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘶𝘮𝘣𝘦𝘳 (𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘢𝘯) 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘰𝘭𝘦𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘭𝘢𝘭 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘮." (𝙃𝙍 𝘽𝙪𝙠𝙝𝙖𝙧𝙞). Ini memberi peringatan kepada umat Islam untuk memastikan sumber pendapatan dan simpanan kita tidak terlibat dengan perkara haram.
𝗞𝗪𝗦𝗣 𝗣𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵: 𝗔𝗹𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁
KWSP telah menyediakan akaun Simpanan Syariah mulai 1 Januari 2017, yang diuruskan sepenuhnya mengikut hukum syarak. Akaun ini dilaburkan ke dalam aset-aset yang patuh syariah sahaja, menjadikannya pilihan utama bagi umat Islam untuk menyimpan dengan berkat dan mendapat keredhaan Allah. Dalil : Surah Al-Maidah, ayat 2: "𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨-𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘰𝘴𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘴𝘶𝘩𝘢𝘯. 𝘋𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘬𝘸𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩; 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘉𝘦𝘳𝘢𝘵 𝘢𝘻𝘢𝘣-𝘕𝘺𝘢."
𝗠𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗞𝗪𝗦𝗣
Beberapa manfaat utama untuk ahli KWSP beragama Islam yang memilih Simpanan Syariah antaranya Mengelak dari Unsur Haram dan Syubhah, Persediaan Dana Ibadah Tanpa Keraguan, Ketenangan dalam Pengurusan Pusaka, Simpanan yang halal akan menjadi sumber berkat yang boleh diwariskan kepada ahli keluarga tanpa rasa ragu.
𝗦𝗲𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗵 𝗸𝗲 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵
Khatib mengajak semua umat Islam yang menjadi ahli KWSP agar segera beralih ke akaun Simpanan Syariah melalui i-Akaun atau kaunter KWSP. Beralih ke akaun patuh syariah bukan sahaja menjadikan simpanan kita lebih diberkati, tetapi juga mencerminkan ketakwaan dan usaha untuk mendapat reda Allah. Dalil : Surah Al-Baqarah, ayat 172: "𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯! 𝘔𝘢𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢-𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬 (𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘭𝘢𝘭) 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘣𝘢𝘥𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢-𝘕𝘺𝘢."
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻
Pemilihan KWSP patuh syariah sebagai langkah adalah untuk memastikan simpanan kita bebas dari unsur haram, seterusnya mencapai keberkatan dalam rezeki. Keputusan ini bukan hanya tentang mengumpul harta, tetapi juga memastikan kebajikan dan masa depan keluarga kita terjamin dengan simpanan yang diredai Allah SWT.
Alhamdulilah... pihak Jawatankuasa Surau Nur Iman IPD Ranau menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi berkongsi rezeki berbentuk makanan buat ahli jemaah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan usaha ini diberkati serta diteruskan dari semasa ke semasa.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
02/11/2024
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 "𝙂𝙀𝙈𝘼 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙉 𝙌𝘼𝙎𝙄𝘿𝘼𝙃" 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗣𝗨𝗥𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟯𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) - Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Semarak Cinta Rasul "Gema Selawat dan Qasidah" yang diadakan merupakan anjuran Surau Nur Iman Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024M. Majlis telah disempurnakan oleh YDH DSP Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau merangkap Penaung Surau Nur Iman IPD Ranau bersama isteri YBhg. Puan Sabaniah binti Lalunga selaku Pengerusi PERKEP IPD Ranau.
Objektif penganjuran majlis adalah untuk memperingati detik bersejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan menghayati sirah serta membudayakan sunah baginda dalam kehidupan seharian. Majlis ini juga bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan warga IPD Ranau dengan pelbagai aktiviti pengisian kerohanian dan keilmuan bagi mengeratkan silaturahim antara PDRM dan masyarakat.
Pengisian majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin, Doa Selamat dan solat Isyak berjemaah seterusnya persembahan Selawat dan Qasidah dari seramai 14 orang pelajar Madrasah Tahfiz Miftahul Ulul As-Sobirin, Kg. Sosondoton, Ranau yang dipimpin oleh Ustaz Junaidi bin Tipoi @ Sabirin. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian nasyid dari seramai 25 orang pela
jar Madrasah Tahfiz Al-Munawarah, Kg. Kigiok, Ranau dan kumpulan Nasyid IPD Ranau.
