SBPI Rawang - Rasmi

SBPI Rawang - Rasmi

Share

Sepintar adalah akronim bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG.Ditubuhkan pada bulan Jun 2002.

22/05/2026

SIARAN LANGSUNG KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SBPI RAWANG 2026

https://www.youtube.com/live/wcvrCuMq92Q?si=219H7F_HhxQ_2HMk

09/05/2026

Tonton Majlis Anugerah Kecemerlangan 2026 SBP Integrasi Rawang Kali Ke-25 secara langsung di Youtube

🎥 https://www.youtube.com/watch?v=DCF3cienDKQ

Photos from SBPI Rawang - Rasmi's post 06/05/2026

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan gembira, dimaklumkan bahawa SEPINTAR berjaya merangkul 4 anugerah di dalam 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗖𝗶𝘁𝗿𝗮 𝗣𝗣𝗗 𝗚𝗼𝗺𝗯𝗮𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟱 yang berlangsung di Institut Kraf Negara Templer pada 5 Mei 2026.

Tahun ini 3 unit PBB SEPINTAR mendapat Anugerah Khas. Iaitu Unit Kadet Bomba, PPIM dan KRS. Tahniah semua guru penasihat unit tersebut. Dedikasi dan komitmen guru akhirnya Allah ganjari dengan anugerah tersebut. Terima kasih Cikgu
❤️❤️❤️❤️❤️

Berikut anugerah yang diperolehi:

1. Anugerah Pencapaian Kemenjadian Murid Kokurikulum Program Pengantarabangsaan PPIM Daerah Gombak 2025 di Banda Aceh.

2. Anugerah Pencapaian Sekolah Cemerlang Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2025.

3. Anugerah Pencapaian Kemenjadian Murid Kokurikulum
Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025
- Keseluruhan Tempat Ketiga.

4. Anugerah Pencapaian Pegawai Cemerlang
Pertandingan lKawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2025
(Pegawai Teknikal KRS)
- Ustaz Azreen Syah bin Haron

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua guru penasihat Unit PPIM, Kadet Bomba dan KRS (Ustaz Azreen).
Semoga Unit PBB Sepintar terus cemerlang tahun ini dan mendatang. Ayuh cikgu terus berusaha demi kemenjadian anak murid Sepintar.

Terima kasih Cikgu.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹

05/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Addib Rayyan bin Noor Muhammad Rais kerana telah berjaya khatam hafazan 30 Juzuk al-Quran. Semoga anakanda terus istiqamah murajaah hafazan dan mengamalkan ajaran berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

بارك الله فيك

Want your school to be the top-listed School/college in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
Rawang
48020