Masscomm Uitm Kampus Rembau - FB Rasmi

Masscomm Uitm Kampus Rembau - FB Rasmi

Share

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kampus Rembau. Program:
MC110
MC243

21/04/2026

Assalammualaikum WBT
‎السلام عليكم & Salam Sejahtera

Salam Malaysia Madani!
Salam UiTM Dihatiku!
_Hello from MassComm_

Pemakluman Program Misi Akademik FKPM 2026

Selamat datang Dekan dan barisan pengurusan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ke UiTM Kampus Rembau!

Sukacita dimaklumkan Program Misi Akademik bagi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 29 April 2026| Rabu
Masa : 11.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Biduandan UiTm Kampus Rembau

Kehadiran bagi pelajar Diploma Komunikasi dan Media (MC110) semester 3 dan semester 4 adalah wajib dan dialu-alukan kehadiran semua warga fakulti.

Program yang dianjurkan ini bertujuan meningkatkan sinergi kebersamaan antara warga fakulti secara keseluruhannya. Pelbagai aktiviti dirancang agar pertemuan ini menjadi platform perbincangan hala tuju warga FKPM.

InsyaAllah, jumpa semua di sana!

Sekian, terima kasih.

_*UNIT KORPORAT FAKULTI*_
_Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional_
‎اوسها تقوى موليا




masscommrembau

05/04/2026

Assalammualaikum WBT
‎السلام عليكم & Salam Sejahtera

Salam Malaysia Madani!
Salam UiTM Dihatiku!
Hello from MassComm

Selamat Datang Cik Junita Jamaludin, Bendahari UiTM ke UiTM Rembau.

FKPM sangat menghargai lawatan Cik Junita ke UiTM Rembau dan khususnya agenda lawatan ke fasiliti-fasiliti FKPM - Bilik Mini Tayangan, Studio TV, Studio Radio, Studio Berita dan Bilik Suntingan Audio Visual.

Terima kasih sudi mendengar cadangan penambahbaikan serta penyelenggaraan peralatan dan ruang FKPM demi menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar fakulti ini.

UiTM di Hatiku.

Ikhlas,
UNIT KORPORAT FAKULTI
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
‎اوسها تقوى موليا




masscommrembau

12/01/2026

(Terkini) Jadual waktu ujian akhir bagi sesi 20254 MC110, mohon maklum terima kasih.

Photos from Masscomm Uitm Kampus Rembau - FB Rasmi's post 12/01/2026

Sekitar program Audit Pematuhan Pemantauan Akademik IQA04-MC243 Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM Kampus Rembau yang berlangsung baru-baru ini.

31/12/2025

Assalammualaikum WBT
‎السلام عليكم & Salam Sejahtera

Salam Malaysia Madani!
Salam UiTM Dihatiku!
_Hello from MassComm_

*TAHNIAH DAN SYABAS!!!*

Tahniah dan syabas kepada *Dr. Siti Nasarah Ismail, Puan Noryusnita Ramli dan Puan Nur Alyani Mohd Shukri* di atas lantikan sebagai *Penceramah Program Pasca Peperiksaan* anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan.

Semoga FKPM terus memacu kecemerlangan di masa hadapan!

Sekian, terima kasih.

_*UNIT KORPORAT FAKULTI*_
*Globally Renowned, Locally Rooted*
‎اوسها تقوى موليا

Want your school to be the top-listed School/college in Rembau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
Rembau
71300