UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi

UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi

Share

MAKLUMAN :
Laman ini khusus untuk staf dan pelajar UiTM serta orang awam yang berminat untuk mengiku

02/06/2026

Alarm dah berbunyi, beg dah siap, kelas pun dah melambai-lambai!

Cuti memang best, tapi kampus pun dah rindu nak jumpa anda semua. Selamat kembali ke UiTM buat semua pelajar UiTM. Semoga baki semester ini dipenuhi semangat baharu, kawan-kawan yang sentiasa menyokong, dan keputusan yang membanggakan.

Jangan lupa, datang ke kelas awal, siapkan semua assignment dan projek akhir. Nikmati setiap pengalaman sebagai pelajar universiti.

Jumpa di kampus!

30/05/2026

[Pemakluman Kampus]

Ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya. Semoga musim menuai ini membawa limpahan rezeki, kegembiraan, dan keharmonian buat semua. Perayaan ini bukan sekadar lambang kesyukuran, tetapi juga simbol perpaduan Keluarga Malaysia. Marilah kita raikan kepelbagaian ini bersama-sama.

Selamat Hari Gawai. Biarpun berbeza latar belakang, keharmonian, dan kemeriahan perayaan ini tetap dikongsi bersama. Semoga perayaan tahun ini membawa kesejahteraan dan perpaduan yang lebih erat. Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga kampus — para pensyarah, staf, dan pelajar yang meraikannya.

Selamat bercuti buat semua! Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada Penolong Rektor, Pengurusan Dalaman serta Seluruh Warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا

29/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

Di sebalik setiap berita yang disampaikan, tersimpan amanah besar dalam menyebarkan maklumat yang sahih, tepat dan berintegriti. Wartawan bukan semata-mata pencari berita, tetapi juga mata dan suara masyarakat yang merakam sejarah, menyampaikan kebenaran serta menyatukan rakyat melalui informasi yang berwibawa.

Terima kasih kepada seluruh pengamal media dan wartawan yang sentiasa komited, berani serta berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab demi negara dan masyarakat.

“Pena yang jujur mampu membina tamadun, suara yang benar mampu mencetuskan perubahan.”

Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua insan media.
Teruslah menjadi obor ilmu dan suara kebenaran buat negara.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

Want your school to be the top-listed School/college in Rembau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau
Rembau
71300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00