Diakhir majlis, YDH Ketua Polis Daerah Ranau bersama Pengerusi PERKEP IPD Ranau telah menyampaikan sumbangan peribadi dan cenderahati berbentuk peralatan alat tulis, kain pelikat dan kain batik kepada seramai 39 orang pelajar Tahfiz yang dijemput khas sebagai tanda penghargaan disusuli dengan sesi bergambar kenangan dan jamuan makan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Insp. Syairul Azri bin Hasbah (KBIPS) mewakili Pengerusi Surau Nur Iman IPD Ranau, Insp. Siti Junita binti Sutian (KBKA) Setiausaha Surau, Insp. Mohd Ikhsan Firdaus bin Azmi (Bendahari Surau), Ketua-ketua Bahagian, pegawai kanan Polis, Ketua Polis Balai, pegawai rendah Polis, pegawai awam, Ahli-ahli Jawatankuasa Surau Nur Iman, PERKEP IPD Ranau, pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz, serta masyarakat Islam sekitar Ranau dengan kehadiran keseluruhan seramai lebih kurang 150 orang.
Semoga dengan penganjuran ini dapat menyematkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur alhamdulilah, majlis telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya serta mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran warga IPD Ranau termasuk tetamu jemputan.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
25/10/2024
𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗡𝗨𝗥 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟮𝟮 𝗥𝗮𝗯𝗶𝘂𝗹𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 / 𝟮𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) - Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk "Mencari Rezeki Halal" telah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Abu Samah, Jheains Daerah Ranau / Imam Masjid Kg. Tagudon Lama, Ranau kepada warga kerja IPD Ranau serta masyarakat Islam sekitar Ranau. Teks khutbah Jumaat disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Khutbah mengupas tentang pentingnya umat Islam memastikan sumber rezeki yang diperoleh adalah halal dan diberkati.
Antara penjelasan intipati khutbah yang disampaikan adalah seperti berikut :-
𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗥𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗹
Dalam Islam, mencari rezeki halal adalah sangat dititikberatkan. Allah SWT hanya menerima amal ibadah dan doa daripada hamba-Nya yang memastikan sumber rezeki dan makanan mereka halal. Hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah menyatakan bahawa makanan, minuman, dan pakaian yang haram menjadi penghalang kepada penerimaan doa dan ibadah seseorang.
𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗘𝗿𝗮𝘁 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗥𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵
Islam menekankan bahawa pemakanan dan sumber rezeki yang halal bukan sahaja menjamin keberkatan dalam kehidupan, tetapi juga memberi kekuatan dan motivasi untuk melaksanakan amalan soleh. Ayat dari Surah Al-Mukminun (23:51) dan tafsiran oleh ulama seperti Ibnu Kathir dan Sheikh Tantawi mengingatkan kita bahawa pemakanan halal adalah asas untuk kekuatan dalam melaksanakan ibadah.
𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺
Islam memuliakan mereka yang berusaha mencari rezeki melalui titik peluh sendiri. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyatakan bahawa pekerjaan yang paling baik ialah hasil usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jualan yang dilakukan dengan baik (Riwayat Ahmad). Oleh itu, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan jujur, amanah, dan mengikut peraturan syarak mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah.
𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘂𝗵𝗶 𝗨𝗻𝘀𝘂𝗿-𝘂𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻
Islam melarang keras sebarang bentuk penipuan, rasuah, pecah amanah, pengurangan timbangan, dan apa sahaja amalan yang diharamkan oleh syarak. Amalan seperti ini akan merosakkan rezeki dan menghilangkan keberkatannya. Khutbah mengingatkan bahawa segala hasil rezeki kita akan dipertanyakan oleh Allah SWT kelak di akhirat.
𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻
Setiap muslim dituntut untuk melaksanakan pekerjaan dengan penuh kesungguhan, amanah, dan kejujuran. Keberkatan rezeki adalah hasil daripada pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas dan sesuai dengan perintah Allah. Mereka yang menjaga amanah dalam pekerjaan akan memperoleh rezeki yang diberkati dan membantu mereka lebih khusyuk dalam ibadah.
