Pinnacle Engineers Sdn. Bhd.
Engineering Consultant Firm - Civil, Structure & Environmental
26/07/2025
Kolam Banjir Taman Mutiara Bukit Raja, Klang, Selangor
Lawatan mengejut oleh Pengarah JPS Selangor, Dato Ir Hj Nazri Yasmin utk melihat kemajuan kerja di tapak.
01/10/2024
ππππππ ππππππππππ πππππ πππ πππππππππππππ πππππ ππππ
Majlis Penyerahan Kunci dan Pengoperasian PUTRA ASLI pada 1 Oktober 2024, disempurnakan oleh YBhg Datoβ Hajah Sapiah binti Datoβ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA.
Turut hadir adalah Tuan Hj Mohd Iskandar Budiman bin Datoβ Mohd Ariff, Timbalan Pengarah Kejuruteraan FELCRA, Encik Muhamad bin Abu Bakar, Pengarah PSE JAKOA, Encik Rozkhaidi bin Othman, Pengarah PMK JAKOA, Pengarah-pengarah Negeri dan Bahagian JAKOA serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi KKDW.
Projek yang dilaksanakan oleh FELCRA ini berkeluasan lebih 3 ekar dengan kos bernilai RM12 juta ini dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, asrama penginapan lelaki dan perempuan, surau, rumah warden, pondok pengawal dan kawasan riadah terbuka.
Pinnacle Engineers Sdn. Bhd. berbangga dapat turut serta selaku perunding utama kepada projek ini.
16/07/2024
Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU (Steering Committee) bagi Kajian National Water Balance Management System (NAWABS) bagi Lembangan Sg Kuantan Dan Sg Pahang.
Mesyuarat ini bagi membincang dan meluluskan Deraf Laporan Akhir (Draft Final Report) kajian yang telah disediakan oleh pihak Pinnacle Engineers Sdn. Bhd.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato Rozman, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia Ianya turut dihadiri oleh pelbagai agensi dan juga pemegang taruh (stakeholders).
Laporan diterima dan diluluskan, dengan penambahbaikan.
Alhamdulillah.
02/07/2024
Iklan Jawatan Kosong!!
Pinnacle Engineers Sdn Bhd, sebuah firma Perunding Kejuruteraan Awam beroperasi di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor,
mempunyai kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Penolong Jurutera Awam
2. Jurutera Awam
Calon2 yang berkelayakan dipelawa untuk memohon.
Syarat:
* Minima diploma/ degree in Civil Engineering
* Mahir menggunakan AutoCAD 2014 (minimum)
* Fresh graduate atau berpengalaman 1-2 tahun
* Mahir dalam pengurusan lukisan dan dokumen Tender/ Submission atau seumpamanya
* Boleh bekerja dengan pengawasan minimum dan dibawah tekanan masa
* Mempunyai lessen memandu D
* Boleh bekerja lebih masa
* well-versed in MSMA & ESCP is an added advantage
KEUTAMAAN KEPADA YANG TINGGAL DI SEKITAR RAWANG
Sila emailkan resume lengkap bergambar (tiada gambar, tidak dilayan), nyatakan gaji sekarang dan gaji dipohon kpd:
[email protected] dan [email protected]
(utk perhatian Ir Hj Rosham Kadiman / Pn Julia)
Sila nyatakan jawatan dipohon pada tajuk email.
Permohonan ditutup pada 10/7/2024.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian HR Pn. Julia 03 - 6034 3262
** Pihak kami tidak terikat untuk memanggil dan mengambil bekerja sesiapa yang telah menghantarkan surat permohonan.
** Hanya calon terpilih akan dipanggil utk ditemuduga.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
67-2-A, Jalan 7A/3, Medan Puteri Shops, Bandar Tasik Puteri
Rawang
48020
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |