Mr. Lah Soya

Mr. Lah Soya

Share

Soya segar. Taufufa lembut. Tauhu kampung. Dari dapur mak, ke gerai jalanan. Yang datang beli… kadang pulang dengan senyuman menghasilkan soya dan taufu fa bermutu

16/01/2026

Dalam kepala nampak duit masuk.
Dalam realiti: berdiri panas, kosong tak ada sale.

“Saya nak tahu lanjut pasal soya bang.”

Tak sangka.
Post semalam, ada orang tekan WhatsApp.
Terus tanya nak niaga.

Kawan,

Jangan percaya sangat apa yang nampak cantik di media sosial.
Itu cuma satu sudut.
Satu frame.

Yang busuk?
Kita sorok bawah karpet.
Macam budak malas bila mak suruh sapu rumah.
Sampah tak buang.
Sapu ja, sorok bawah karpet.

Ada yang teruja.
Terus whatsap nak ambil soya.
terbayang duit masuk.

“Kalau habis, fuhh kaya.”

Realiti Syamil dan Nadhir tak macam tu.

Payung buruk.
Meja besi lama campur papan terpakai.
Niaga tepi jalan yang orang lalu pun tak pandang.

Dari mata kasar,
dah kalah sebelum bertanding.

Cerita semangat memang sedap dengar.
Tapi realiti bermula bila kau berdiri bawah panas,
dan tunggu customer yang tak kunjung singgah.

bawa air tak sampai satu balang, tu pon tak habis.
Taufufa satu tong kecil tak jalan.
Modal tak balik.
Upah diri sendiri pun tak lepas.

Harapan nak simpan duit?
Tinggal angan.

Bila hujan turun,
boleh jadi semua tertiarap.
modal hangus.

Kat sinilah ramai berhenti.
Bukan sebab bisnes tu salah.
Tapi sebab mental tak bersedia.


“Syamil, jangan mati kutu. Fikir.”
“Nadhir, jangan tunggu nasib. Bertindak.”

Sebab orang yang masuk dunia tindakan,
minda dia akan menyala.

Minggu ni makan modal.
Jangan mengeluh.

Inilah liku kecil kehidupan.
Kalau pengalaman ni kau simpan betul-betul,
dia jadi tulang belakang masa depan.

Payung nak terbang?
Letak pemberat tong ais kat kaki.

Ada modal sikit,
upgrade canopy.
upgrade mana yang utama dulu.

Kalau kau masih boleh baca sampai sini tanpa lari,
kau sebenarnya bukan jenis cepat menyerah.

Bisnes ni bukan tentang nampak cantik.
Dia tentang tahan lama
bila tak cantik langsung.

Aku tak cerita semua di sini.
Yang faham, dia faham.

16/01/2026

Lepasan SPM.
Dunia senyap-senyap mula menguji

Ada sela masa sebelum sambung pengajian.
Masing-masing memilih jalan.

Ada kejar ruang glamour media sosial.
Ada kerja selesa di bawah aircond.
Ada juga yang berdiam di rumah,
menunggu masa bergerak sendiri.

Syamil dan Nadhir memilih untuk berpeluh
di bawah payung niaga jalanan.
Panas. Letih.
Tangan melekit air soya.

Walaupun sekej*p,
mereka belajar satu perkara awal:

Pengalaman tak datang kepada orang yang menunggu.

Payung jalanan bukan jalan lurus.
Tiada manual.
Tiada siapa beritahu apa perlu dibuat.

Bila angin ribut datang,
tak ada siapa pesan supaya pegang payung.
Kalau terbang,
itu tanggungjawab sendiri.

Awal niaga laku sikit, sebab orang nak support nak cuba, seronok hati merasa "eh boleh nii"

kemudian air soya mula kurang laku.
Bukan sebab pelanggan berubah,
tapi kualiti yang menurun.

Ais cair.
Rasa berubah.

Tak ada siapa menegur.
Pasaran tak pernah marah.
Ia cuma berhenti membeli.

Di situlah pelajaran sebenar bermula.
Tak jaga kualiti,
pasaran menghukum tanpa suara.

Anak muda,
di mana pun titik kamu berdiri hari ini —
itu bukan hukuman.
Itu latihan.

Latihan untuk kekal beri yang terbaik
walau tiada siapa memerhati.
Walau tiada siapa memuji.

Kerana dunia sebenar
sentiasa menilai dalam diam.

07/10/2025

meniaga macAm biasa.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Rawang
48020

Opening Hours

Monday 15:00 - 21:00
Tuesday 12:00 - 19:00
Wednesday 15:00 - 21:00
Thursday 12:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00