𝙁𝙞𝙧𝙢𝙖𝙣 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝘽𝙖𝙦𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙮𝙖𝙩 172
“𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯! 𝘔𝘢𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢-𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬 (𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘭𝘢𝘭) 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘣𝘢𝘥𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢-𝘕𝘺𝘢.”
Semoga kita semua terus berusaha mencari rezeki halal dan diberkati oleh Allah SWT. Mudah-mudahan, rezeki yang diperoleh menjadi sumber keberkatan dalam kehidupan kita dan keluarga.
Alhamdulilah... Terima kasih kepada para penyumbang yang sudi berkongsi rezeki berbentuk makanan buat ahli jemaah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan usaha ini diberkati serta diteruskan dari semasa ke semasa.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
24/10/2024
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡, 𝗧𝗔𝗛𝗟𝗜𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟮𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) - Jawatankuasa Surau Nur Iman Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau buat julung kalinya telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, dan Doa Selamat bersama warga kerja IPD Ranau beragama Islam bertempat di Surau Nur Iman IPD Ranau, Sabah.
Majlis ini dihadiri oleh ASP Khairun bin Zakaria, KCKD merangkap Pengerusi Surau, Insp. Syairul Azri bin Hasbah, KBIPS merangkap Timbalan Pengerusi Surau, Ketua-ketua Bahagian, pegawai kanan, Pegawai rendah Polis, pegawai Awam, PERKEP, AJK-AJK Surau Nur Iman serta anak-anak warga kerja IPD Ranau dengan kehadiran keseluruhan sepanjang majlis seramai lebih kurang 70 orang.
Objektif majlis ini adalah untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan warga kerja IPD Ranau, mengimarahkan Surau dengan aktiviti kerohanian dan keilmuan, memperbanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertasbih memuji kebesaran Allah S.W.T serta mengeratkan hubungan silaturrahim memuliakan malam yang penuh keberkatan.
Pengisian majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Surah Yasin, Tahlil, Doa Selamat, dan Solat Isyak berjemaah. Bacaan Yasin dan doa ini telah dipimpin oleh Ustaz Shahimi bin Hassan dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Ranau. Sejurus selesai majlis, jamuan ringan turut diadakan bersama para jemaah surau dalam suasana harmoni.
Semoga doa dan bacaan Yasin dapat diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT dalam meningkatkan mutu kerja serta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya daerah Ranau.
Majlis telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya serta mendapat sambutan yang baik dari warga IPD Ranau.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
12/10/2024
𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗡𝗨𝗥 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟭𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) - Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah S.W.T. Juga dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari, yang mana ianya merupakan hari yang diwajibkan kepada seluruh kaum muslimin (lelaki) untuk mengerjakan Solat Fardhu Jumaat dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca Surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat dan zikir-zikir yang lain.
Seperti dilakukan Rasulullah SAW, Jumaat bukan semata-mata meningkatkan ritual ibadah kepada Allah SWT, tetapi juga berbuat baik kepada sesama manusia seperti bersilaturrahim, berempati kepada orang yang menerima musibah, membantu mereka dan lain-lainnya.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan al-Qadla'i dan ibnu Asakir dari Ibnu Abbas disebutkan hari Jumaat sebagai: "Hajinya orang fakir." Kerana itu patut bagi kita untuk meluangkan masa dan meningkatkan motivasi dengan merenung diri dan bermuhasabah, menaikkan kualiti ibadah kepada Allah SWT, memperbaiki hubungan sosial, serta memperbanyak amal sunat lainnya.
Alhamdulilah, Surau Nur Iman IPD Ranau terus menjadi tumpuan oleh masyarakat setempat beragama Islam dari sekitar Pekan Ranau untuk menunaikan solat Jumaat. Para Muslimin dan Muslimat sekitar Ranau juga dialu-alukan untuk bersama-sama warga IPD Ranau dalam setiap program atau aktiviti keagamaan yang dianjurkan di Surau Nur Iman IPD Ranau.
