BLN Games

BLN Games

Share

BLN Games is an annual sporting event that gathers students who are currently studying in preparation college and alumni who studied overseas.

Photos from BLN Games's post 27/02/2017

BAKAL PELAJAR LUAR NEGARA BERI SUMBANGAN SEBANYAK RM 3650 UNTUK SYRIA DI BLN GAMES

REMBAU, 28 Jamadil Awal 1438H, Sabtu - Seramai 154 pelajar yang bakal ke luar negara dan alumni telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 3,650.00 untuk rakyat di Syria. Sumbangan ini telah diserahkan bersempena acara sukan, BLN Games yang telah dianjurkan oleh Biro Luar Negara Ikatan Muslimin Malaysia dengan kerjasama Aman Palestin Berhad.

BLN Games adalah satu acara sukan tahunan yang melibatkan pelajar-pelajar yang akan ke luar negara dan pelajar alumni luar negara. Menurut Pengarah program, Mohd Ibrahim bin Roshidi, BLN Games tahun ini hadir dengan konsep "Bermain Sambil Beramal" di mana setiap kolej persediaan akan menghantar wakil pasukan untuk bertanding pada masa yang sama akan mengumpulkan dana untuk rakyat Syria.

Program ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Hj Zainurrashid Zainuddin yang merupakan Naib Presiden 3 ISMA dan sumbangan telah diserahkan kepada saudara Norhelmi Jamil, Yang Dipertua ISMA Cawangan Seremban, juga merangkap wakil Aman Palestin Berhad.

Arifah binti Mohd Roslan yang merupakan salah seorang peserta BLN Games berkata, ini adalah inisiatif yang bagus kerana ia berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar yang akan ke luar negara dan juga pelajar alumni luar negara.

"BLN Games telah melakukan sesuatu yang unik pada tahun ini di mana peserta bukan sahaja berpeluang bermain sukan seperti netball, dodgeball, frisbee dan futsal tetapi juga memupuk nilai aktivisma dengan mengumpulkan dana untuk rakyat Syria," tambahnya lagi.

Antara kolej dan badan alumni yang terlibat menjayakan program ini ialah INTEC Education College, MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAM (MJHEP), Kopi Press Futsal Team, KRIM Rembau, AUZIES Alumni, JASA Alumni dan KAISER Alumni.

Photos 25/02/2017

Team KAISER (Alumni Eropah)

Photos 25/02/2017

Early briefing 💪💪

Photos 24/02/2017

Make sure you start your journey early! You should be on the road now!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Rembau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Rembau
71300