ACE RICH FARM

ACE RICH FARM

Share

Penternakan Kambing, Lembu dan sebagainya. Berkongsi sedikit ilmu masakan yang bersesuaian.

04/06/2024

Keputusan Pertandingan Teka Harga Kambing oleh Argrow Farm!

1. Harga kambing Boer Full Blood callsign 'Black' ini bernilai..RM65,700! Harga dimaklumkan sendiri oleh pihak Veterinar. Namun ianya bukan yang paling mahal pernah dijual dipasaran. Ada seekor lagi kambing yang serupa dengannya, callsign 'Cyclone' dijual dengan harga RM85,000 pada tahun 2022! Bukan biasa-biasa harganya. Dah boleh beli kereta Honda City cash tu. Huhu. Diumumkan 3 orang pemenang bertuah. Dimaklumkan tadi pemenang hanya satu, tapi ada rezeki lebih, kita kongsi lebih. Nama pemenang seperti berikut:

Ahmad Nurudin Juhari
Putre Uddin
Hazwan Wan Mc

PM saya di talian 01129592319 ya. Untuk urusan pemberian hadiah hehe.

2. Baka Boer tergolong dalam keluarga kambing (goat), di kenali sebagai kambing pedaging. Ini kerana isinya yang tebal dan lemaknya agak minimum, namun rata dengan komposisi daging. Kulitnya nipis dan berbulu halus. Tahan penyakit dalam pelbagai cuaca. Kebiasannya mempunyai badan putih dengan kepala coklat/koko. Mungkin antara sebab Black ni mahal sebab warna dia Rare dan cantik.

3. Berasal dari Afrika Selatan, Boer sebenarnya bermaksud Kambing petani dan diternak oleh penternak disana lebih dari 100 tahun yang lalu. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi. Boer selalunya melahirkan anak melebihi dari seekor iaitu kembar ataupun 3 ekor dalam 1 pusingan kelahiran.

4. Manakala Pure Blood merujuk kepada haiwan yang 100% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain. Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf. Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar ‘full-blood’.

5. Kenapa harganya mahal? Sebab demo kenal bare..Haha... Baka yang baik akan melahirkan keturunan yang baik. Seekor 'bapak kandang' mampu membuntingkan sekurangnya 25 ekor betina boer or kacukan dengan baka yang lain. Anaknya juga akan mengikut genetik yang paling kuat, iaitu bapaknya. Harganya p**a bukan sewenangnya diletak sedemikian. Beliau ini telah melalui ujian makmal mengesahkan kekuatan genetik dan ketulenan darahnya sebagai pria kandang antara yang terhebat. Malah bebas dari penyakit. Haha

6. Bayangkan.. hasil hubungan halal dan direstui yang terjalin dengan 25 ekor betina itu menghasilkan 25 hingga 50 ekor anak bagi sekali pusingan yang memiliki ciri setidaknya 50% sama dengan bapaknya. Akan lahirlah anak-anak cross Boer F1 yang beratnya minimum 50Kg++. Untuk ternakan pedaging ni, sifir kiranya adalah makin berat ternakan, makin mahal harganya. InshaAllah.

7. Dan bagi baka-baka seperti ini, selain jualan daging memang ada harganya dipasaran. Dah jadi bapak kandang setahun, boleh dijual kepada kandang lain p**a hehe. Tak boleh duduk kandang yang sama lama-lama. Nanti inbreeding (sumbang mahram), ternakan akan makin mengecil dan terbantut..

Jom sama-sama belajar menternak😀



Pengusaha
ACE RICH FARM
🇲🇾🫡

18/05/2024

Sekiranya berminat bersama perjuangan kami di Argrow Farm dan semua cabang perniagaan kami di Afdal Rezeki Sdn Bhd, boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut.

http://www.wasap.my/601129592319/ARGROWPROJECT

Pengusaha
ACE RICH FARM
😊🫡🇲🇾

18/05/2024

Teh tarik session dengan orang kuat Surau Peserai Darat, Batu Pahat. Perancangan bagi pelaksanaan ibadah Korban 2024 tahun ini. InshaAllah ternakan dari Argrow Farm🫡 Semoga dipermudahkan🇲🇾😊

17/05/2024

Maintenance of Morale 🏡🐐🐂🐄🏡

1. Kondisi moral yang baik adalah keadaan minda yang positif yang lahir dari ketenangan, kegembiraan dan kemahuan hidup yang dipenuhi. Dalam dunia penternakan, moral binatang ternakan perlu dijaga sebaiknya agar ia sihat menjalani kehidupan dan menjalani proses tumbesaran yang terbaik. Oleh itu moral ternakan perlu dijaga setiap hari.

