Alhikayat
Ada kisahnya
21/06/2022
"Tak kan Melayu hilang di dunia.. selagi mana Melayu beramal dengan agama Islam" - Hang Tuah
Merupakan Pahlawan Terutama pada zaman Empayar Melaka pada abad ke-15. Telah menewaskan pahlawan terulung dari Jawa iaitu Taming Sari semasa mempertahankan Empayar Melaka
Sebagai tanda mengingati Kepahlawanan Terunggul Hang Tuah pada abad tersebut, Al-Hikayat telah mengeluarkan Jersi Exᴄʟᴜsɪᴠᴇ Tᴇʀʙᴀʀᴜ Hᴀɴɢ Tᴜᴀʜ Pendekar Tᴇʀᴜɴɢɢᴜʟ khas untuk anda.
Dapatkan Koleksi 9x design 'Jati Diri Melayu' dengan Free Postage !
3pcs 100 / 7pcs 200
Klik link dibawah untuk dapatkan sekarang 👇
https://alhikayat.wasap.my
https://alhikayat.wasap.my
https://alhikayat.wasap.my
17/12/2021
"Tak kan Melayu hilang di dunia.. selagi mana Melayu beramal dengan agama Islam" - Hang Tuah
Merupakan Pahlawan Terutama pada zaman Empayar Melaka pada abad ke-15. Telah menewaskan pahlawan terulung dari Jawa iaitu Taming Sari semasa mempertahankan Empayar Melaka
Sebagai tanda mengingati Kepahlawanan Terunggul Hang Tuah pada abad tersebut, Al-Hikayat Store telah mengeluarkan T-Sʜɪʀᴛ Exᴄʟᴜsɪᴠᴇ Tᴇʀʙᴀʀᴜ Hᴀɴɢ Tᴜᴀʜ Pᴀʜʟᴀᴡᴀɴ Tᴇʀᴜɴɢɢᴜʟ khas untuk anda.
Dapatkan Limited Free Gift Keychain Keris Taming Sari untuk 50 yang terawal sahaja !
Klik link dibawah untuk dapatkan sekarang 👇
https://alhikayat.wasap.my
https://alhikayat.wasap.my
https://alhikayat.wasap.my
16/12/2021
JWN memaklumkan bahawa Sungai Batu akan dinaikkan selepas kajian selesai. Dengan perkembangan terbaru, kajian takkan selesai kerana penyelidikan juga akan dihentikan kerana Sungai Batu sudah bukan di bawah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) lagi dah. Kalau ada, sudah tentu ada juga berita tentang Sungai Batu dalam laman web PPAG. Hari ini Sungai Batu sudah tidak ada liputan atau berita atau info mengenainya dalam mana-mana web rasmi Kerajaan melainkan halaman ini. Kalau ada Alhamdulillah. Tetapi sehingga kini tak ada mana-mana jabatan Kerajaan dan sektor pelancongan swasta ingin mengambil data kajian Sungai Batu.
Dan Sungai Batu juga belum tahu lagi samada akan ada penyelidikan susulan atau tidak.
Halaman juga mendengar khabar angin yang Sungai Batu akan dimuziumkan dan mungkin akan diberi nama Muzium Sungai Batu. Kalau ini benar maka ianya bukan satu perkembangan yang sihat. Istilah muzium sahaja memberi input pameran mati sedangkan Sungai Batu bukan satu warisan yang patut dimatikan. Kisahnya ada. Nilainya ada. Pemangkin jatidiri bangsa yang unggul tidak boleh dimuziumkan.
Ianya harus terpahat menjadi satu KPI kepada bangsa Melayu moden untuk sama hebat dengan Melayu lama. Jika masih ada yang sangsi, sila nyatakan apakah nilai 2,000,000 tuyere Malaysia dengan 20 tuyere Perancis?
Hanya tinggal sebulan sahaja lagi nasib Sungai Batu akan tercatat. Samada akan terus penyelidikan atau akan jadi tempat lawatan kepada umum yang terbiar walaupun 'dijaga'.
Tidak akan ada apa dah jika penyelidikan dihentikan dan tugas kita sekian lama menjaga warisan akan sentiasa mudah. Iaitu menjaga. 100 tahun pun tugas kita hanya menjaga.
Kini nasib Sungai Batu terletak pada bangsanya. Sudah terang lagi bersuluh Sungai Batu takkan dinaikkan kalau bukan bangsanya sendiri. Tidak untung mana pun pada bangsa yang lain akan sejarah Melayu untuk diangkat tetapi pada Melayu, beratus ribu Hang Tuah baru akan ada dalam bangsa.
Benar. Sungai Batu tak mungkin akan ditutup tetapi peluang kita untuk mencari lebih banyak sejarah bangsa telah ditutup secara paling menyedihkan.
Sampai hari ini saya tertanya...siapa yang mahu menutup sejarah bangsa ini sebenarnya? Masih adakah tali barut Al Fonso yang ingin menawan Melaka?
Bercerita tentang usaha. Halaman terus berusaha mengetuk pintu-pintu laluan berjumpa PM sekuat-kuatnya. Dengan harapan masih ada peluang kerana Sungai Batu perlu dilanjutkan setelah dimulakan dan ditemui tamadun dunia baharu. Tetapi jawapan yang halaman terima, PM sedang sibuk untuk PRN.