𝙋𝙚𝙢𝙗𝙪𝙠𝙖𝙖𝙣 𝙥𝙞𝙣𝙩𝙪 𝙥𝙖𝙜𝙖𝙧 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙠𝙖𝙣𝙜 𝙄𝙋𝘿 𝙍𝙖𝙣𝙖𝙪 pada 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞 khususnya Pekan Ranau adalah atas inisiatif YDH DSP Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau agar memperkukuhkan lagi hubungan antara pihak Polis dan masyarakat setempat di samping mengimarahkan Surau serta meraih keberkatan melalui solat berjemaah.
Terima kasih kepada para penyumbang yang sudi berkongsi rezeki berbentuk makanan buat ahli jemaah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan usaha ini diberkati serta diteruskan dari semasa ke semasa.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
12/10/2024
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡, 𝗧𝗔𝗛𝗟𝗜𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟭𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) - Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, dan Doa Selamat bertempat di Surau Nur Iman IPD Ranau, Sabah.
Majlis ini dihadiri oleh ASP Khairun bin Zakaria, KCKD merangkap Pengerusi Surau, Insp. Syairul Azri bin Hasbah, KBIPS merangkap Timbalan Pengerusi Surau, Insp. Syed Muhammad Iqbal Bin Syed Yassin mewakili KBSJD IPD Ranau, ketua Bahagian, pegawai kanan, Ketua Polis Balai, Pegawai rendah Polis, pegawai awam, serta AJK-AJK Surau Nur Iman dengan kehadiran keseluruhan seramai lebih kurang 70 orang kalangan warga dan ahli keluarga IPD Ranau.
Objektif majlis ini adalah untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan warga IPD Ranau, mengimarahkan Surau dengan aktiviti pengisian kerohanian serta keilmuan, memperbanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertasbih memuji kebesaran Allah S.W.T serta mengeratkan hubungan silaturrahim serta memuliakan malam yang penuh keberkatan.
Pengisian majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Surah Yasin, Tahlil, Doa Kesyukuran, Doa Selamat, dan solat Isyak berjemaah. Bacaan Yasin dan doa ini telah dipimpin oleh Ustaz Shahimi bin Hassan dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Ranau. Sejurus selesai majlis, jamuan ringan turut diadakan bersama para jemaah surau dalam suasana harmoni.
Semoga doa dan bacaan Yasin tersebut dapat diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT dalam meningkatkan mutu kerja serta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya daerah Ranau.
Majlis telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya serta mendapat sambutan yang baik dari warga IPD Ranau.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
12/10/2024
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗡𝗨𝗥 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨 𝗕𝗜𝗟 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗜𝗯𝘂 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟭𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) - Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Nur Iman Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau Bilangan 3/2024 Sesi 2024/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama IPD Ranau. Mesyuarat pada kali ini buat julung kalinya telah dipengerusikan sendiri oleh YDH DSP Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau merangkap Penaung Surau Nur Iman IPD Ranau.
Turut hadir adalah ASP Khairun bin Zakaria, KCKD IPD Ranau merangkap Pengerusi Surau Nur Iman IPD Ranau, Insp. Syairul Azri bin Hasbah (Timbalan pengerusi), Insp. Siti Junita binti Sutian (Setiausaha), Insp. Mohd Ikhsan Firdaus bin Azmi (Bendahari), termasuk seramai 8 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis melibatkan semua bahagian dan Cawangan IPD Ranau.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis. Seterusnya,
pengerusi merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua AJK terlibat diatas kerjasama serta komitmen yang diberikan bagi menjayakan program pengimarahan Surau Nur Iman IPD Ranau
Bagi tempoh bulan Oktober 2024, pihak Jawatankuasa Surau Nur Iman IPD Ranau telah menganjurkan dua program iaitu Ceramah Agama sempena Maulidur Rasul 1446H/2024 peringkat IPD Ranau yang mendapat sambutan menggalakkan kehadiran seramai 200 orang. Manakala bagi program kedua, Jawatankuasa Surau Nur Iman IPD Ranau telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul S.A.W 14446H/2024M Peringkat IPD Ranau dengan mendapat Naib Johan dari penyertaan 41 Kontinjen keseluruhan.