2. Moral penternak? Hang jaga la sendiri🤣Gurau je. Moral penternak juga akan baik apabila ternakannya membiak dengan baik, sihat dan besar fizikalnya serta akhir sekali menepati tujuannya untuk ternakan dijual dengan harga yang tinggi. Dompet yang tebal bukan sahaja mengembirakan penternak, malah keluarganya juga ada meningkat naik moralnya🤣

3. Bagi ternakan, selain kandang yang bersih dan selesa, antara perkara yang boleh menjaga moral dan menjadikan ternakan lebih ceria adalah sumber MAKANAN. Lumrah menjaga kehidupan, makanan adalah perkara yang paling penting yang menentukan kesihatan dan kesejahteraan ternakan. Kos makanan juga merupakan kos utama dalam proses ternakan kerana ia penyumbang utama kepada kos operasi.

4. Bagi sistem ternakan intensif (berkurung), nak taknak bekalan makanan perlu disediakan setiap hari. Keperluan jumlah makanan p**a perlulah bergantung kepada jumlah dan saiz ternakan. Untuk mudah faham, langkah pertama kirakan keperluan makan 1 ekor ternakan dahulu, kemudian jumlahnya digandakan mengikut jumlah ternakan.

5. Dari pelbagai kajian yang dirujuk, seekor kambing dewasa memerlukan antara 4 - 5 kg rumput segar sehari. Bergantung juga kepada berat ternakan tersebut. Untuk kekerapan p**a, kebiasaannya pemberian makanan adalah sebanyak 2-3 kali sehari. Sifirnya begini, makin banyak makanan berprotein dan sihat diberi, makin sado dan berisi ternakan menjadi.

6. Seperti manusia di Tanah Melayu yang makanan rujinya adalah nasi, di tanah ini juga makan asas bagi ternakan adalah rerumput, dedaun dan kekacang sebagai penyumbang utama nutrisi. Antara jenis rumput yang digilai ternakan ruminan di negara ini adalah rumput napier/rumput gajah, rumput minyak/humidicola, rumput kuda/rumput guinea dan rumput kerbau/cow grass. Jenis dedaun p**a adalah daun balik angin, daun gelang/akasia dan daun mulberi. Jenis kekacang p**a adalah glasidia, petai belalang dan simpoh air.

7. Daun sawit juga antara sumber makanan bagi ternakan ruminan. Perkara ini sepatutnya dijadikan peluang kepada pengusaha sawit untuk menggandakan pendapatan. Disamping mengusahakan tanaman sawit, daunnya boleh dijadikan bekalan makanan kepada ternakan, dan najis dari ternakan boleh dijadikan baja kepada pokok sawit. Hasilnya serampang dua matakan?

8. Bagi penyediaan makanan p**a ada pelbagai kaedah dan cara. Seperti nasi, yang boleh dimakan dengan tambahan lauk dan pelbagai resipi gorengan untuk menambah selera, begitu penyediaan makan ternakan. Yang penting selidiki dan kaji kandungan protein dan zat didalamnya.

9. Selain makanan ruji, tambahan mineral yang lain boleh juga diberi kepada ternakan. Terdapat pelbagai jenis galian mikro dan makro dapat melengkapi keperluan nutrisi. Antara yang paling asas adalah pemberian garam atau sos bilis malah cincalok untuk menambah perasa.

10. Sumber makanan perlulah diadunkan dengan keadaan sekeliling dan mudah digapai serta mudah diolah untuk menghasilkan ransum makanan yang seimbang. Sebaiknya setiap penterna perlu memiliki simpanan dan kawasan ‘food bank’ nya sendiri yang diwujudkan berpandukan sistem penanaman terancang. Agar bekalan makanan dapat diperoleh secara konsisten dan tidak putus.

11. Sekiranya ingin mendapatkan softcopy rujukan buku F***r, Pastura dan Kekacang untuk ternakan dan buku Kandungan Nutrien Bahan Makanan Ternakan di Malaysia serta Panduan Pemberian Makanan Kepada Ternakan, boleh hubungi admin di talian 011-29592319. Buku ini dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang akan saya kongsikan secara percuma😊🙏🏻

Pengusaha
ACE RICH FARM
🫡🇲🇾

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Rembau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kampung Air Sekapas
Rembau
71300