Get It Tuned
Kami merupakan satu-satunya syarikat milik Bumiputra yang menyediakan, menjual & memasang Set Suspensi Adjustable secara pakej suai-padan di Malaysia.
Isu bunga tayar pecah ni, pergi mana² tempat parking kereta pun mesti boleh jumpa kereta yang ada isu ni.
Terlalu mudah untuk dijumpai.
Jika ditanya pemandu, mesti dia akan cakap: Tayar bunyi bising, steering rasa ringan/kosong/melilau, pada kelajuan tertentu steering akan bergegar. Ada juga yang penat pegang steering, steering melilau.
Ini ciri utama.
Kesan kecacatan geometri ni, memang sangat besar. Menyebabkan orang salah sangka, anggap masalah absorber, dah tukar tapi sama sahaja. Anggap masalah driveshaft, dah tukar pun sama. Anggap masalah Steering Rack, dah tukar pun masih sama.
Ada yang tukar tayar lebar, pun masalah tak selesai.
Jajaran bukan soal asalkan steering lurus, tapi 3 perkara WAJIB SEJAJAR, pada 1 titik pertemuan yang sama tepat. Barulah sedap memandu, brek cengkam, steering rasa padat, bunga tayar rasa lebar, kereta tak membuai, dll.
1️⃣ Chasis.
2️⃣ Steering.
3️⃣ Daya Penggerak.
Jika hanya chasis lurus, steering “macam lurus”, tapi Daya Penggerak tu bersepah, memang tak berguna pun naik dyno, pasang turbo, pasang bar, upgrade brek, dll.
Banyak kedai lansung tak faham steering lurus tu maksudnya macam mana. Sekadar luaran, tapi daripada dalaman, lansung tak dipeduli.
Bunga tayar akan pecah. Kenapa? Sebab konflik antara 3 titik penting tersebut menyebabkan tayar mengalami seretan. Sepatutnya tayar hanya berputar, dengan daya seret minima. Tapi ia diseret. Sebab itulah bunga tayar pecah.
Patut boleh pakai lama. Tapi bunga cepat habis.
Masih tak faham? Tak pelik. Sebab memang geometri ni tak mudah. Tapi kami ™️ ™️ dah tahu apa yang perlu dilakukan.
Kesannya? Baru sedap memandu. Kereta lama pun jadi tegap. Tak semestinya kena tukar baru.
Benda ni kena pegang steering. Baru boleh faham.
Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.
Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.
02/04/2026
Sesiapa yang percaya semua berpunca daripada bush, dah berapa ramai yang tukar satu set Steering Rack baru pun, isu steering tarik sebelah/tak seimbang/berkaitan jajaran tetap tak selesai.
Ada juga yang dah “upgrade bush”, pun tiada perubahan.
Tapi itu lah. Kalau kami tulis panjang² pun, tetap orang akan fokus pada benda yang berkaitan PENUKARAN.
Kita tulis banyak kali tentang KETEPATAN & KOMBINASI, tapi orang baca macam kami lansung tak pernah sebut pasal ni. Nak jugak fokus tukar barang/beli baru/upgrade/jenama.
Isu berkaitan geometri & jajaran ni sangat halus & teknikal. Bukan mudah untuk faham. Pakai mesin apa pun, tetap takkan difahami kalau tiada asas yang diperlukan.
Perlu betul² tahu & fahan tentang anatomi sesebuah model kereta, secara tepat, teknikal & MENYELURUH.
Bukannya tiba² je buat jajaran. Tiba² je pakai benang. Tiba² je upgrade bush. Tiba² je tukar baru.
Ya. Memang ada yang main teka teki & nasib² selesai masalah. Tapi yang tak selesai tu, lagi ramai.
Ada yang baru tukar bush baru pun, kami terus cabut buang, buat yang custom fit, lepas tu yang lain pun kena sejajar juga. Bush yang “baru” tu cuma ada status, tapi lansung tiada nilai spesifikasi yang diperlukan.
Ada set disiplin lengkap, kepala sehingga kaki, semua kena cek & pastikan cukup syarat.
Barulah masuk bab Jajaran. Barulah masuk akal. Bukan kerja 30minit. Ada yang seharian. Ada yang kena tinggal kereta. Ini BUKAN JAJARAN BIASA.
Selepas dah betulkan struktur, nanti brek pun jadi seimbang. Bunyi pelik tak jumpa pun boleh hilang. Steering bergegar masa laju pun hilang. Macam² benda yang selama ni rasa tak kena, tak jumpa punca, terus jadi lain. Macam dapat kereta baru atau “unlock new features” padahal dah lama guna kereta yang sama. Tak pernah “discover” keupayaan sebenar jentera sendiri.
Asik anggap ini semua normal. Normal steering tarik. Normal kereta murah. Normal kereta tempatan. Normal kereta lama. Padahal tiada kaitan lansung.
Yang pakai kete lama, rasa nak kena tukar kereta baru. Yang baru dapat kereta, rasa menyesal sebab tak sedap pegang steering. Macam mana?
Sila Klik Http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.
Terima Kasih🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No.45 Jalan Bayu Permai 5, Taman Bayu Permai,
Rawang
48000