Dalam mesyuarat ini, Ahli Jawatankuasa Surau Nur Iman IPD Ranau merancang untuk mengadakan 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗕𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗬𝗮𝘀𝗶𝗻, 𝗧𝗮𝗵𝗹𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗼𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂 pada 24/10/2024 dengan menjemput penceramah jemputan serta pelajar Maahad tahfiz kawasan Ranau bagi mengimarahkan lagi Surau Nur Iman IPD Ranau.
Objektif program yang akan diadakan ini diadakan adalah untuk memupuk rasa cinta kepada ibadah serta membina budaya berdoa kepada Allah S.W.T dan meningkatkan ukhuwah dalam kalangan warga IPD Ranau.
Diakhir mesyuarat, pengerusi sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua AJK dan berharap agar setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sistematik serta memberikan impak positif kepada seluruh warga IPD Ranau.
Mesyuarat telah berjalan lancar dalam suasana harmoni dan berakhir dengan baik.
"𝙋𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖"
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
12/10/2024
𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗦.𝗔.𝗪 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗣𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗔𝗵𝗮𝗱) - Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1446H/2024M merupakan acara tahunan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau dan Pejabat Daerah Ranau. Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat Daerah Ranau ini bermula dari Padang Pekan Ranau menuju ke Pekan Ranau yang dianggarkan sejauh 1.8 km dan berakhir di Dewan Masyarakat Ranau.
Objektif utama sambutan Maulidur Rasul S.A.W diadakan adalah bagi membuktikan rasa cinta kepada Baginda RASULLULAH S.A.W selain mengamalkan sunnah dan menjadikan baginda sebagai ikon sepanjang zaman. Ia juga sebagai salah satu program untuk memperingati dan mengenang kembali pengorbanan, akhlak serta perjuangan Rasulullah S.A.W.
Perarakan ini disertai lebih 2,000 ribu orang peserta melibatkan 41 buah Kontinjen dari pelbagai Jabatan dan Agensi kerajaan peringkat Negeri dan Persekutuan termasuk Masjid serta Sekolah kawasan Ranau. Sepanjang perarakan disemarakkan dengan alunan selawat oleh kumpulan peserta terlibat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S A.W dan bergema ketika perarakan dari Padang Pekan Ranau menuju ke Dewan Masyarakat Ranau.
Sebagai tanda sokongan bagi menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, perarakan ini turut disertai seramai 60 orang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau yang diketuai sendiri oleh YDH DSP Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau bersama ketua-ketua Bahagian, pegawai kanan, pegawai rendah Polis, pegawai awam, BAKA, serta PERKEP IPD Ranau. Turut serta adalah ASP Khairun bin Zakaria, Pengerusi Surau Nur Iman IPD Ranau bersama barisan ahli Jawatankuasa Surau Nur Iman yang sentiasa komited memberi sokongan terhadap apa jua aktiviti keagamaan di Daerah Ranau.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W pada tahun ini, kerajaan telah memilih tema “𝘼𝙡-𝙁𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙢𝙖𝙘𝙪 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞”. Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah S.A.W dan merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat. "𝘼𝙡-𝙁𝙖𝙡𝙖𝙝" membawa erti Kejayaan yang merangkumi kejayaan, kemenangan, kejayaan melalui gabungan pembangunan fizikal dan spiritual serta moral yang membentuk keseimbangan dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Acara kemuncak majlis berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun, Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N.37 Karanaan. Majlis ini disemarakkan dengan berselawat bagi menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Syukur Alhamdulilah.. Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau telah berjaya memenangi Naib Johan bagi kategori perarakan keseluruhan daripada penyertaan 41 kontinjen keseluruhan. Insya Allah.. IPD Ranau akan buat yang lebih baik pada perarakan tahun hadapan.
"𝙋𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖"
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
05/10/2024
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) - Program Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul 1446H / 2024M Peringkat IPD Ranau telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Al-Fadhil Ustaz Haji Rafaeh bin Md. Enarji, Pendakwah bebas / Pengerusi Mahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah Al-Yaakub Sandakan.