Kita berkata ahli politik pelbagai tetapi kuasa 4 ahli politik menyebabkan perjalanan politik negara menjadi tidak menentu. Boleh kira apa yang terlepas dan salah satunya nasib Sungai Batu.
PRN bakal menelan belasan atau mungkin puluhan juta. Sedangkan PRU bukan lama sangat lagi dah.
Selama 14 tahun ini sebanyak RM19.5 juta (angka kiraan dari halaman) untuk menimbulkan Sungai Batu tetapi dalam jangka masa dua tiga bulan, atas nama politik, berbelas juta akan dibelanjakan untuk menentukan siapa yang berkuasa. Seiringkanlah dengan hal-hal lain termasuk Sungai Batu. Ramai yang sedang cari makan dan ramai juga menaruh harapan untuk tapak ini dibangunkan.
Bolehkah PM mendengar kisah pahit sejarah bangsa ini dan ambil tindakan yang sebaiknya?
15/12/2021
Hang Tuah Sebagai Tok Batin Orang Asli
Dicatatkan pada awal abad ke-20 oleh Skeat dan Blagden, terdapat satu rekod lisan daripada sumber Orang Asli tentang Hang Tuah. Pada awalnya ada seorang tok batin bernama Batin Bercanggei Besi yang tinggal di satu tempat bernama Pengkalan Tampoi. Pada suatu hari beliau telah berangkat ke Kelang dan tidak pulang-pulang sejak itu.
Kedudukannya sebagai ketua Orang Asli di Pengkalan Tampoi kemudiannya diambil oleh Hang Tuah, yang telah dijadikan sebagai Batin Pengkalan Tampoi. Beliau telah membina sebuah rumah di sebuah bukit yang menghadap ke Melaka dan apabila penempatan itu menjadi terlalu besar untuk menampung penduduk Orang Asli, Hang Tuah memutuskan untuk pergi ke selatan - ke arah Johor. Komuniti Orang Asli di sepanjang sungai Muar menetap di dua komuniti baru yang diasaskan oleh Hang Tuah, satu di kawasan pedalaman bernama Benua Dalam dan satu lagi di pesisir pantai bernama Benua Laut Jagun. Suatu hari orang Melayu dari Kedah menuntut tanah yang diduduki oleh Orang Asli di Pengkalan Tampoi.
Penduduk tempatan menolak dan serangan pun berlaku di mana Orang Asli akhirnya dikalahkan. Anak lelaki Hang Tuah, yang bernama Hang J***t dan Hang Ketuwi (Kasturi dalam bahasa Melayu) adalah ketua penempatan di sebelah timur dan utara Pengkalan Tampoi. Bersama-sama pengikut mereka, mereka melarikan diri ke selatan.
(Perhatikan, nama anak-anak lelaki Hang Tuah adalah nama para sahabat Hang Tuah dalam sumber Melayu seperti Hikayat Hang Tuah)
Sementara itu, seorang lagi anak lelaki Hang Tuah di Kelang mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang ketua Minangkabau yang menetap di hilir sungai. Anak perempuan Hang Tuah menjadi batin di Muar dan anak bongsunya menjadi batin di Sungai Ujong. Hang Tuah dan keturunannya menjadi batin pengasas di Sungai Ujong, Kelang, Johor dan Melaka.
Ketika Hang Tuah dan keturunannya mati (mungkin dimaksudkan sebagai tidak lagi memegang jawatan batin atau, keturunannya sudah tidak dapat dikesan lagi akibat perkahwinan campur atau berpindah ke tempat lain), Orang Asli tidak lagi menikmati hak istimewa memilih batin dengan kuasa dan tugas yang sebelumnya dipegang oleh keluarga Hang Tuah.
Cerita ini mengandungi beberapa perkara tersirat:
1) Memori tentang Hang Tuah wujud dalam rekod lisan Orang Asli
2) Hang Tuah dalam kebanyakan sumber Melayu digambarkan sebagai keturunan Orang Laut dan biasa dengan laut sehingga dilantik menjadi Laksamana. Ketrampilan Hang Tuah dalam empayar Kesultanan Melaka memungkinkan beliau layak menjadi ketua kepada kelompok Melayu Asli seperti Orang Laut dan menaungi komuniti Orang Asli yang lain ketika itu
3) Hubungan Orang Laut dan Orang Darat adalah rapat dari segi sosioekonomi dan perkahwinan campur adalah perkara biasa. Oleh itu Hang Tuah dianggap layak menjadi batin dan memimpin komuniti Orang Asli
4) Penempatan Orang Asli yang dicatatkan telah wujud di beberapa tempat di semenanjung ketika dulu
Rekod tentang diri dan ketokohan Hang Tuah dalam kedua-dua sumber Melayu dan Orang Asli adalah suatu bukti menunjukkan tidak mudah untuk mendongengkan Hang Tuah hanya semata-mata melalui permainan filologi di dalam bilik berhawa dingin. Orang yang benar-benar ingin mengetahui rahsia manusia, perlu terjun ke dalam rentak dan nadi sejarah manusia dan menanggapi setiap catatan dan pensejarahan tempatan tanpa mengalami sikap 'inferior' atau berat sebelah mahupun sebarang prejudis.
~Srikandi
Dayang Angin of Lower Perak
Saktimuna: https://bit.ly/3nzezx0
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
39a Jalan Setia Rawang 1, Taman Setia
Rawang
48000