Cita Rasa Terbaik Rihan Katering

Cita Rasa Terbaik Rihan Katering

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cita Rasa Terbaik Rihan Katering, Food & Drink, Pasar Bukit Sentosa, Rawang.

26/04/2025

AYAM KUKUS GORENG BEREMPAH

Bahan Utama

Goreng celur daging ayam
1 ekor ayam
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
garam secukup rasa
5 tangkai daun kari

Bahan Untuk Kisar Halus
6 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 inci halia

Cara untuk masak:

1.Bersihkan ayam dan toskan.

2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.

3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak

31/07/2024

RESEPI NASI DAGING PART 2

Penyediaan:

Potong-potong daging dan rebus hingga empuk. Beras basmathi basuh bersih dan rendam selama setengah jam. Sementara menunggu boleh siapkan air asam dulu.

Kisar bahan dengan tanda (*). Panaskan minyak dan minyak sapi.

Tumis 4 sekawan. Masukkan bahan kisar dan kiub ayam. Tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan serbuk kurma yang dilarutkan air sedikit. Masuk daun ketumbar dan pandan. Kacau sebentar.

Masukkan air rebusan daging dan susu cair. Perasakan dengan garam.

Toskan beras. Susun daging ke dalam periuk nasi. Dan tuangkan air tumisan. Jangan gaul ye. Ratakan sikit. Terus masak. Bila dah masak tunggu tanak sekejap barulah dikais nasi. Barulah cantik nasi, gebu, berderai dan tak patah.

14/07/2024

KATERING BAJET RM7.00 SAHAJA!!!

Perhatian kepada semua warga bukit sentosa dan bukit beruntung serta hulu selangor kami ingin menawarkan tempahan terendah katering untuk pelbagai majlis rm7.00 untuk 1 kepala TERMASUK AIR guys!!! (add on rm1 lagi dapat buah-buahan)

JENIS MENU:
1. Nasi Lemak Biasa RM 1.00
2. Nasi Lemak Aneka Lauk RM 5.00
3. Nasi Ayam Madu
4. Nasi Ayam Berempah
5. Nasi Ayam Kepsi
6. Nasi Tomato
7. Nasi Hujan Panas
8. Nasi Goreng Ayam

JENIS LAUK:
1. AYAM GORENG BEREMPAH
2. AYAM MASAK MERAH
3. AYAM SAMBAL HIJAU
4. DAGING MASAK HITAM
5. PELBAGAI LAUK SAMBAL MERAH

https://Www.wasap.my/60183411715
https://Www.wasap.my/60172573265
https://Www.wasap.my/60172945098

27/04/2024

RESEPI NASI HUJAN PANAS

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan untuk nasi:
3 cwn beras basmathi
1-2 sb minyak masak
1-2 sb mentega
1-2 sb minyak sapi
Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 3 cengkih, 4 buah pelaga)
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 helai daun pandan
2 cwn susu cair
2 1/2 cwn air
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
1-2 sk gula
Sedikit pewarna kuning
Pewarna merah
Pewarna hijau
Bahan-bahan untuk acar:
1 batang timun
Sepotong nenas
1 biji bawang merah besar
4-6 tangkai cili padi
2 sb gula
1-2 sk garam
Jus lemon atau cuka makan

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Pasar Bukit Sentosa
Rawang
48300