Program ini buat julung kalinya diadakan pada tahun ini atas inisiatif oleh YDH DSP Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau dan merupakan anjuran daripada Jawatankuasa Surau Nur Iman IPD Ranau Sesi 2024/2026 yang baharu dibentuk dengan kerjasama pihak BIPS / BAKA IPD Ranau. Antara yang hadir ialah ASP Khairun Zakaria (Pengerusi Surau) mewakili Ketua Polis Daerah Ranau, Insp Syairul bin Hasbah (Timbalan Pengerusi Surau), Insp. Siti Junita binti Sutian (Setiausaha), Insp Ikhsan Firdaus bin Azmi (Bendahari Surau), Ustaz Shahimi bin Hassan (Pegawai Surau/BAKA), Ustaz Muszamirul bin Mattersah (Ketua Biro Imam dan Bilal/BAKA) serta Ahli-Ahli Jawatankuasa tertingi Surau Nur Iman IPD Ranau.
Ceramah bertajuk "𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙄𝙠𝙤𝙣 𝙎𝙚𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙨𝙖" menyentuh tentang keperibadian, akhlak, dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW yang menjadikan baginda sebagai teladan dan ikon contoh dalam setiap aspek kehidupan sepanjang zaman. Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW atau lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul.
Antara intipati ceramah yang disentuh adalah mengenai kedatangan Nabi MUHAMMAD SAW di dunia ini membuatkan kita mengenal ALLAH SWT dan agama Yang benar, Nabi MUHAMMAD SAW adalah membawa rahmat seluruh alam yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada seluruh manusia, Hubungan kita dengan Nabi MUHAMMAD SAW adalah hubungan kerohanian seperti bersolawat dan sebagainya, dan Sesungguhnya akhlak Nabi MUHAMMAD SAW terletak di tempat paling mulia.
Sejurus selesai sesi ceramah telah diadakan penyampaian cenderamata oleh Pengerusi Surau Nur Iman IPD Ranau kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Rafaeh bin Md. Enarji sebagai tanda penghargaan. Diakhir program, diadakan sesi bergambar kenangan antara AJK-AJK Surau Nur Iman IPD Ranau dan Penceramah jemputan bersama dengan semua para jemputan di perkarangan Surau. Seterusnya, kesemua hadirin dijemput untuk menjamu selera di Dewan Serbaguna IPD Ranau.
Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 200 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP), Pegawai Awam, 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 IPD Ranau, Maktab Rendah Sains MARA (𝗠𝗥𝗦𝗠) 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗣𝗦) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔), Madrasah Tahfiz Al-Munawwarah (𝗠𝗔𝗪𝗔𝗥) Kg. Kigiok Ranau, Angkatan Belia Islam Malaysia (𝗔𝗕𝗜𝗠) 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, serta masyarakat Islam sekitar Ranau. Rata-rata respon masyarakat yang diterima mengharapkan agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Pihak Jawatankuasa Surau Nur Iman IPD Ranau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat diatas sokongan, sumbangan ikhlas , dan kebaikan dalam menjayakan program tersebut.
Syukur alhamdulilah... program telah berjalan lancar dalam suasana harmoni dan berakhir dengan baik.
"𝙋𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖"
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
04/10/2024
𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗡𝗨𝗥 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) - Hari Jumaat memiliki kedudukan yang istimewa berbanding hari lain. Umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan amalan kebajikan dan meningkatkan ibadah kerana ganjarannya yang berganda.
Alhamdulilah, kehadiran masyarakat Islam dari sekitar Pekan Ranau dan kawasan berdekatan menunaikan Solat Jumaat bersama warga PDRM di Surau Nur Iman IPD Ranau dilihat memberangsangkan selepas hebahan demi hebahan dibuat kepada masyarakat Islam sekitar Pekan Ranau.
