Cosmetic avon
Wakil avon,berada di sekitar seremban ,dan rembau
14/09/2022
Kek ni agak cerewet utk dapatkan tekstur yang tepat, sesiapa yg nak mencuba kena baca betul2 na resepi n tipsnya. Utk dapatkan tekstur mcm che ta buat ni che ta rehatkan 3 jam sahaja. Lagi lama perap lagi banyak sarangnya na.
Resepi Kek Sarang Semut
Sumber : youtube
By :
Tips : Gunakan cawan metrik supaya s**atan tepat dan kek mendapat hasil yang terbaik.
2 cawan gula putih
2 cawan air panas mendidih
3 sudu makan butter / marjerin
Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu.Ratakan gula ke seluruh bahagian periuk.Bila dah start mencair jangan kacau gula.
Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas.Hati-hati untuk elakkan terkena badan anda.Buka api dan sebatikan barulah masukkan butter.Sebatikan dan tutup api. Ketepikan. .
• 2 1/4 cawan tepung gandum .
• 1 sudu teh soda bikarbonat .
• 4 biji telur .
• 1 cawan susu pekat .
• 1 sudu makan essen vanila .
Cara-cara penyediaan resepi kek sarang semut ini :
#1: Dalam blender,masukkan telur bersama susu pekat manis, essen vanilla dan tepung serta soda yg telah diayak. Masukkan separuh air gula dan Blend hingga sebati.
#2: Tuangkan bahan blend dalam mixing bowl dan masukkan lebihan air gula kacau hingga sebati.
#3: Alaskan loyang 8×8 inci dengan parchment paper gris dinding loyang dengan marjerin atau butter dan masukkan adunan yang ditapis. Perap selama 3-4 jam.Lagi lama lagi cantik sarang terhasil.
#4: Nak bakarnya mesti kena faham oven sendiri. Che Ta gunakan api atas bawah pada suhu 180’C untuk 50 minit pertama dan 20 minit lagi pada suhu 170’C.
Tips : .
📌 Boleh cucuk dengan lidi untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke 50.Kalau tak melekat tepung,masak la tu.
📌 Sejukkan dan keluarkan kek sarang semut barulah dipotong melintang untuk serlahkan sarangnya.
📌 Suhu yang tak tepat boleh buat kek jadi bantat.
📌 tempoh masa bakar kek bergantung pd jenis oven masing2
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Pedas
Rembau
71400