Khutbah jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Kasminin bin Hamzah selaku khatib pada hari ini bertajuk "𝘼𝙈𝘼𝙉𝘼𝙃 𝘿𝙄𝙅𝘼𝙂𝘼, 𝙆𝙀𝙃𝘼𝙍𝙈𝙊𝙉𝙄𝘼𝙉 𝙏𝙀𝙍𝙋𝙀𝙇𝙄𝙃𝘼𝙍𝘼” menggunakan teks dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Turut diedarkan adalah risalah jemputan terbuka kepada para jemaah sempena Program Ceramah Agama Maulidur Rasul 1446H/2024M yang akan berlangsung pada hari ini jam 6 petang di Surau Nur Iman IPD Ranau. Penceramah jemputan ialah Al-Fadhil Ustaz Hj Rafaeh bin Md. Enarji yang merupakan Pendakwah Bebas / Pengerusi Mahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah Al Yakub Sandakan.
Pihak Jawatankuasa Surau Nur Iman IPD Ranau ingin mengucapkan terima kasih kepada jemaah yang hadir disamping sumbangan berbentuk makanan dan minuman saling berkongsi rezeki amat dihargai. Semoga usaha ini diberkati dan dimurahkan rezeki.
"𝙋𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖"
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
03/10/2024
𝙅𝙀𝙈𝙋𝙐𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙊𝙍𝘼𝙉𝙂 𝙍𝘼𝙈𝘼𝙄 🔊🔊🔊
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨
"𝙍𝘼𝙎𝙐𝙇𝙐𝙇𝙇𝘼𝙃 𝙄𝙆𝙊𝙉 𝙎𝙀𝙋𝘼𝙉𝙅𝘼𝙉𝙂 𝙕𝘼𝙈𝘼𝙉"
Tarikh : 4 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Surau Nur Iman, Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau
𝙋𝙚𝙣𝙘𝙚𝙧𝙖𝙢𝙖𝙝
Al-Fadhil Ustaz Haji Rafaeh bin Mohd Enarji, Pendakwah Bebas / Pengerusi Mahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah Al-Yaakub Sandakan.
𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢𝙞𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧 𝙍𝙖𝙣𝙖𝙪 𝙙𝙞𝙟𝙚𝙢𝙥𝙪𝙩 𝙝𝙖𝙙𝙞𝙧 ♥
Facebook : https://web.facebook.com/SurauNurImanIPDRanau/
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝
03/10/2024
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗡𝗨𝗥 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨 𝗕𝗜𝗟. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗜𝗯𝘂 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗻𝗮𝘂, 𝟯𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻) - Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Nur Iman Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau Bilangan 2/2024 Sesi 2024/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama IPD Ranau. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ASP Mohammad Khairun bin Zakaria, KCKD IPD Ranau merangkap Pengerusi Surau Nur Iman IPD Ranau.
Turut hadir ialah Insp. Syairul Azri bin Hasbah (Timbalan pengerusi), Insp. Siti Junita binti Sutian (Setiausaha), Insp. Mohd Ikhsan Firdaus bin Azmi (Bendahari), termasuk seramai 15 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, dan Pegawai Awam melibatkan semua bahagian dan cawangan IPD Ranau.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis. Seterusnya, pengerusi memulakan mesyuarat dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK Biro yang hadir diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan.
Dalam mesyuarat ini, pengerusi menyampaikan salam dari YDH DSP Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau selaku penaung Surau Nur Iman IPD Ranau kepada semua AJK disamping hasrat serta harapan beliau agar IPD Ranau turut terlibat dalam perarakan sempena Perarakan Maulidul Rasul 1446H/2024 peringkat Daerah Ranau.
Beberapa perkara lain turut dibincangkan antaranya perancangan menganjurkan program Ceramah sempena Maulidul Rasul 1446H/2024M Peringkat IPD Ranau, Cadangan Penambahbaikan Surau, serta perkongsian pandangan dari semua AJK Biro terlibat. Selain itu, turut diadakan adalah serah terima tugas dari Ustaz Muszamirul, Bendahari lama kepada Insp. Mohd Ikhsan Firdaus, Bendahari baharu Surau Nur Iman IPD Ranau.
Diakhir mesyuarat, pengerusi menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua AJK dan berharap agar kedua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sistematik serta efektif.
Secara keseluruhannya, mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dan berjalan lancar.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝
#𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶𝘕𝘶𝘳𝘐𝘮𝘢𝘯𝘐𝘗𝘋𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶
#𝘗𝘰𝘭𝘪𝘴𝘋𝘢𝘯𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘉𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Ranau